Assalamualaikum semua. Tak tahu nak mula macam mana, sedikit intro. Aku Ain, berusia 20an bekerja sebagai seorang consultant di ibu kota.
Aku mengenali A sewaktu masih belajar. Waktu tu aku dah ada boyfriend, dan aku dan A cumalah kawan.
Aku tahu A ada perasaan terhadap aku, dan A telah pun bawa aku jumpa family nya waktu itu.
Dipendekkan cerita, aku putus dengan boyfriend aku waktu tu disebabkan aku tidak mampu menerima sesuatu yang boyfriend aku buat waktu tu.
Setelah ibu A (selepas ini aku namakan sebagai ibu) tahu aku dan ex aku putus, ibu tanya apakah status aku dan A. Kami berdua serentak menjawab kami hanya kawan.
Namun ibu cakap ibu berkenan dengan aku, dan ibu ingin masuk meminang. Aku dan A masing masing terkejut.
Sejak itulah aku cuba menerima A, kerana aku sayangkan ibunya. A seorang yang sangat baik, kejut aku setiap Subuh, ada setiap waktu aku susah. Ibu pula melayan aku dengan sangat baik.
Konflik bermula apabila sewaktu PKP, ibu bertekad ingin ke kampungku di Kelantan, walaupun waktu tu perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan.
Aku memujuk ibu, supaya menunggu agar kebenaran rentas negeri dibenarkan barulah ibu datang, namun ibu nampak kecewa.
Lagipun, dalam keluarga aku, tidak digalakkan bertunang lama lama, tunang dua tiga bulan lepastu terus kahwin. Lagipun kami tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Ibu beria nak datang juga waktu tu tapi akhirnya tidak dapat kebenaran polis.
Lama kelamaan, ibu jadi dingin. Whatsapp aku tidak dibaca, call aku pun tak pernah diangkat. Lama kelamaan aku yang sibuk pun perasan perubahan ibu.
A pun tiba tiba call aku, dalam tangis “Abang tak mahu kahwin selain dengan Ain. Ibu tak nak abang bahagia agaknya”.
Aku pelik.
Rupanya, A cakap ibu tak restu kami. Setelah aku selidik, puncanya apabila ibu ada bertanyakan gajiku, dan aku menjawab jujur. Ibu risau apabila gaji aku berlipat kali ganda lebih dari gaji A.
Kata ibu, aku mungkin ada pilihan lain, sebab itulah aku tak bagi ibu datang meminang waktu PKP tu. Kata ibu aku educated dan cantik, pasti ramai yang jadi pesaing A.
Aduhai ibu. Overthinking nya lahai.
Puas aku pujuk, aku call dan whatsapp masih tidak dilayan.
Aku hantar bouquet, hantar telekung SK tapi hanya whatsapp ringkas “terima kasih” yang aku terima. Aku call lepastu pun still tak layan. Ibu dah benci aku ke? Hmmm…
Aku ingat nak pergi jumpa ibu as rentas negeri dah dibenarkan, tapi aku risau ibu tak layan aku. Jauh jauh datang, buatnya kena halau parah.
Parents aku pulak asyik tanya bila family A nak datang. Adik aku dah kahwin dah ada anak dah, tapi aku single lagi.
Aku tak tahu macam mana nak react. Aku mana ada orang lain pun. A je la yang aku ada. A lah yang ada dengan aku sejak aku susah even waktu tu kami masih kawan biasa,
(Walaupun waktu tu aku ada ex aku, tapi ex aku macam tak wujud. Aku contact ex aku, aku rasa macam apply intern. Whatsapp harini, dua minggu baru reply, tu kalau reply lah. Aduhai)
Aku plan nak pergi jumpa ibu, nak bincang face to face sebab ibu merajuk ignore aku kaw kaw sekarang ni. Tapi risau kena halau pulak adui.
Kalau aku datang bawak nasi dagang favorite ibu, okay tak? Pastu aku kena buat apa? Kalau pun ibu dah tak boleh terima aku, aku redha.
Cuma aku nak kan kepastian. Hmmm. Tolong berikan cadangan yang bernas. Sungguh aku buntu. Thanks readers sekalian! Jangan la kecam, aku hati tisu, huhu.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit