Pernah Rasa Nak B*nuh Diri

B*nuh diri bukan benda main-main ye. Aku lelaki, umur lewat 20an dan belum kahwin. Banyak ujian aku pernah dapat dulu dalam hidup aku.

Aku pernah hantar confession pun sebelum ni mengenai salah satu masalah aku. Yang mana satu biarlah jadi rahsia saja.

Tapi , aku nak highlight, salah satu jalan mudah nak lari dari masalah yang menyesatkan yang aku fikir, ialah b*nuh diri.

Aku tak didedahkan sangat mengenai depresi masa tu, tapi cuma fikir nak lari dari masalah tu sebabkan aku terfikir benda tu sebagai senang saja padahal tak.

Senang sebab kalau kau dah tak ada dalam dunia ni, kau tak perlu hadap. Tapi itulah yang aku silap buat penilaian dulu.

Masalah aku banyak, dari segi sosial life, kewangan, diri, pekerjaan. Mungkin aku tertimpa semua tu bertubi-tubi atau serentak sekali banyak.

Banyak sangat sampai aku pernah salahkan takdir. Salahkan Tuhan atas nasib aku. Cakap orang yang jahil dan tak ada ilmu dan iman masa tu.

Aku pernah hilang keupayaan untuk kerja untuk 2 tahun. Mak aku yang jaga aku macam aku ni orang kurang upaya pulak. Kena mandikan. Kena suapkan makanan.

Dan sepanjang tu, aku tak pernah nak muhasabah diri. Tak pernah fikir pasal solat. Yang aku fikir, baik mati saja. Sebab aku tak rasional masa tu.

Aku tak fikir, ada orang nasib dia lagi teruk dari aku, aku masih ada family sekurang kurangnya. Aku tak fikir, punca semua tu sebab aku lupakan Yang Esa.

Yang aku tahu cuma blaming dan nak selesai atau lari dari benda ni cepat. Tu yang terfikir b*nuh diri tu. Terfikir nak terjun, terfikir nak kerat nadi, terfikir nak minum racun.

Masa tu, setan bagi idea bukan-bukan saja. Tapi, detik aku berubah masa kejadian MH370 yang hilang tu.

Masa tu, mak aku sambil urut dan bersihkan badan aku, selalu buka siaran astro Awani yang selalu buat lintas langsung pasal pencarian pesawat tu.

Tiba-tiba, aku macam tersedar, diaorang mangsa pesawat tu hilang atau meninggal tapi hilang macam tu saja tanpa berita.

Aku patutnya bersyukur, sebab aku cuma perlu redha, perlu perbaiki diri, perlu terus melangkah. Bukan asyik fikir cara-cara b*nuh diri yang mengarut tu.

Auto aku tersedar. Selama ni aku abaikan perasaan mak aku yang suruh aku solat, abaikan keluarga aku yang sememangnya risau. Abaikan Tuhan, jangan cakaplah.

Malam tu, aku menyesal, aku baiki ibadah aku, usaha cari kerja balik, lupakan hal yang negatif sebelum ni dan syukur, niat nak b*nuh diri tu pun hilang.

Sebab aku terbawak bawak pada sentimen diri tak nak hidup. Bertapa munafik nya aku, nak mati sangat, tapi amal tak cukup!

Kita hamba kat dunia ni, jangan sekali kali terfikir nak b*nuh diri sebab azab dia kat sana berterusan sampai bila-bila selamanya. Semua orang ada masalah dan semua masalah ada penyelesaian.

Dapatkan sokongan keluarga juga kerana biasanya orang yang depress ni perlukan sokongan yang kuat.

Ingat, muslim lebih-lebih lagi, kalau kau stres sangat, dapatkan sokongan, merintih, meluahkan kat forum page macam IIUM Confession ni pun agak membantu. Jangan simpan sorang sampai terdetik untuk kita langgar batasan. Tu bahaya.

Nabi SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa menghumbankan diri dari bukit hingga memb*nuh dirinya, maka ia akan masuk ke neraka jahanam, di mana ia akan berterusan menghumbankan diri di dalamnya dalam keadaan kekal abadi selama-lamanya.

Barangsiapa meneguk racun hingga memb*nuh dirinya, maka racun tersebut akan berada di tangannya, di mana ia akan berterusan meneguknya di neraka Jahannam dalam keadaan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya.

Barangsiapa memb*nuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada di tangannya, di mana ia akan berterusan menikamkannya ke perutnya di neraka Jahanam dalam keadaan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

– A2D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *