Hari nie aku nak share pengalaman simple aku yang dulu liat gila nak solat. Aku lelaki dah berkahwin umur pertengahan 30 an.
Dulu zaman muda mudi tidak la terlalu jahil aku nie. Mak ayah aku orang2 masjid. Adik beradik aku pon alim la jugak. Aku pandai ngaji, pandai baca doa2, sekolah agama pon habis dengan cemerlang. Tapi 1 jer, aku liat nak solat.
Masa aku bujang hidup aku boleh dikatakan perfect. Ada rupa, kerja elok & harta sendiri. Punya la ramai awek berkenan & berderet mak2 nak buat menantu.
Tiap bulan mampu bagi mak ayah duit & sometimes bagi duit pocket kat adik2. Kalau diingatkan balik, tak bersyukur betol aku pada yang Maha Esa.
Punca aku liat solat nie dari zaman aku study sebab roommates & housemates aku time kat college semua tak solat. Bila aku menyewa bujang time kerja pon semua haram tak solat. Officemates pon tak semua solat. Hidup hanya for fun.
Pergi mana2 tak perlu berhenti singgah masjid & tak pernah rasa bersalah. Kalau aku balik rumah mak ayah, dorang tegur baru aku solat. Itu pon kadang2 aku duduk jer diam2 dalam bilik.
Balik kampung ada saudara mara baru aku solat. Tue pon sebab aku segan. Sekembalinya aku ke rumah sewa, definisi solat tak wujud dalam hidup aku.
Itu la rutin jahil aku dulu. Asek nak have fun jer. Bagi aku tak solat tue normal dalam kalangan masyarakat.
Bukan lelaki jer, perempuan pon sama. Banyak kali aku keluar dengan awek2, diorang pon tak solat. Mustahil kalau 5 kali dating, 5 kali datang bulan. Biasa la kalau dating kan tengok wayang, karaoke. Langkau terus zohor & asar macam takde apa yang berlaku.
Nak dijadikan cerita, punca taubat aku bila aku berkenalan dengan perempuan nie (now my beloved wife). First time dating memang dah plan nak tengok wayang & showtime dia around 2 petang sampai ke asar if not mistaken.
Lepas lunch dalam mall aku dengan dia terus la jalan ke panggung wayang macam pasangan bercinta. Aku menonong jalan sambil fikir nak beli popcorn. Tiba2 dia seru aku tanya nak pergi mana. Aku cakap la nak pergi wayang la & dia reply dia nak solat dulu. Okey wow.
Aku terpinga kejap sebab first time aku keluar dengan awek yang tak tinggal solat. Appearance dia pon takde la nampak alim sangat.
Bertudung biasa, tak labuh pon. Aku automatic segan so cover line cakap lupa dah masuk waktu lalu aku pun berhuhuhu ambil wudu & solat.
Sejak dari saat tue anytime anywhere aku keluar dengan dia, bila dia stop untuk solat so aku pon terikut solat. Sebab aku segan dengan dia kalau tak solat.
Lagi2 bila nampak dia gendong sekali beg telekong dia. Tapi aku akui aku hanya solat waktu tue jer. Balik dating maghrib & isya aku tak solat pon.
Takdir Tuhan aku dijodohkan dengan dia. Aku memang berkenan sebab dia baik selain tak tinggal solat. Sebenarnya dulu aku tak kisah pon kalau aku kahwin dengan perempuan yang sama2 tak solat macam aku sebab aku sendiri pon tak buat.
Even aku sendiri malu bila ajak dia kahwin sebab berbeza betol iman aku dengan dia. Tapi aku gatherkan jgk kekuatan.
Lepas dia setuju untuk jadi isteri aku, aku jujur kat dia yang sebenarnya aku nie tak solat pon & aku hanya solat time keluar dengan dia & time pergi rumah family dia. Aku minta maaf sebab aku bukan calon suami yang baik.
Respon dia simple & lagi terpinga aku dibuatnya. Dia tak marah. Tak judge. Dia takde keluarkan hukum hakam hadis bagai. Dia cuma reply okey pasnie solat la. Tue jer. Simple. Aku expect dia nak bagi nasihat panjang2. No. Then dia terus sembang topik lain macam takde apa jadi.
Lepas confession tue, aku ingatkan dia berubah hati. Maybe tinggalkan aku untuk lelaki yang lebih alim sebab diri dia pon tak kurang hebatnya dari segi kecantikan & kerjaya. Tapi tak. Aku tetap satu2 nya pilihan dia sampai kami diijab kabulkan & dikurniakan seorang anak.
Setahun perkahwinan, aku masih tak solat walaupon kami tinggal sebumbung. Hanya dia yang hidupkan rumah kami dengan ayat2 suci quran.
Kalau malam kami bersama, seawal pagi dia akan bangun mandi hadas & solat subuh. Aku teruskan sambung dibuai mimpi. Tapi aku masih hormati dia.
Every long distance trip, aku akan singgah rnr atau masjid bagi laluan dia solat. Manakala aku, bakar rokok kat semak samun.
Aku akan solat bila balik rumah family dia sebab aku segan dengan mak ayah mertua. Dengan dia aku dah tak segan sebab dia sikit pon tak pernah tegur atau persoalkan kenapa aku tak solat.
Suruh aku solat apatah lagi. Kalau aku jadi dia, lama dah aku hangin. Confirm aku akan panggil diri aku munafik sebab cuma solat depan orang. Tapi dia tak pernah pon buka topik tak solat.
Dia selalunya akan bangun pass anak kat aku pastue ambil wudu & solat tiap kali azan berkumandang tanpa pedulikan solat aku. Aku puasa full tapi tak solat pun dia diam.
Masuk tahun kedua perkahwinan, aku jadi segan balik dengan wife. Hidup aku bahagia tapi tiap kali dia solat, aku jadi tak tenang.
Aku rasa segan. Rasa berdosa. Rasa tak patut jadi suami. Rasa tak deserve dia pon ada. Sampai sometimes hati berdebar. Padahal wife tengah solat jer pon, bukan beranak.
Selalu aku perati wife aku dalam telekung. Sejuk betol hati. Walaupon dia masih tak tegur, aku jadi takut sendiri. Kenapa yer dia tak pernah tegur aku tak solat? Ashik bermain dalam fikiran aku.
Dan disebabkan rasa segan, aku pon mula solat. Yer, niat aku salah sebab solat sebab segan dengan wife. Bukan kerana Allah. Slow2 aku berubah. Time dia bangun solat, aku pon follow.
Mula2 cuma maghrib & isya jer aku solat. Lama2 bila masuk waktu zohor & asar kat kilang tempat aku kerja, aku automatic bangun pergi surau. Sampai officemates aku perli ucap Alhamdulillah sebab aku dah kembali ke pangkal jalan.
Tapi, wife aku sikit pon tak pernah sebut kat aku yang dia rasa syukur aku dah mula solat. Tak pernah jgk dia tanya kenapa aku tiba2 solat. She’s so unbothered sampai terpinga lagi aku.
Daripada kebiasaan cuma solat maghrib & isya, dibawa kepada kebiasaan solat zohor & asar, akhirnya subuh pon aku berjaya bangun hari2 untuk solat.
Daripada solat niat sebab segan dengan wife, akhirnya aku solat berniatkan untuk sahut seruan satu2nya Tuhan yang Maha Kuasa.
Sebab solat tu wajib kan. Syukur pada Illahi, sekarang kalau tak solat aku rungsing dimurkai Allah. Semua yang aku buat, solat aku fikir dulu. Contohnya since PKP kalau keluar pergi mana2, aku fikir dulu nanti nak solat kat mana & macam mana.
Kalau trip jauh2, masjid benda first yang aku cari bila masuk waktu solat. Time kerja pon aku akan utamakan solat daripada nak siapkan kerja. Kalau tak dulu, semua waktu solat aku langgar.
Sometimes aku akan jemaah di masjid area rumah atau rumah mak ayah aku & mertua. Diaorang tak pelik bila aku solat jemaah sebab sebelum2 nie depan diorang aku solat & wife tak pernah buka aib aku. Allahuakbar jahilnya aku.
Sekarang jadi terbalik pula, pergi kenduri saudara mara pon aku akan selalu tanya wife dia dah solat ke belum (biasalah orang perempuan suka membawang). Takut leka solat hujung2 waktu.
Teramat beza hidup aku dulu & now. Dulu aku bahagia jgk, sekarang pon aku bahagia. Tapi hidup aku tak pernah rasa setenang sekarang & aku harap untuk tak kembali lagi ke dunia tak solat.
Selama nie aku sangka hanya suami yang boleh bentuk isteri, rupanya isteri pon boleh bentuk suami dalam diam. Atau maybe Allah nak beri aku hidayah melalui wife. Wallahualam. Tapi wife aku memang legend. Unbothered, still.
First time aku imamkan dia solat jemaah pon, her reaction tetap macam biasa. Takde tunjuk muka terharu ke apa. Aku ingatkan dia nak nangis sebab husband dia dah berubah tapi dia chill2 jer.
Pernah 1 malam aku tanya kenapa dia tak pernah sikit pon complain pasal aku tak solat. Rupanya dia takut kalau teguran dia akan terguriskan hati aku sebagai suami.
Dia cukup2 takut kalau buat aku sentap walau sikit sebab ada orang sensitive bab solat. Dia pon sebenarnya tak suka hidup dalam kelalaian aku tapi dia pilih cara lain iaitu berdoa hari2 kat Tuhan agar aku bertaubat selama bertahun.
Buat isteriku yang dulu suka angkut bag telekung kehulur kehilir time dating, maafkan abi sebab dulu abi dalam diam rimas tengok awak bawa bag banyak2.
Rupanya peribadi tak tinggal solat awak la yang akhirnya bawa abang kembali ke jalan yang benar & beri nikmat ketengangan level maksima dalam diri abi. Kita target ibadat yang lain pula yer pasnie.
Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga Firdausi. Dan moga perkataan SOLAT nie kekal dalam kamus hidup kita.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit