Assalamualaikum, aku Aya umur 28 tahun, bekerja ofis biasa, duduk dengan mak, belum kahwin.
Aku sebenarnya ada baca beberapa confession, sesetengahnya aku boleh relate.
So, buat korang yang rasa down and self esteem rendah, aku harap aku boleh bantu sikit untuk ubah diri korang, step by step, benda ni takkan jadi dalam tempoh semalaman.
Niat aku cuma aku nak share sebab aku pun pernah rasa lose hope dan pernah ada suicide thought.
Pertama, hidup aku agak berubah bila aku jaga makan, yes, sesetengah orang berubah bila diorang kerja kuat and so on, tapi aku jaga makan. Aku amalkan segala jenis buah dah sayuran.
Aku masak macam nenek2 dulu masak, macam singgang tu, dan aku dah tak pernah beli junk food, aku makan cuma bila teringin sangat or sesekali orang ajak.
Bagi aku mental health aku bergantung kuat pada apa yang aku makan. Aku hari2 bawak bekal ke tempat kerja.
Aku suka tiru japanese bento tu, cute sangat. Masak makanan sihat juga dah jadi macam terapi bila aku stress. Rasa bahagia saja time masak. Huhu
Kedua, tidur, ni aku boleh kata paling penting. Sementara bujang ni, tidurlah pada waktu yang sepatutnya.
Sebelum ni aku sangat2 unorganize, lepastu depressed dan hubungan aku dengan org memang teruk. Mana taknya datang kerja lambat lepastu lemau saja dekat ofis, hari2 jugakla kena marah.
Mak aku pandang muka aku pun macam takde harapan, sebab susah bgn tidur pagi, bila cuti asik tidur siang saja, why? sebab siang aku penat, malam aku berangan, lepastu main phone sampai 3, 4 pagi. Memang teruk.
Phone, orang kata kalau nak berhenti ketagihan, kena mengaku yang kita ada ketagihan. Kalau aku, handphone dan berangan.
Aku suka sangat bertekak online, tapi at the of the day even aku menang bertekak online pun real life aku teruk jugak.
Aku juga ada maladaptive daydreaming, berangan panjang. Macam mana aku berhenti ni? First aku mengaku aku phone addict dan aku daydreamer, check next point.
Bersenam, ni paling ramai malas nak buat, bersenam ni maksud aku, bersihkan rumah, cuci segala yang ada, kalau rajin jogging n workout.
Ramai cakap tak ada masa, tapi kan takkan sekadar jaga kebersihan rumah pun tak ada masa? Paksa diri is the key, kalau fikir manja badan takkan kemana.
Bergeraklah sementara muda, dah tua nanti nak rehat, rehatlah, orang tak kisah. Nak start bersenam jangan cek phone dulu, terus buat. Mental kena kuat ni.
Next, aku lupakan kisah kanak2 aku yang tak menyenangkan, aku tak penah dijaga oleh ayah aku dan mak aku pun dulu byk lepas geram dekat aku, tapi pernah dengar tak stop carrying childhood baggage?
Ya, aku perasan ramai yang terbawa2 kisah lama sampai ke dewasa, kita dah lepas semua tu, masa lalu tak boleh ubah dah,
Fikir dalam sangat pun tak ubah apa2, tapi kita boleh ubah masa depan, jangan dah jadikan alasan masa lalu kita punca kerosakan masa depan kita.
BERHENTI MENANGIS KESIANKAN DIRI, kita dah besar jangan asik nak dipujuk saja. Paksa diri, kejamnya dunia ni takkan kesiankan kita.
Selain tu, jangan tunggu motivasi atau tunggu ada mood. Kita takkan sentiasa positive. Jangan jadikan mood dan motivasi kawal hidup kita, STOP SELF PITY,
Hidup memang ada turun naik, ni dunia bukan syurga; tempat kita diuji, manusia bermacam-macam, dan terima hakikat tak semua orang suka kita.
Belajar untuk tolak benda yang tak penting. Kalau kita rasa tu tak penting untuk kita, say no.
Contoh kawan ajak makan mahal2 tapi kita nak simpan duit, just say no. Percayalah even kita sentiasa ikut kehendak orang, tetap akan ada org tak suka kita.
BUSINESS, join business sama ada kita belajar kerja bawah orang atau kita buat business sendiri, umur kita ni memang umur orang tengah percaya yang kita ada kekuatan.
Bila fikir balik orang menganggur selalu dipandang sinis? Ya mungkin ada sebab yang munasabah kenapa seseorang mengaggur.
Tapi bila orang tak faham keadaan kita, sebenarnya orang tu ada expectation. Secara tersiratnya orang tau kita boleh kerja.
Mandarin speaker? Jangan jadikan alasan, tak payah kerja tempat yang tolak kita, jangan tolong kayakan tempat macam ni, pergilah tempat yang terima kita.
Mungkin gaji sikit tapi niatkan nak belajar, dan apatkan ramai kawan/ connection so kita boleh ada idea untuk pergi ketempat yang paling sesuai dengan kita.
Ini bukan senang dan kau akan banyak menangis, akan lalui perkara memalukan, makan tahun la nak berjalan, tapi inilah yang buat kita matang dan kuat.
Ingat Allah suka orang yang penat kerana mencari rezeki. Kalau ada modal kerjalah sendiri, ini paling baik.
Serahkan pada tuhan, jangan lupa tanggungjawab pada tuhan, mak ayah/ kelurga dan diri sendiri. Sukarela offer diri untuk bagi mak ayah duit dan cuba bayar bil rumah sendiri.
Sebenarnya benda ni untuk mendewasakan diri saja, bila kita fikir tanggungjawab automatik akan cari idea nak cari rezeki lebih.
So dari situ boleh beransur hilang rasa malu dan low self esteem untuk keluar cari rezeki sebab fikir tanggungjawab, so membantu diri kita jugak.
Solat jangan lupa guys, cara tu lah supaya kita lupakan dunia yang kita rasa kejam ni. Mintaklah dekat Dia yang maha pemurah.
InsyaAllah Allah sayang kita.
Aku bukanlah sesiapa, aku bukan bagus sangat, aku kerja biasa, aku masih dalam perjalanan jugak, ni aku share apa yang sekarang ni aku buat dan ni untuk orang bujang, yang tak bujang aku tak tau macam mana.
Kalau ada sesiapa yang nak kawan dengan aku, maybe nak sama2 ubah lifestyle tu boleh komen, nanti aku baca aku boleh message. Aku tak jual barang, nak cari kawan share lifestyle saja.
Dont worry, aku takkan judge. Boleh cerita problem korang, gunalah fake fb account kalau korang risau, takyah tunjuk muka okey.
– Aya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit