Salam semua. Saya dah tawar hati. Kenapa?
Kami berkenalan hanya 4 bulan dan keluarganya memutuskan untuk bertunang dan berkahwin 6 bulan selepas itu. Diberitahu pernah frust dengan tak -girlfriendnya.
Seminggu pertama masuk ke rumah sewa aku selepas kahwin pun tidak nampak keserasian. Hari-hari gaduh kerana perkara remeh.
Selepas sebulan alhamdulillah mengandung. Tetapi hanya merasai 12 minggu. Selepas sebulan lebih tiba2 mengandung lagi. Tapi dugaan demi dugaan berlaku.
Aku sambung master di upsi. Sanggup berulang naik kereta drive sendiri. Selepas setiap minggu terpaksa ke kampus kerana pjj class. Saya tengok dia mula berubah. Saya mengandung selalu dimarahi. Emosi terganggu. Kalau mengidam apa2 tidak pernah dituruti.
Sampailah terbukti yang dia mempunyai hubungan dengan rakan sekerja. Selalu makan dan mesej bila di rumah. Patutlah alahan tidak dihiraukan. Sepanjang dalam pantang mak saya datang ke rumah untuk jaga.
Bermulalah episod pertama sebagai ibu. Dia akan cepat marah perkara kecil. Tinggal barang patah balik, mesti mengamuk bawak kereta laju2 padahal barang anak. Aku jadi hidup dalam ketakutan, takut buat salah.
Sebab? Dia akan bawak kereta laju2. Pernah bawak laju2 dan menjerit2 nak mati bersama bertiga. Anak saya menangis2 ketakutan masa tu baru 2 tahun. Kerap sangat dr baby dia akan bersikap begitu.
Di rumah konon tenang tapi dia akan simpan dan lepaskan kemarahan dalam kereta dengan bawak selaju yang mungkin.
Saya mengandung anak ke-2 selepas 2 tahun. Dia masih bersikap begitu. Selalu baran tetapi tidak naik tangan. Perbuatan dan mulut yang akan sumpah seranah. Saya dibiarkan sakit seorang diri.
Selepas pantang, saya bawa kedua2 anak ke rumah ibu saya memandangkan rumah ibu saya berdekatan tempat kerja saya.
Pada waktu ini, sama juga dia tetap tidak berubah.
Nafkah tidak langsung diberi. Saya terpaksa mencari duit seorang diri walaupun gaji saja boleh dikatakan banyak. Tetapi atas kebodohan saya.
Dia telah menggunakan nama saya untuk pinjaman berlesen, bulanan yang perlu saya tanggung ialah RM800. Setahun saya perlu buat bisnes tambahan, kerja jaga pusat tuisyen dan mengajar tuisyen, pernah juga cari duit syiling nak beli barang anak.
Sepanjang kedua-dua anak membesar ni. Saya makin tawar hati, dia selalu memaksa saya buat hubungan s3ks. Walaupun dihadapan anak2.
Dia cover dengan selimut benda sulit tu, dan diberikan telefon bimbit kepada anak2 supaya dorang tak tengok kami… Saya dijadikan tempat melepaskan nafsu. Tapi dia? 5 minit pun tak sampai akan kalah. Dia juga lebih mementingkan keluarga.
Selalu update macam2 di status yang mengatakan saya ni benci keluarga dia, ajar anak2 benci dia tetapi dia tak pernah pun ambil hati anak2, buat tak kisah.
Dari makan, sekolah, pendidikan agama semua diserahkan saya bulat2. Tetapi, saya yang perlu bayar semua bil dan semua belanja anak2 dan rumah sewa pada masa tu.
Alhamdulillah the power of doa. Saya berdoa tahajud setiap malam. Alhamdulillah saya dapat duit sedikit daripada faraid harta keluarga saya, saya dapat bayar hutang2 dan clear nama saya di ccris dan AKPK.
Sebelum tu memang tak cukup kerana perlu menanggung semuanya. Bukan tak pernah minta tapi bila diminta pernah di baling beg duit depan muka saya. Cakap dia tak de duit.
Selepas clear hutang, saya beli rumah dan kereta lain bukan lah mencari hutang lain tetapi aset sendiri dan kereta sebelum ni adalah hak milik dia (nama dia) walaupun saya yang bayar.
Keluarga dia semuanya berada kecuali dia yang bekerja hanya juruteknik, tetapi disebabkan diberikan kemewahan hidup, saya pula dijadikan bahan untuk memenuhi keinginan. Kalau tak ikut? Dia akan mengamuk bawak kereta laju2 . Saya takut.
Selepas tu saya dah mula tawar hati. Saya mula bina kerjaya saya lepas naik pangkat dan bawak anak2 ke rumah baharu, beli rumah pn tak bincang dengan dia. A hingga Z urus sendiri.
Saya juga dapat tau yang dia ada hubungan dengan ramai orang termasuk bini kawan baik sendiri. Tetapi sebab dah tak de perasaan saya dah tak kisah.
Selepas beberapa bulan tidak bersama. Kami tiba2 bersama. (keinginan tu memang tiba2 ada) dan nak dijadikan cerita aku termengandung anak ketiga… aku terima dengan hati yang terbuka. Aku syukur.
Namun, sebaliknya berlaku. Dia langsung tak endahkan aku, malah dia cakap aku hina dia. Kenapa?
Kerana aku pernah tutup hidung bila lalu dekat dia n tak mau tido dengan dia. Sebenarnya aku nak muntah alahan kan. Tapi kecetekan ilmu dia walaupun anak dah 3 tapi dia fikir aku hina dia.
Update di status fb dan whatsapp. Cakap hina dia. Allahu, semasa 2 bulan mengandung,
Birthday anak saya yang pertama dan kami terpaksa pulang ke kampungnya kerana mereka akan sambut di sana sama seperti tahun sebelumnya. Sekali lagi dia bawak kereta laju2 .
Dengan 2 anak saya ada dalam kereta (masa tu sorang 8 tahun sorang 5 tahun) saya minta dia berhenti di r&r, saya cakap saya ngandung baru 2 bulan tolong la kesian kan saya… tau dia cakap apa? Dia kata ntah ntah tu bukan anak aku. Allahu luluh hati aku.
Selepas tu bila aku ngadu aku checkup hb drop dia buat tak dengar. Ok baru aku tau dia tak nak ambil tahu, aku pun mulakan episod checkup sorang diri, jumpa pakar seorang diri. Tak larat drive? Aku ambil grab, anak2 aku nasiblah mak ada.
Pada 1 hari cuti sekolah. Aku kesian anak aku ajak pergi bercuti… tempat percutian tu jauh ke dalam sedikit, masa tu kandungan 5 bulan, dia langsung tak kisah kan makan minum, yang dia tahu bila sampai hotel bagi fon pada anak2.
Dia lepaskan nafsu dia dulu depan anak2. Cover la anu dia dengan selimut hotel, lepas penat tido. Aku dengan mengandung lapar dia tak tau camna. Anak2? Lagi la. Bila ajak pergi kafe dia kata mahal dia tak mampu. Padahal hotel semua aku bayar.
Jadi semalaman aku tido kelaparan bersama anak2, esok pagi smpai la check out sama juga. Alasan makanan di cafe di situ mahal, padahal aku bukan tak ada duit, tapi dia tak nak… aku akur saja takut dia mengamuk. Walaupun tu bukan duit dia.
Keluar saja dari hotel ke pekan. Aku jumpa kedai makan aku n anak order makan macam 10 hari tak makan, padahal 12 jam lebih tak makan. Sedih kan? Sikit pun dia tak kisahkan kami.
Sepanjang saya mengandung sampai saat bersalin. Hari2 dia ganggu emosi saya. Update di status sana sini cakap saya ni hina dia tak suka dia sebab saya tak larat tak layan dia.
Hb saya low termasuk masalah kencing manis lagi, sehingga la saat saya bersalin saya la seorang diri.
Tak ingin dia nak usap perut or cium perut saya macam dalam drama tu,
Masa saya sakit nak bersalin. Ayah saya yang bawak saya ke hosp. Dia? Sibuk bersama keluarga dia. Sampai pukul 1pagi pun belum balik.
Ok lepas saya bersalin saya balik rumah mak, dia?? Langsung tak ambil kisah. Datang nak tengok anak2 n baby pun tak . Datang pun bila bising. Dia ada di rumah saya yang dekat dengan rumah mak sahaja (memang beli dekat dengan rumah mak)
Dah la tak jaga saya dalam pantang, dia juga akan bercakap bukan2 melalui mesej. Cakap dia tak pegang anak lagi dia cakap saya tak bagi. Helo. Takkan la nak kena bagi dekat ko. Ko la datang ambil sendiri
Sampai la umur dia setahun lebih, tak pernah diurus oleh bapaknya. Ini kan lagi didukung, dukung. Mungkin sebab dia rasa itu bukan anak dia.
Sepanjang dalam pantang saya sangat stress. Banyak kali cubaan nak cederakan diri saya sebab selalu dia ganggu emosi saya melalui whatsapp,
Tak pernah bercakap dengan saya tapi whatsapp cakap saya itu dan ini. Saya betul2 tawar hati. Dia dah mula terasa bila anak2 semua tak nak dekat dia. Tapi dia cakap saya yang ajar.
Pastu saya makin tawar hati. Sampai 1 tahap kami tak bercakap lagi, sekarang setahun lebih tak pernah pun bersama lagi. Memang tawar hati.
Aku besarkan 3 anak sorang diri. Kadang2 2 bulan dia tak balik. Aku malas nak tanya, bagi aku dia tak de atau ada sama saja. Anak2 pun tak pernah tanya. Anak yang setahun lebih tak pernah kenal ayah dia. Dia tak pernah pun nak ambil dukung atau main dengan anak itu .
Tapi lain pulak dia cakap dekat keluarga n status fb n whatsapp.
Dia kata saya ajar semua anak benci dia dan tak suka dia, ada pulak masa saya. Kerja rumah semua saya buat sendiri, saya juga seorang guru. Dan perlu banyak masa utk buat lesson plan, marking dan macam2 lagi. Kadang2 tak tido langsung.
Dia tak pernah pun fikir. Dalam fikiran dia tak abes2 cakap orang benci dan ajar anak2 benci dia.
Aku jadi stress sangat. Aku pernah nak report ke pejabat agama tapi disebabkan pkp semuanya tertangguh dan saya asyik tertanya2 adakah kes saya ini boleh buat tuntutan,
Dia dah mula bagi duit sedikit tapi bayaran kereta, rumah, bil2, sekolah2 anak dan mengasuh semua saya.
Dia hulur juga RM700 tapi lain semua saya tanggung. Memang perit, lagi perit hati saya tak boleh terima lgsung dia.
Dia pernah bagi saya gelang emas dan iphone nak pujuk saya. Tapi saya betul2 tawar, biarla masa menentukan, hati saya bukan mudah untuk dijual beli.
Sepanjang 10 tahun perkahwinan tak pernah pun celebrate birthday saya and anak2, bagi dia semua tak penting. Anak2 saya yang akan usahakan n gembirakan mereka.
Saya pernah depression sampai tahap nak bunuh diri, cederakan diri, pernah pukul anak sebab stress. Tapi lama kelamaan benda tu hilang dan saya mendekatkan diri dengan allah, aku impikan syurga, tapi aku tak taat pada suami, bolehkah?
Tapi keadaan tawar hati saya ni macam mana nak buang, bukan tak pernah cuba tapi betul2 tertutup.
– Rayma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit