Pengalaman Cari Jodoh Online

Assalamualaikum hai semua. Terima kasih admin sekiranya confession saya terpilih untuk disiarkan.

Perkenalkan saya Bunga, bujang, berumur 26 tahun dan berasal dari utara. Saya seorang yang agak menjaga batasan antara lelaki dan perempuan, dan disebabkan itu saya tak pernah bercinta di zaman sekolah mahupun zaman kolej.

Bukan tiada yang cuba mendekati namun saya mengambil tindakan menjauh kerana bimbang akan hanyut dengan bisikan2 syaitan yang sesungguhnya mahu mengesatkan umat manusia.

Dikala umur saya memasuki fasa pertengahan 20an, muncul perasaan ingin hidup berpasangan iaitu mendirikan rumah tangga. Hasrat ini saya sampaikan kepada keluarga, mungkin ada kenalan yang boleh dikenenkan dengan saya.

Adalah kakak saya cuba untuk kenenkan saya dengan beberapa kenalan dia namun calon kakak saya tidak menunjuk minat untuk menghubungi saya.

Satu hari kakak saya memberikan cadangan untuk masuk ke salah satu plotform website mencari jodoh.

Permulaan agak malu tapi disebabkan mungkin ada jodoh saya  disitu jadi saya sign up jugak. Setelah sebulan ke 2 bulan sign up saya kenal dengan beberapa calon.

Nak diringkaskan cerita seorang calon ini menetapi kriteria yang saya cari. Maka kerap berhubung sehingga dapat bertukar nombor telefon.

Saya kenalkan calon ini sebagai H. H berumur 27 tahun, merupakan seorang anak bongsu, agak pemalu sukakan kanak2, keluarganya menetap di negeri jiran saya tinggal namun H tinggal senegeri dengan saya cuma berlainan daerah.

Kami kenal dalam pertengahan bulan 3 jadi kenal dimusim2 PKP. Kami kerap berhubung melalui whatsApps dan instagram sahaja memandangkan untuk jumpa tak dapat nak rentas daerah.

Kami merancang untuk jumpa selepas boleh rentas daerah nanti tapi saya letak syarat untuk membawa seorang kawan peneman kerana saya tidak la berpernah keluar berdua duaan dengan ajnabi.

Permulaan H macam okay tapi selepas tu H mintak untuk jumpa saya seorang sahaja sebab dia pemalu. Saya pun ada jugak nak elak untuk keluar berdua duaan tapi akhir sekali saya setuju jugak untuk keluar berdua.

Selepas perkenalan kami masuk 4 bulan,  satu hari H mintak jumpa. Tapi pada waktu yang sama saya tak free ada buat makan2 dekat rumah.

Jadi saya cuma mengajak H untuk kerumah. Lagipun time tu pkp kan nak jumpa pun kat mana je boleh? dine line pun tak boleh.

H setuju nak datang kerumah. Berbunga2 hati saya time tu haha. So first time saya jumpa dia dekat rumah saya. Dan sebenarnya saya lebih suka cara macam ni elak fitnah kan.

Kesian jugak dekat H time tu kena jawab soalan bertubi2 dgn abang2 saya. Tapi H steady boleh ja jawab. Saya risau jugak sebab dia cakap dia pemalu tapi alhamdullilah positif. Family saya pun berkenan jugak dengan H.

H cakap lepas boleh rentas negeri nanti dia nak bawa family ke rumah saya. Time tu bahagia saya rasa. Senyummm dah macam kerang busuk. Hehek.

Untuk pengetahuan semua, saya tak hari2 contact dengan dia. Kami chat hanya 2 hari sekali, kadang tu seminggu sekali pun pernah. Tapi saya okay je lagipun saya bukan la spesis nak chat 24 jam.

Saya suka cara macamni. Tapi kadang2 curious la jugak chat benda simple2 pun 2 3 hari baru reply tengok story dan status ws mcm tak busy tapi saya husnazon mungkin nak menjaga ikhtilat, acewah!

Satu hari saya terbuka hati nak tengok account saya dekat website cari jodoh tu, dan surpisely saya tengok dia online dekat situ siap tukar gambar. Chat saya tak reply.

Tapi saya husnazon ingat dia nak check ke apa. Jadi saya saja bukak 2 hari berturut2. Dan ya 2 hari berturut2 tu saya tengok dia online.

Masa tu saya sedih dan rasa mcm kena game pun ada jugak. Saya tanya dia betul2 nak teruskan ke tak dengan saya. Dan dia yakinkan saya, dia serius, siap cakap suka dengan family saya. Saya pun lega balikkk. Bodohlah kan?

Dan lepastu saya buat jugak spotchek dekat website tu tapi jarang2la ada la 2 minggu sekali tapi tak nampak dia online dah.

Dalam 6 bulan perkenalan,  saya jumpa dia buat kali ke2. Tapi kalini saya jumpa dia bertemankan kawan saya. Ada la sembang2 kosong sikit dan kami pun jumpa kejap je memandangkan time tu dia keja.

Selepas mengumuman rentas negeri dibenarkan H berlakuan lain. Chat saya selalu bluetick. Tak macam awal² kenal. Walaupun dulu reply chat lambat tapi takpernah dibiarkan seminggu lebih tanpa respon.

Satu hari saya try call, dah tak diangkat, saya double chat tanya samada serius atau tidak, tidak direply terus. Saya terus block dia dekat ws, ig dan saya  move on.

First time saya rasa frust menonggeng hahaha dulu selalu dengar cerita kawan putus cinta dan sayalah bagi semangat dekat depa sekali kena batang hidup, down kawwww. 2 hari fikiran saya bercelaru setiap kali habis solat dan berdoa pasti airmata mengiringi, huhuhu.

Fikir2 balik bodoh la kenapa nak baziaqqqq airmata bernilaiku ini. Huhu. Tapi masuk hari 3 saya rasa tenang.  Saya bersyukur Allah jawab doa istikarah saya. Allah jauhkan dia dari saya mungkin sebab dia bukan insan yang terbaik untuk saya.

Kepada H sekiranya awak membaca confession saya, saya cuma nak bagitau tindakan awak sangat tak matured! Awak pengecut! Awak memberi saya harapan dan awak belah tanpa sebarang explaination.

Semoga awak berjumpa insan yang lebih baik dari saya. Nasib baik la saya kenal awak hanya 8 bulan bukan 8 tahun tidak lagi buang masa saya.

Buat masa sekarang, saya difasa malas nak fikir untuk berkahwin. Saya fikir nak happy2 nak travel, nak bahagiakan diri sendiri. Bab jodoh saya ketepikan sekejap. Kepada yang tengah broken, yes!!!!

Saya fahammm perasaan ampa semuaa. Perasaan sakit hati tu valid, tapi jangan dilayan sangat perasaan, jangan buang masa kita dengan orang yang salah. Jangan merayu kepada yang tak sudi! Love yourself!

– Bunga takdak Kumbang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *