Aku Ditindas Majikan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-ditindas-majikan/).

Assalamualaikum. Jemah hadir lagi, Terima kasih banyak Jemah ucap untuk readers yang paham apabenda Jemah meluah panjang lebaq.

Yang sudi baca terima kasih, ada yang doakan aku jugak, terima kasih, ada yang sokong dan utarakan cadangan untuk kita ambil hak kita, terima kasih. Yang share pun, terima kasih.

Aku harap, celoteh aku sampai pada orang yang patut, semoga kehidupan kita jadi lebih baik lagi tanpa penindasan.

Eye-opening jugak aku ni na, baca komen2 readers. Aku akan pin dalam otak aku semua nasihat ampa. Takkan biar pisang berbuah dua kali. Hak kita, jaga. Dan Kepadaa “bekaih” sekolah, semoga Allah beri hidayah sungguh2.

Semua yang aku cerita dalam “Aku ditindas majikan”, yang mula2 haritu, itu semuanya realiti. Aku dan guru2 memang ditindas kaw kaw.

Tapi aku tak nafikan aih, bukan semua institusi swasta menyiksa pekerja macam tu. ADA SEKOLAH SWASTA YANG SANGAT MENJAGA KEBAJIKAN STAFF. Cuma itu bukan bekaih sekolah aku. Bukan. Bukan. Bukan.

Dan aku bukan nak jatuhkan sekolah yang berorentasikan Islam, cuma niat nk share dan cerita perihal reality perit aku. Aku ada kenai beberapa sekolah islam yang hebat bakhang, guru guru depa hebat, pengelola pun cakna hal guru-guru.

Menjadikan pelajar depa A++. Ni cerita sekolah member aku la, rezeki dia. Aku? Allah nak uji. Takpalah, belajaq redha. Kalau duk ulang2 ingat rasa pedih jugak.

Dan aku ada terbaca la beberapa nama tadika/ institusi/sekolah swasta/ international/ madrasah dekat ruangan komen. Ghisauu, Jemah haha. Punya marah na ampa semua, aku pun sama marah oo sukaa aku baca akhirnya terluah semua yang terbuku di jiwa aku.

dan aku nak habaq yang sekolah2 yang ampa teka tersebut.. tettt bukanlah sekolah tempat aku kerja dulu. Dan sekolah tu bukanlah Madrasah.

Zaman ni orang cari AGAMA, Sebagai foundation yang bagus, untuk anak2 depa adapt. Kalau cari Tadika ja, nak yang ada nama “islam”.

Sebab tau dah aih, orientation nya Islamic, jadi mak ayah akan suka nak yang terbaik untuk anak, pandai iqra’, pandai mengaji, akhlak baik, akan ada dalam list mak pak.

Memang mak pak akan fokus agama, sekolah rendah pun, nk tgk ada pendekatan agama Islam. Sekolah menengah, Islam. Kalau boleh university pun nak yang Islamic, sehabisnya kalau boleh nak yang terbaik untuk anak-anak.

Jadi peniaga2 yang minat tang education ni, akan peka sungguh hal ni. Yang memang niat nak ajaq/ didik/ terap anak bangsa jadi soleh solehah memang baguih, aku puji.

Depa akan bina sekolah islamic dan ada rutin/ cara pengajaran sendiri untuk memastikan anak2 terdidik baik. Pengurusan pun baik, staff-staff pun baik. Semua “line clear”. Anak2 didik pun tahu akhlak baik.

Tapi untuk peniaga2 yang otaknya fikir “niaga” saja, depa tak terap akhlak baik dalam berurusan dengan pekerja.

Perniagaan pulak dalam bidang education, ladang ilmu yang sangat MULIA, + pulak pakai nama ISLAM lagi² lah dipandang Mulia & tinggi.

Jika tak dikelolakan dengan baik, maka rosaklah imej sekolah islam kerana bisnes sebegini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Sekolah aku dulu, kalau hng tanya parents memang A+++. Akademik, agama, sosial semuanya cover woo sekolah tu.

Dan antara reason aku apply kerja kat sana, adalah sebab imej depa yang hebat boek punya lah. Aku pun takmau klentong na, kalau tak jadi staff, aku akan recommend semua orang la habaq mai sekolah tu baguih.

Memang berpusu-pusu intake baru, depa kaya, rating naik, yang pucat nya guru2 ; termenung, jadual makin pack, guru tak cukup, gaji sikit, mental koyak.

Aku nak seru semua peniaga, founder، pengasas2 apa pun, yang education ka, bukan education ka, produk ka apa ka, janganlah hng guna nama agama duk tunggang tunggang, bagi naik rating hang, tapi pengurusan? Zalim.

Mungkin hang takda niat, tapi kalau takda usaha nak “basmi” penindasan yang hang dah mulakan secara “tak sengaja” tu, maka sengajalah namanya.

Jangan tunggang agama kita, dan jangan cakap “hang nak kerja kan, hang buat ja apa aku arah, aku bos hang, Aku dulu susah jugak sebelum jadi bos bla bla bla”.

Dak aih aku tak cerita yang aku takmau kerja susah, dan aku tak berminat langsung nak dengaq ceramah usaha jaya hang.

Aku cerita sekarang hang (majikan) tak bayaq elok gaji kami (pkerja swasta), dan hak kami pulak terabai, setelah kami buat kerja walaupun kerja tu bukan skop kami + layanan macam sampah. Kalau hang settle bab tu ja, ceramah sampai taun depan pun aku dengaq.

Aku ada terbaca sorang majikan ni post yang pendapat dia, pekerja takmau reply text after jam kerja tu, mcm “alah berkiranya”.

Aku hormat pendapat dia.

Tapi pendapat aku pulak, Mana boleh macam tu, sepertimana hang tak mau nego naikkan gaji kami masa awal2 kerja, stick, RM1100 ja katanya, atau takmau nego longgar peraturan pi kerja pakai baju bebas takmau uniform, kena kemas apa semua, kita akur.

Kan itu hak depa sebagai majikan? macam tu jugak kami takmau nego masa kami diluar waktu kerja. Hak kami.

Adakah depa cuba nak cakap, yang kita nak berjaya, takboleh berkira dengan depa? Dan depa takpa nak berkira dengan kita atas dasar depa “majikan” yang bayar gaji kita, baru berjaya? Mana hak kita?

Ramai jugak yang setuju benda ni, ramai cakap “Normal lah”. See? betapa dah berkurap nya normalisasi ni? Betapa penindasan ni dah berkurun lama.

Waktu selepas kerja, adalah hak kita, bila kita tuntut hak kita, keluar statement Pekerja Malaysia Manja.

Padahal itu hak mereka, hak kita. Melainkan dalam kontrak sampai jam 8 malam kerja. Majikan kena ambil caknaa soal ni, jangan ketegaq ambil kesempatan atas pekerja.

Hang sebagai majikan yang baik sepatutnya jaga semuanya, untung hang, kena jaga. dan kami “enjin penggerak” syarikat hang ni, punn hang kena jaga.

Clients, kita jaga sama2. Allah ni maha melihat dan menilai. hang tak jaga hak kami, hang guna pula nama islam, bahaya gerak-geri hang dan team. Bahaya.

Aku cakap dekat family yang aku tak halal depa pakai duit aku baiki eletrik, mak pak aku bebel haha. Takpalah, halal-kan biaq jadi sedekah, dapat pahala, rezeki lain in sha Allah.

Bukan semua majikan teruk begini. Majikan yang hebat, baguih, tahniah alhamdulillah. Aku bangga, tabik spring sampai bila2 aku doa hang berjaya.

Tapi majikan atau bakal majikan yang ada suam-suam kuku nak jadi begini, atau dah jadi pun, aku doa ampa insaflah, dunia ni sementara ja hang nak kaya dan zalim sampai jadi Qarun ka, bina istana dunia?

Hang nak kaya atas ayaq mata staff yang menyara keluarga, atau membantu keluarga ka? Hamster aku pun bermodal nak jaga, apatah lagi manusia2 yang berderet-deret di rumah?

Mintak doa agar Allah beri petunjuk untuk hang selesai isu kewangan hang sbgai majikan, biaq tak pakai lg duit pekerja. Tak kelentong lagi kami. Tak maki, tak tarik hak kami.

Jangan nak label-kan dengan nama Islam kalau hang akan jatuhkan dengan attitude, pengurusan yang kotor. Kesian pembawa nama islam lain yang benar2 ikut channel betul.

Hang jual minyak ka, buka saloon ka, apa ka, nak bina sekolah ka, rumah jagaan ka, jangan main2 dengan agama kita.

Islam ni agama kita, ada imej yang sangat mahal dan mulia, bukan untuk hang pancing pelanggan, dan siksa pekerja, asal hang untung boleh travel sana sini, shopping itu ini, tapi gaji staff tak langsai. Layan macam abdi.

Buat pengelola bekaih sekolah aku, Tuhan yang maha baik pun tak pernah zalim pada hamba2 Dia macam kau zalim pada staff tau. Tak takut ka buat macam tu dekat orang?

Kita, kalau Gaji dibayar elok, kerja banyak sekalipun, if majikan jaga kebajikan, tak maki, dah bagus sangat dah alhamdulillah.

Sebab kita pun tau gaji kontrak takkan sama dengan government , tambahan lagi if kita fresh grad takdak experience, dan syarikat tu bukan Mega.

So Kita buat yang terbaik, dapat payment gaji yang make sense dan cukup every month seperti dalam contract, hak terjaga, skop kerja baik, good dah untuk masa sekarang.

doa2 dapat kerja lagi baik untuk masa depan hang. Kalau ada laa yang ter-keluar sikt dari skop kerja, pun, boleh la nak sabaq sikit if tak da masalah lain. Tapi perhati la jugak na, jangan over sangat menyiksa kita.

Cuma untuk hang yang dah kerja helok, tapi gaji dan kebajikan hampeh, layanan pulak teruk bethol maka itu bukan benda bagus untuk hang sabaq.

To stay sabaq and tahan maki, is toxic posivity. Aku tengok ramai sangat yang ada toxic positivity traits ni,tapi bukan pada mangsa sangat, pada orang yang memerhati. Membuatkan tuan badan pun terpengaruh dengan toxic positivity.

Jangan acik, adik, abang, mak, pak, benda ni serang “mental health”.

kalau hang boleh blah, blah la.

Yang takmau blah, jangan kata depa kurang cerdik, mungkin dalam usaha nak tunggu kerja lain yang stable/ sesuai baru boleh blah, sebab ada keluarga nak tanggung, ada mata2 memerhati, ada perut nak diisi, tak sama dengan kita yang belum berkeluarga/ takda komitmen.

Yang single pun ada komitmen besar kadangnya, kita ja tak tau, ada sebab depa stay, ada sebab depa hold dulu.

Aku Jemah, dan aku bantah semua bentuk kezaliman yang dinormalisasikan. Aku cukup anti sikap tiada “akhlak, tiada “keadilan” dalam membuat keputusan, dan tiada 2 ways communication, diktator?

Jangan kaitkan dengan nama Islam. Jangan berniaga, jika tak mampu berlaku adil pasa staff, menyebabkan hati-hati lain terguris tersiksa, terluka berparut, bernanah.

Demi Allah aku doakan semuanya takkan terlibat dengan penindasan. Sekali lagi mohon ampa doakan aku, dan semoga kita semua selamat sentiasa dalam rahmat Allah. Jemah hadir, Jemah undur diri. Assalamualaikum.

– Jemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *