Salam. Aku Lee (bukan nama sebenar).
Kisah aku ini mungkin sama dengan kisah dan pengalaman orang lain. Tapi aku nak minta pandangan kalian yang mungkin lebih arif nak berhadapan dengan permasalahan seperti ini.
Aku bekerja di sebuah syarikat dengan gaji yang biasa-biasa saja. Tapi aku agak stressed dengan situasi kerja sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Punca utama rakan sekerja.
Well, aku direzekikan bekerja dengan kebanyakan kaum hawa yang memang secara fitrahnya bermasalah mulut.
Mereka suka bercerita hal orang dan mengata itu ini. Jangan terkejut mereka semua ni mak-mak orang dan berusia lebih 30an.
Aku sebenarnya malas nak ambik port, tapi makin lama makin melampau. Ada dua ketul umat ni yang memang melampau ya amat sangat.
Minah dua ketul ni baru saja ditukarkan ke department aku. Tapi mereka ni bawah persekitaran yang tak sihat di pejabat. Tak boleh ditegur.
Kang sikit-sikit up status kat whatsapp, insta dan semua medium medsos. Status depa ni semestinya suka perli-perli orang dan marah memaki.
Kadang aku yang baca ni rasa macam, eh melampau nya dua ketul ni. Tak boleh kena usik sikit ada je tak kena. Padahal orang yang menegur pun bukan nak memalukan pun. Dorang yang rasa macam tu.
Kemuncak segalanya, dua ketul minah ni dah pandai nak rekruit gengg dalam ofis ni. Siap buat group whatsapp lagi nak membawang hal-hal yang dorang tak suka.
Pada aku, lantaklah kau nak berkengkawan ke apa. Tapi bila sampai ko menjejaskan kehidupan orang lain, ini memang dah terang-terang salah. Serius memang stress.
Aku memang selalu lah jadi mangsa. Kata aku ni macam baguslah, aku macam ni lah. Aku macam tulah.
Masalahnya benda yang dorang cakap tu semuanya tak betul. Kadang benda yang aku tak cakap pun dorang buat cerita. Yang paling menyampah ada yang tukang sampai cerita.
Kadang bila aku bercuti lama pun, ada je cerita pasal aku yang timbul. Aku memang sangat pelik dengan perangai mak-mak orang yang bermulut puaka ni.
Serius aku stress, benci dengan suasana kerja sekarang.
Dorang ni tak takut dosa ke. Bila up status memang acah-acah victim. Padahal takda apa pun. Aku selalu berdoa tak nak maafkan dorang ni selagi mana dorang tak mintak maaf.
Ada sekali tu, duk sakan dorang bercerita hal aku yang tak betul. Aku marah sangat, aku berdoa ya Allah aku serahkan segalanya padaMu ya Allah.
Esoknya, yang sorang tu excident alhamdulillah selamat tak cedera. Dan dua orang lagi dijangkiti covid.
Aku macam taken back lah jugak, sebab doa orang teraniaya macam aku ke asbab dorang ditimpa musibah?
Banyak kali aku istighfar dalam hati. Banyak kali juga aku berdoa supaya Allah jadikan hati aku ni ikhlas nak memaafkan. Tapi serius, luka ni parah sangat.
Aku sebenarnya tak kisah dorang nak mengata atau benci ke apa. Dan aku tak kisah pun kalau dorang memang tak suka nak berkawan dengan aku.
Tapi bila dorang bercakap hal yang tak benar dan tak pernah nak dengar kisah sebenar dari site aku, aku macam kecewa gila.
Dorang selalu percaya cerita si pengadu domba ni. Aku kalau dapat siapa yang suka bawak cerita ni, memang aku titik kepala dia.
Pada aku itu hak masing-masing kau nak rapat atau berkawan dengan siapa. Serius aku tak kisah langsung.
Lately ni aku jadi macam pendendam. Malas nak ambil tahu hal dorang, masih bercakap macam biasa tapi tak ambik port apa dah. Dengan siapa pun aku tak boleh percaya.
Apa aku patut buat ya?
– Lee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit