Assalamualaikum para pembaca setia. Nama aku Meen. Tujuan aku menulis hanyalah sebab nak luahkan perasaan dan dalam masa yang sama nak tahu apa pendapat Tuan/ puan/ adik/ abang/ kakak.
Masuk tahun ni, tempoh aku bekerja di syarikat sekarang dah masuk 4 tahun setengah. Apa sebab nak berhenti? Sebabnya banyak.
Tapi bukanlah sebab syarikat tak bagus atau majikan. More to myself yang rasa dah penat kerja. Adakah aku seorang yang ada perasaan macam ni atau normal? Ataupun aku ni pemalas.
Lupa nak cakap, umur aku pertengahan 20an dan dah kahwin awal tahun ni. Walaupun dah kawin, aku still rasa perlu kerja sebab suami aku bukanlah Dato’ -dato yang boleh bagi nafkah 5 ribu sebulan (Gurau saja)
Ikutkan, suami aku boleh tanggung aku walaupun aku tak kerja, cuma tak boleh bermewah laa. Maksudnya, aku tak boleh suka-suka laa nak beli online ke, beli makanan viral, air bobba dan shopee.
Yelah takkan aku nak habiskan duit suami aku beli benda tak berfaedah. So, sebab tu aku decide untuk kerja, and suami aku pun izinka.
3 tahun permulaan kerja, memang seronok. Walaupun stress dengan customer punya perangai, staff punya perangai pun macam-macam, tapi aku boleh bertahan sebab majikan dan orang atasan tempat kerja aku jenis tak pressure pekerja.
Kalau ada salah, boss aku bukan memb4bi buat marah depan orang ramai. Tegur pun perlahan saja cakap. So takda la pekerja terasa hati atau tak puas hati dengan boss.
Cuma semua berubah bila aku kahwin tahun lepas. Boss kurangkan kerja aku, dan kerja aku sekarang cuma menaip and key-in data. No movement.
Kalau sebelum ni, kerja aku kena lari sana sini, call customer, follow up barang dan sebagainya, tapi sekarang kerja aku cuma menaip dan duduk saja depan komputer.
Aku pernah tanya kenapa boss tukar job scope aku dekat akak HR, dia jawab boss risau aku pregnant and tak sedar sebab baru lepas kahwin.
Boss cakap aku ni suka lari-lari. History aku pernah jatuh sampai berjahit dekat peha mungkin buat boss aku trauma. BTW boss aku ni Chinese and macam ayah-ayah laa sifat dia.
Tergelak jap aku dengar jawapan akak HR.. Mungkin laa, aku selalu saja beringat sebenarnya. Tapi belum ada rezeki aku nak main dengan anak sendiri.
Sejak job scope aku berubah ni, aku rasa lemau betul bila datang kerja. Aku rasa macam aku tak contribute apa-apa dekat company.
Masuk kerja, then lunchtime, then balik ontime. Kalau sebelum ni, aku tak pernah balik ontime. Selalu OT. Ot bukan sebab lambat buat kerja, Ot sebab customer transport pickup and hantar barang sampai ke malam.
Paling lewat Ot pun sampai pukul 8 saja. Boleh saja nak buat esoknya, cuma company aku ni, pekerja rajin sangat ubah barang merata, aku malas nak pusing 1 kilang sebab cari barang tak jumpa.
Aku juga rasa tak bersemangat nak datang kerja. Setiap pagi bangun, mesti rasa malas sebab teringat kerja aku cuma menaip saja.
Officemate aku pun macam pandang sinis sebab aku just duduk saja tempat aku. Kalau dulu, aku duduk kat tempat aku hanya sebab nak print dokumen, then selebihnya aku banyak menyibuk di production and QC.
Kalau orang lain rasa penat sebab banyak kerja, tapi aku, aku rasa seronok sebab aku rasa aku contribute dekat company.
Aku seronok bila gaji bulan-bulan adalah gaji hasil susah payah aku. Cuma banyak orang cakap aku terlalu paksa diri kerja sungguh-sungguh. Sampai mental aku penat tapi aku tak sedar.
Kemuncaknya, 1 hari, balik kerja aku accident. FYI, aku bawa motor saja dulu.
Admit hospital seminggu sebab badan aku kena masuk ubat untuk seminggu. Aku akui la memang aku penat dulu, tapi aku enjoy.
Sekarang bila kerjaa aku dah kurang, aku rasa bosan. Aku dah tak rasa apa-apa cabaran masa kerja. Boss pun dah jarang cari aku, sebab aku just handle kerja senang.
Aku dah survey kerja lain pun, aku dah p interview baru ni, tapi company tu nak aku start secepat mungkin, meanwhile aku kena bagi notis sebulan.
Entahla, orang lain stress sebab banyak kerja, aku pulak stress sebab tak da kerja, aku stress sebab orang lain nampak aku macam tak da kerja. Aku dah tak boleh complain penat atau apa sebab aku just duduk kat tempat aku.
Ikutkan aku nak berhenti saja even tak dapat kerja lain, cuma aku takut aku tak boleh survive dekat company baru.
Kalau aku menganggur, macam mana nak bayar semua komitmen and beli semua benda yang aku suka.
Oklah, sampai sini jee luahan aku. Nak juga tahu apa pandangan anda semua.
Assalamualaikum.
– Meen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit