Bisnes Yang Aku Buat Waktu Belajar Di UIAM

Hai, aku cuma nak share cara aku survive cari duit di University. Aku harap student yang masih struggle kat university sekarang boleh ambil idea aku sikit-sikit.

Perlu diingatkan jangan rasa kerja yang kita buat tu beban, anggaplah untuk cari pengalaman, cari kawan atau tambah ilmu.

A. Business printing.

Printing ni memang keperluan student untuk buat assignment. Jadi jika ada printer, boleh ambik manfaat ni untuk buat business printing.

Sebelum aku masuk uia, university aku ni ada satu saja kedai printer, tu pun mahal harga 20/pcs. Jadi aku beli printer sendiri harga dalam RM450.

Tapi printer aku ni printer office jenis laser jet, so heavy duty, boleh print laju untuk page beratus-ratus, dan yang pentingnya jenis kalau kena air, ink tak cair.

Walaupun mahal tapi memang berbaloi sangat. Dengan printer ni aku boleh buat:

1. Bisnes print assignment, tapi ada syarat-syarat yang aku sentiasa modify untuk pastikan bisnes aku lancar.

-Tidak boleh edit semasa print (elak buang masa aku).

-Wajib bagi PDF taknak dalam WORD (sebab ada kes print lari lepastu aku pulak yang dipersalahkan, print pulak beratus).

-No urgent print malam buta (kalau aku rajin, aku accept job tapi aku letak caj MALAM, RM3/assignment, sebab aku sepatutnya nak tido, contoh 11pm keatas kena caj lebih).

Ada jugak cas urgent siang sebelum 8AM sebab kelas aku pkul 8, so kalau aku tolong and sampai kelas lambat, aku nak compensate.

-Aku kadang-kadang accept jugak job walk-in, tapi aku lagi prefer accept job by email, so tak bawak virus-virus tu dalam PC aku.

2. Bisnes print modul/slide.

-Setiap sem aku akan simpan slide aku, so next sem aku boleh jual slide. Awal semester aku akan tampal iklan slide-slide yang aku ada, dengan harga yang ditetapkan.

i. tampal di setiap blok mahallah

ii. tampal di kuliyyah

iii. di group wasap

iv. di FB group

-Aku letak coverpage nama and no fon aku, dan tajuk slide, supaya orang tahu aku ada jual slide tu. So aku boleh dapat marketing mouth-to-mouth.

-Aku jugak iklankan slide aku dekat IIUM Online.

-Kalau slide lecturer aku matching dengan slide budak-budak yang masuk new sem tu, aku print la on demand.

-Kadang-kadang ada orang PM aku mintak slide maybe dia nak print sendiri, kadang-kadang aku bagi tapi usually orang bluetick. So aku stop bagi and aku cakap tu hakcipta aku sebab,

-Slide aku semua aku dah modify:

-Slide berwarna aku akan padam semua kaler so bila pirint tak nampak buruk bila print black and white.

-Kalau slide lecturer tu ada cacat macam tulisan kecik sangat, tulisan terkeluar kotak, bila print tak nampak, kena tulis balik, aku siap-siap betulkan saiz, arrangement… etc.

-Kalau ada 12 slide/ subject, aku compile jadi 1 buku terus, so dapat jimat paper untuk page-page yang sepatutnya kosong kalau print sendiri satu-satu.

-Sebab aku banyak spend masa edit slide untuk kasi cantik masa print, aku kira takpe aku tak kasi kalau orang mintak.

-Kalau rajin boleh cari member punya slide yang dah amek subjek tu and jual slide tu seperti step diatas.

-Kalau takde member punya, jual la mana yang kita ada, confirmkan slide tu sama, lecturer sama, subjek code sama.

3. Print buku.

Print buku ni leceh sikit. Sebab aku punya printer cuma black white, aku tak leh terima job yang print color. Bila buku tebal pulak, aku perlu send ke kedai di IIUM untuk biding.

Kalau buku nipis, aku guna stapler gun and binding sendiri. AKu ada tukul untuk cantikkan binding, and tape hitam untuk bind buku. Kalau ada modal, boleh beli penebuk kertas untuk letak ring , harga dalam RM100.

Time uni dulu, jika aku dapat job yang nak binding or nak print color, aku akan pass ke member aku yang ada alat tu.

B) Business topup.

Asalnya aku tak minat pun jual topup. Untung memang sikit dan bersen-sen sahaja. Aku pernah rugi RM20 sebab masa key in number fon tu salah, so duit aku hilang. Aku rasa sistem tak refund duit aku, kalau fail, duit akan refund.

Kawan aku lah yang ajak aku, aku join under AT Topup. Tak pasti yuran dia berapa dah lupa, tapi dia ada pangkat, boleh upgrade level untuk untung lagi banyak. Tapi untung dia madcam 3% or 5% and ikot jugak telco apa.

Aku suka company ni sebab:

-Ada support group dekat telegram.

-Support dekat wasap and FB pun ada.

-Ada apps untuk monitor transaksi, baki duit.

-Boleh jugak topup saja melalui bot telegram kalau tak nak guna apps.

Walaupun tak untung sangat, tapi aku dapat buat kawan dengan jual topup. Customer-customer dah kenal aku.

C) Jual chocodaps.

Ni aku jual sebab member aku ajak. Aku pun try la. Chocodaps ni coklat. Untung dia boleh tahan tapi modal besar. Kena rajin promosi kita jual coklat.

Harga dia macam oklah, mahal jugak tapi tak murah jugak. Modal RM200 keatas ikot berapa banyak kita simpan. Lepastu kena beli alat-alat penimbang, packing, bekas simpan barang, plastik sarung tangan dsb..

D) Job ambil questionnaire.

Aku tak ingat apa isitilah untuk job ni… tolong budak master carik orang untuk jawab questionnaire.. ada kesilapan aku time buat job ni iaitu:

– Aku dapat RMX per survey, tap time tu aku miskin so aku tak terfikir pulak bahawa.

– Aku boleh advance duit aku separuh daripada upah aku untuk bayar respondent yang jawab soalan tu sebagai tanda terima kasih.

– Soalan dia memang banyak berpage-page and susah, so orang malas nk jawab, kalau kita bayar diorang, mugkin lagi mudah job kita.

– Kita dibayar ikot berapa orang yang isi borang yang kita bagi tu dengan lengkap.

– Ramai reject and tak nak jawab survey, so job ni susah.

E) Gosok baju.

Ni aku pernah dapat beberapa kali saja, kebetulan member aku, kakak dia urgent nak gosok baju, tapi dia ada hal.

Jadi aku dapat job gosok baju jubah, tak ingat berapa helai, dibayar RM20 or RM30. diorang nak buat shooting

F) Kerja franchise.

Time ni aku kerja di KFC. Manager aku sangat baik, dia bagi kita masuk bila-bila free. So masa flexible. Kalau time exam tak nak masuk, kita boleh off. Aku kerja weekend. Kalau nk banyak RM or rajin, boleh masuk jumaat sabtu ahad.

Time cuti sem pun aku kerja tempat sama, almost 2-3 sem aku setia.

G) Bisnes di shopee.

Business di shopee ni aku tak sengaja buat. Aku terbayar kelas shopee, so, lepastu aku cuba upload produk di shopee dan berjaya jual barang aku.

Sebelum tu aku memang dah jual produk tu tapi, slow saja.. sebab aku cari customer dekat FB dan carousell.

Kalau rajin uplaod ada customer, kalau tak, takdelah. Tapi sejak jual di shopee, sales makin rancak.. sehingga sekrang aku masih hidup dengan sales aku di shopee dan belum kerja, masih sara diri dengan sales aku di shopee.

Aku pernah fikir nak buat kelas shopee tapi tak sempat , sebab kalau nak oficial, kena buat proposal dekat ofis Entreprenur ….

H) Bukak kiosk di UIA.

Ni aku buat sekejap saja iaitu before corona, so sempat la tak sampai 2 bulan. Tapi, sangat penat sebab jadual aku pack, kena cari pekerja, jaga gilir-gilir or kena pastikan mampu hire pekerja.

Kena juga sentiasa pantau barang dekat booth. Tapi bagi aku, sales dekat booth ni boleh tahan lumayan jugak…

Ni sajalah sharing aku, semoga bermanfaat. Banyak juga cara nak dapat duit di university tanpa keluar daripada kampus. Kalau yang ada transport seperti motor pasti lagi boleh buat macam-macam kerja.

Semasa aku di kampus, aku sangat banyak pakai runner untuk ambil stok, hantar barang kepada customer etc… jika khidmat bagus aku repeat, jika tak elok aku delete saje.

– Nyaaaaan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *