Hai semua, aku Cik Ratu. Kisah yang akan aku kongsikan ni berkenaan keluarga mertua aku yang sangat la lacking dalam common sense mereka, yang mana buat aku geram sangat.
Objektif utama hanya sekadar berkongsi pengalaman dan mungkin life lesson juga kepada mana-mana family yang ada ahli keluarga yang kurang common sense.
Sebenarnya suami aku pun sama ja, kurang common sense. Masa bercinta tak nampak semua tu gais sebab cinta itu buta lagi mengasyikkan.
Tapi tak kisah sebab common sense ni boleh dipupuk walaupun dah jadi buluh. Dan aku berjaya pupuk laki aku dengan common sense ni dengan cemerlang sekali lepas setahun perkahwinan kami.
Benda ni kan buat aku persoal tiap kali berlaku apa-apa, aku akan automatik persoalkan, kenapa begitu? Kenapa begini? Mana ada orang buat camtu! Sepatutnya macam ni! Persoalan-persoalan ni akan pop out dalam kepala aku bilamana aku bersama family mertua.
Family aku kan terutama mak aku, bila dia berjalan mana-mana, kebiasaan bagi dia beli macam-macam untuk jadikan buah tangan.
Masa tu kami satu family (family aku) pergi Langkawi, mak aku borong kain batik, niat nak bagi besan-besan dia. “ni amek la 2 lai ni bagi mak mertua”, kata mak aku.
Lupa nak kabor, family mertua aku ni asal kota metropolitan. Aku pun masa balik sana bagi la kain batik tu kat mertua aku. aku tak tau apa jadi kain batik tu sebab tak pernah nampak dia pakai. Pernah juga masa nak raya, mak aku bagi kain pasang 2 pasang kat mak mertua.
Selepas 7 tahun, dia pulangkan balik kat aku. Ayat dia, “ni amek la balik kain ni, mak taktau nak buat apa, tak guna pun.’’ Aku bawa balik bagi kat mak aku semula. Boleh nampak muka mak aku lain dah. Kecik hati. Sekarang kain tu dah jadi jubah mak aku buat pakai raya.
Pernah masa dia nak pergi umrah, mak aku bagi telekung, pun dia tak guna. Bila aku balik sana nak solat nak pinjam telekung, aku nampak telekung mak aku bagi tu dalam almari, aku amek dan guna.
Aku ingat pesan mak aku, apa orang bagi kita, kita guna biar sampai pahala dekat orang tu. Tapi mertua aku ni kenapa eyh?
Memang sangat la terasa, rupanya bukan aku sorang, biras aku pun alami benda sama sampai dia dah taknak bagi apa-apa kat mertua aku tu, bukan nak hargai pun.
Lupa, mertua aku ni ada 4 menantu perempuan. Sejak tu, aku cakap mak aku, dah tak payah beli apa-apa bagi mertua aku, mak beli ja bagi besan-besan lain, nanti tak dihargai pun. Jawapan mak aku, biarlah, deme tu tak reti, deme tak fikir macam kita.
Satu lagi sampai sekarang aku murung mikir, bila raya. Raya kat belah mertua memang suram dan aku akan kemurungan bila giliran raya sana.
Mana taknya kome, raya pertama nihh, pukul 2 petang dah balik rumah, masing-masing tidur terbongkang. Kahkahkahakah! Raya apa ni weiii!!
Tau tak pergi mana ja, balik kampung mertua aku, pergi rumah kakak dia, abang dia, pastu tau-tau ja dah sampai rumah. Raya aku dengan family aku, pagi- serbu rumah jiran menyebelah dulu, pastu kami nanti balik bagan pusing rumah sedara mara sampai tengah malam.
Esok pusing lagi, bukan takat abang kakak mak ayah aku ja, toklang toksu, bekas-bekas jiran mak dulu pun kami serbu. Anak-anak pun seronok dapat kenal sedara jumpa sedara. Suami aku sampai tekejut sebab dia tak biasa.
Bila turn raya kota, aku tanya tu ja ka sedara, dia cakap ada lagi kat bangi, kat puchong, aku cakap ha jom la kita jalan-jalan rumah sedara sana. Dia akan cakap malas la, mak ayah pun tak ada nak pergi. Tengok sat. berhuhuhuh ja la aku. Niat aku nak bagi anak-anak kenal sedara.
Sebab tu yang ayah aku ajar. Tapi tak kata la kat family mertua aku, kat pantai timur kampung bapa mertua aku pun 10 tahun kahwin tak pernah kami raya balik sana. Tak kata raya la, saja-saja nak pergi jenguk sedara sana memang tak pernah.
Aku heran la, bila aku cakap jom la kita raya pahang pula. Takda jawapan. Huhu lagi aku.
Tuntasnya, sampai bang jamil mampus la dok raya belah mak mertua ja. Tak kenal aku dengan sedara suami belah sana. Kita seronok nak berjalan rumah sedara, dorang tak.
Beza dengan family aku, awal-awal kahwin lagi, mak aku dah bawa suami aku balik kampung kenal adik beradik sedara semua belah bagan sana.
Satu satu negeri utara bawa pusing. Tak tunggu raya, mana ada sedara mak aku akan bawa kami ziarah. Lagi-lagi kalau sakit.
Ha cerita bab sakit, pernah masa raya juga, aku dengar makngah pada suami aku sakit tua. Alang-alang raya aku ajak la family mertua melawat sebab aku tak pernah jejak kaki rumah makngah tu.
Tapi hampa, kata family mertua, tak payah la jauh nak pergi. Jauh apa dalam selangor juga. Tak lama kemudian, makngah tu meninggal, dan aku rasa terkilan sangat sebab tak sempat jumpa dia.
Family mertua aku ni bagi aku sangat tidak menjaga silaturrahim. Kenapa aku kata camni, jiran meninggal pun dia tak ziarah.
Takda rasa urgent nak ziarah tu. Kalau mak ayah aku la, dengar jiran sakit, sedara meninggal, sibuk hari tu juga nak pergi tengok, sebab mak ayah aku fikir, kena tengok jugak-jugak, belakang hari nak jadi apa-apa dah tak nyesal sebab dah tengok depan mata.
Kalau tak dapat pergi hari sama, hari lain ada kelapangan akan sampai la mak ayah aku tu.
Ni yang aku tekankan kat suami aku, hubungan sedara jauh dekat kena jaga, yang penting bagi anak-anak kenal sedara. Kalau tak, nanti putus semua, yang kenal setakat ni anak abang, tu anak kakak. Sepupu, dua pupu langsung dah tak kenal.
Tapi masalahnya, family dia pun tak ambil berat, apa lagi aku boleh buat.
Aku kenal setakat abang kakak mak ayah mertua aku (mak ayah sedara) sampai setakat tu ja. Tok lang toksu, tiga pupu empat pupu jauh sekali laa.
Bab raya ni bila aku story ke mak aku, dia akan jawab, Biarlah, deme tu tak reti bergaul kot. Pernah bapa sedara suami meninggal, aku tanya nak balik ke, dia jawab tak kot.
Aku balas, awak balik, bapa saudara tu, mungkin orang fikir tak datang pun takpa sebab kami jauh di utara, tapi ni last bagi arwah, p la balik tengok iring arwah ke tempat rehat abadi dia.
So suami aku pun balik sorang diri. Macam mana mak ayah aku ajar aku bab sakit mati sedara jiran kena ambil berat macam tu juga aku nak suami aku buat.
Kalau tak raya pun suram, padal semua ada penuh rumah. Masing-masing belek fon. Sekali aku la. Haha.
Dah aku nak buat apa dah masing-masing buat hal sendiri. Takkan jadi tugu kat situ. Buat makan-makan suram, lepas makan semua tidur. Dalam family pun bonding takda, dah acane gais.
Murung oo kena kat orang happening macam aku ni. Kalau rumah aku la penuh-penuh tu, riuh rendah dah masing-masing menyembang mengusik, sekali mak aku join.
Pergi rumah sedara pun semua jenis riuh. Tu la suami aku suka kalau duduk dengan family aku. happening kata dia. Haa tu laa family, baru nak tau suasana dia camtu.
Lagi, kebiasaan ni aku dapat dari didikan mak ayah aku. Mana pun kita pergi, ada sedara kat situ, kita singgah. Aku kalau balik kota sana, aku akan bawa suami aku pergi rumah sedara yang ada kat sana, nak dia kenal. Sepupu aku kahwin orang sana, aku akan usaha untuk pergi.
Memang family besar kami macam tu. Sepupu suami bersepah kat kota, langsung dia tak bawa aku. Dia pun tak pernah sampai. Acane nak bawa bini.
Tak kata sepupu la, rumah abang-abang sendiri pun 10 tahun kahwin baru 3 kali pergi. Ni jujur tak tipu. Kami di utara, ada sekali, family abang ipar aku pergi Langkawi.
Kami dekat ja dengan Langkawi. Langsung dia tak datang rumah kami ni. Kot la dia nak halo nak singgah. Aku husnuzon, takpa tak sempat kot atau dia lupa ada adik dia duduk sini.
Again, abang ipar lagi satu datang urusan kerja, halo kawan dia boleh nak jumpa, yang si adik ni dia tak halo. Husnuzon lagi.
Lagi, mertua aku ni suka masak banyak-banyak, tapi end up bila tak habis, dia akan buang. Aku terfikir kenapa tak bagi jiran-jiran pakat merasa? Kan bazir buang.
So, tiap kali dia masak banyak-banyak, aku akan buat muka tembok ambil mangkuk piring isi sikit-sikit bagi pada jiran-jiran.
Raya pun, kalau mak aku, mak aku pagi-pagi akan bagibiskut raya ketupat dekat jiran-jiran yang mana mertua aku tak buat.
Bila raya sana, aku yang buat sekali lagi muka tembok. Bila mak mertua tanya, nak bagi jiran-jiran sikit sambil beraya. Diam ja dia. Rumah jiran sebelah-sebelah pun tak beraya.
Aku yang pergi sorang-sorang. Lagi pun jiran-jiran semua baik ramah tamah. Aku tak boleh control diri aku ni.
Nak follow kebiasaan family dia memang aku tak mampu sebab aku takkan dan hati aku tak benarkan aku buat. Aku pilih buat cara aku mana yang baik yang family aku ajar.
Nanti mula la aku persoalkan satu-satu. Kang aku yang serabut. Pernah kami awal kahwin duduk menyewa di kota. Jarak rumah kami dengan mertua 5 min ja.
9 bulan kami duduk situ. Sekali pun family mertua aku tak pernah jejak kaki rumah kami. Mak ayah ipar langsung tak pernah datang.
Bukan rumah kami ja, rumah anak-anak sendiri pun bukan kebiasaan mertua nak melawat, apatah lagi saja-saja nak pergi. Tu yang baru 3 kali aku sampai rumah ipar. Tu pun aku yang ajak suami.
Masa duduk kota ni memang sedih. Susahnya kami, makan bubur ja hari-hari, kos sara hidup tinggi, suami kerja sorang, anak dua, minum susu tin ja masa tu.
Barang rumah kami, mak aku yang bawa dari utara, 4 5 kali sebulan mak dan adik aku datang jenguk kami. Siap bawa barang dapur bawang ubi kentang, bantal sekali.
Abang-abang aku siap bagi tv, kalau dorang datang urusan kerja kat kota, abang aku siap bagi duit belanja kat aku. Terharunya tak tau nak cakap.
Jujur aku tak pernah cerita susah kami kat mak aku, tapi naluri ibu ni, dia tau. Selalu sangat la terjah rumah aku bawak barang dapur jauh dari utara nuu.
Family aku selalu tanya apa tak cukup apa tak cukup. Abang aku yang duduk daerah sama selalu datang makan rumah aku, berbuka rumah aku la.
Kadang aku yang pergi rumah dia. Family mertua aku langsung tak pernah tau susah kami. tapi aku bersangka baik, mereka ni kurang bergaul, so tak reti, macam mak aku cakap.
Tapi jauh dalam hati, aku terasa sangat. Kami yang dalam seminggu ulang-ulang pergi rumah mertua yang 5min perjalanan tu.
Walau susah, pergi tak pernah tangan kosong, mesti bawa makanan, kadang aku masak koteow goreng, bihun sup, kalau tak masak bawa roti bun ja beli kat kedai runcit.
Sampai la kami pindah lagi ke negeri lain. Pun family aku banyak tolong. adik beradik aku siap belikan peti ais dan barang dapur, perkakasan semua.
Masa pindah rumah kami sama-sama pergi rumah sewa tu satu family. Tak macam masa suami pindah rumah kota dulu, dia sorang-sorang ja urus semua.
Sedih family suami aku ni, tak pernah masa kecik-kecik suami aku cakap ada kenangan balut buku ngan mak ayah sebelum buka sekolah,
Takda kenangan tengok tv cerita hitam putih kat tv sama-sama depan ruang tamu. Sambil mak ayah cerita dulu mak naik moto pergi panggung tengok cerita nustan tajuk Bobby.
Takda kenangan mak dok tunjuk kat tv tu mahmud june, tu saadiah, ni aziz satar. Takda kenangan mak ayah bergurau depan anak-anak.
Takda kenangan mak ayah nak cerita zaman mak ayah kecik-kecik.
Makan ubi kayu ja hari-hari. Ayah jual telur ayam, dulu pergi sekolah bawa 10 sen pun cukup. Bonding tu takda. Suami aku tak merasa semua tu. Tu aku cakap takpa,ni anak-anak kita ada, kita cipta dengan anak-anak kita semua kenangan tu.
Makan hati, kecik hati, terasa hati tipu kalau tak rasa. Tapi macam mak aku cakap, deme tak reti.
Mungkin dari mak ayah sendiri, bukan kebiasaan mereka nak bawa buah tangan pergi rumah orang, nak saja-saja berjalan rumah sedara, nak jenguk jiran sakit, kalau ada kematian cepat-cepat pergi.
Aku bersyukur sebab suami aku sekarang dah ada common sense semua ni walaupun family dia masih sama macam 10 tahun lalu. Ni yang penting bagi aku sebab aku nak didik anak-anak aku macam mana mak ayah aku didik dan biasakan kami dulu.
Common sense ni its not necessary, but if we do, others will feel the sincerity thus be happy.
Bagi aku, apa yang suami kurang (benda baik), tak salah kita nak didik dia. Dan suami aku sangat terbuka bila aku tegur apa-apa (constructive critiscm) family dia buat. Dia cakap dulu dia tak rasa benda tu abnormal sebab dia sendiri terbiasa.
Tapi bila dia tengok family aku, kebiasaan kami, dan family lain (family mertua ipar: abang pada suami) pun sama macam family aku, riuh rendah bising, over ramah, over caring. baru dia rasa family dia memang lacking bab common sense in social skills ni.
Mertua aku pula, dia ok ja dan sangat sporting, tapi tu la bila dia kurang common sense ni kadang-kadang memang buat yang lain makan hati dan terasa hati. aku pilih untuk bersabar.
Suami kau ni buluh muda boleh pupuk lagi. kalau mertua susah sebab dia makan garam dulu tentu-tentu betul semua. So, kita ikut ja la cara dia. Mana boleh selit cara aku memang aku usaha selit selagi tak memudaratkan (masing-masing takda terasa hati).
Maaf cerita aku tunggang langgang. So gais, jom la kita semai common sense ni melalui perbuatan kita dengan harapan orang lain akan ikut.
Lagi-lagi yang ada anak. Semua dari didikan dan kebiasan perbuatan. Benda simple, ucap terima kasih, hargai pemberian orang lain, cuba hubungkan silatrurrahim sama saudara, berkongsi rezeki sesama jiran,
Ni semua simple, tapi bila kita buat, orang lain bahagia dan yang pasti, bila kita buat, orang lain akan layan kita cara sama.
Common sense comes with empathy. Bila takda common sense, kita akan kurang juga sifat ihsan dalam diri. Common sense ni la yang build up social skills kita. So kita boleh blend in dengan semua peringkat umur. Ni pendapat aku sahaja. Sekian.
– Cik Ratu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit