Pegaga Cari Kerja

Assalamualaikum. Nama aku Kesum. Kalau kalian ingat lagi, aku pernah tulis tentang Rezeki Kantan sebelum ni, (https://iiumc.com/rezeki-kantan/).

Secara ringkas aku jawab pertanyaan kalian tentang Kantan, Kantan baik-baik saja. Tak kaya tapi Alhamdulillah, dah lama kerja & dia banyak tolong haiwan jalanan.

Kadang-kadang aku nampak Kantan post gambar dia belanja adik-adik dia makan. Seronok aku tengok hidup Kantan sekarang.

Aku pun dah dapat kerja tetap, terima kasih kepada semua yang mendoakan aku.

Kali ni aku tak ada cerita tentang ex roommate masa kat matrik. Aku nak cerita pasal adik aku, Pegaga. Haha… Pegaga tak suka makan sayur.

Ulam pegaga saja yang dia makan, siap buat jus lagi. Pegaga ni berumur lingkungan 20-an. Dia baru saja tamat pengajian sarjana waktu PKP tempoh hari. Alhamdulillah.

Sama juga macam graduan lain, macam aku, lepas belajar kalut la mencari peluang pekerjaan.

Jobstreet, MyFutureJobs memang website utama yang biasa guna.

Bila nampak kain rentang pasal jawatan kosong di kilang-kilang, Pegaga redah saja hantar resume. Tapi…. bukan rezeki dia, tak ada satu pun kilang yang nak ambil Pegaga kerja.

Suatu hari, kawan Pegaga offer kerja sebagai kerani di sebuah syarikat vendor yang berurusan dengan majlis perbandaran. Alhamdulillah.

Rezeki Pegaga lepas usaha cari kerja di merata-rata tempat. Tapi, ada pula masalah lain. Daripada bos sampai ke pekerja bawahan, semuanya kuat merokok. SOP Covid ke laut.

Kami sekeluarga tak ada yang merokok jadi kami memang tak biasa dengan asap rokok.

Tambah pula, Pegaga ada asma cuma buat masa sekarang asma dia masih terkawal. Biasanya bos & pekerja lain akan merokok di pejabat selepas waktu kerja.

Jadi bila Pegaga masuk pejabat pada keesokan harinya, memang berbau rokok la. Pegaga sabar ja dulu. Setiap pagi dia buka semua tingkap & sembur pewangi untuk hilangkan bau rokok.

Baru-baru ni Pegaga call aku bagitau yang dia dah resign. Dia baru saja kerja 2 bulan, aku pun terkejut la. Dah la susah nak dapat kerja sekarang.

Tapi Pegaga kata dia nekad sebab ada unsur rasuah & penipuan dalam syarikat yang dia kerja.

Disebabkan dia kerani, bos minta dia uruskan soal transaksi jadi Pegaga kata dia tak nak makan gaji dari sumber yang syubhah. Sebab tu dia terus resign.

Dia tak bagitau keluarga aku yang lain sebab dia takut benda ni jadi kecoh & dia tak tau nak buat macam mana.

Aku pun tak tau nak cakap apa sebab aku pun tak pernah hadap benda macam ni. Kalau kalian yang dah lama kerja, ada pendapat atau pengalaman dalam hal macam ni, boleh kongsi di komen ya.

Itu baru soal kerja. Dalam keadaaan hidup Pegaga yang kelam-kabut sekarang ni, datang pulak la saudara-mara yang dok bertandang kat rumah & dok tanya-tanya mak kami macam-macam.

Tipikal la orang kita. Tanya pasal kita lepas tu bandingkan dengan anak diorang.

Pasal apa Pegaga tak kahwin lagi, Pegaga kerja mana…. anak dia sebaya Pegaga dah kahwin, dah kerja gomen.

Huhh…. mak kami yang biasanya elok saja dah mula tekan anak-anak dia suruh kahwin, suruh beranak, suruh cari kerja tetap gaji besar…….

Saudara-mara aku tu ibarat ribut yang datang membadai ketenangan keluarga kami.

Sekarang bila Pegaga resign maka bertambah la tekanan & kata-kata nista yang dilempar. Pegaga dikata loser. Tapi bagi aku, aku bangga dengan Pegaga.

Bila dia cakap dia resign kerana tak nak terlibat dengan unsur syubhah di tempat kerja, aku rasa inilah saat aku paling bangga dengan adik aku dalam sepanjang hidup dia.

Adik aku susah, takdak kerja, kena hina tapi dia sanggup berhenti sebab dia hanya akan terima kerja yang halal.

Percayalah, Allah akan bagi rezeki yang lebih baik sebab kau taat dengan perintah Dia. Mak aku dah berjaya didik adik aku dengan baik tapi sayangnya mak tak nampak benda ni.

Pegaga dah pernah bekerja sebelum sambung belajar sarjana tapi sekarang dia tak boleh balik ke tempat kerja dulu sebab dia pernah hadap kes s3xual harassment kat sana.

Pegaga tak la memilih kerja sangat cuma kalau boleh suasana kerja tu kondusif untuk dia sebagai muslimah.

Itu saja. Buat masa sekarang, Pegaga kerja part time assistant di sebuah IPT di utara tanah air.

Kalau kalian ada tahu mana-mana kerja kosong terutamanya yang berkaitan admin, management atau account management, boleh kongsi di komen juga ya.

Setakat ini saja cerita aku kali ni. Terima kasih kepada semua yang membaca & aku minta maaf kalau ada tersalah kata.

– Kesum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *