Nama saya N. Berumur 30 tahun dan telah berkahwin 2 tahun. Bekerja disektor awam.
Saya rimas bila rakan sepejabat, rakan aerobik, saudara mara suka tanya soalan ini:
Bila nak ada anak?
Dah ada isi ke?
Tak takut nanti makin tua makin susah mengandung?
Awak tahu tak nanti suami cari lain kalau tak boleh bagi anak kat dia sebab lelaki tak ada expired?
Nanti kau dah tua siapa nak jaga?
Tapi saya diamkan saja sebab saya memag tak suka budak2 mungkin saya anak bongsu. Tak ada naluri keibuan. Saya tak suka tidur saya diganggu. Dan tak berminat kalau ada kawan2 share pasal anak.
Lepas tu mesti korang tertanya2 kenapa saya kahwin kalau tak suka anak?
Mungkin saya ni ada anxiety terlebih. Ini sebabnya:
1) Saya trauma dan ada sejarah silam dicabul masa kanak2 dan remaja oleh keluarga sendiri. Saya rasa tak percaya kepada lelaki malah atuk/ bapa/ abang/ sedara apatah lagi pengasuh jika anak perempuan duduk bersama mereka.
Saya tak boleh jaga anak 24 jam sebab saya perlu bekerja. Suami saya tak mampu tanggung saya.
2) Rupa paras saya sederhana. Saya selalu dipulaukan dengan kawan semasa di sekolah dan di universiti. Cari jodoh pun susah.
Mujur masa dah kerja ada yang nak. Tu pun sebab ada kerja dan mampu sara hidup sendiri. Saya fikir tak mugkin saya dapat anak yang cantik.
Mesti anak saya sedih nanti jika dilahirkan rupa paras yang biasa2 saja. Korang pun tahu zaman sekarang orang yang cantik2 hidup senang dan disukai oleh semua orang. Kalau rupa yang biasa2 saja mesti ada kelulusan/ duit baru orang pandang.
3) Saya belum bersedia dari segi kewangan, mental, fizikal. Tempat kerja saya level stress memang tinggi, gaji pun cukup2 makan sampai hujung bulan.
Jika saya stress banyak komitmen, saya risau jadi mak yang garang/ tak bertanggugjawab/ dera anak sendiri.
Saya juga ada sejarah silam yang jahat. Suami saya pun sama. Alhamdulillah masing2 dah ke pangkal jalan. Kalau benih yang tak baik, tak kan nak dapat pokok yang baik? Saya risau anak saya akan ikut perangai kami yang jahat.
4) Ada anak pun tak menjamin suami sayang kita. Ada saja kawan2, saudara ada anak ramai2 pun suami kahwin lain/ cerai.
5) Saya rasa dunia ni kejam. Anak mesti salahkan saya kenapa lahirkan dia di dunia yang kejam dan serba tidak adil. Saya pun tidak ada harta (rumah/ kereta) semuanya sewa. Apa yang saya nak wariskan?Saya pun tiada masa depan.
Apa lagi anak saya nanti sebab saya pun hanya mampu sara hidup sendiri. Zaman sekarang semua benda mahal, saya takut tak dapat tunaikan apa2 permintaan anak dan dia akan salahkan saya kenapa lahirkan dia jika hidup susah?
Saya masa belajar di universiti memang hidup susah. Ayah cuma bagi rm100 setiap bulan + ptptn sahaja. Sabtu ahad kena kerja sebagai cleaner, waitress, promoter untuk cari duit.
Kawan2 anak orang kaya tak perlu kerja sebab mak ayah bagi RM1000 setiap bulan. Kadang2 terfikir, kesian anak aku nanti hidup susah. Sebab aku pun bukan keluarga yang berada.
Aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Cuma aku tak sampai hati lahirkan manusia di dunia yang penuh ujian dan kejam bagi aku. Aku takut dia tak mampu lalui hidup yang mencabar. Biarlah aku saja rasa.
Memang korang akan kecam aku. Tapi aku ada pendapat sendiri dan harap masyarat lebih terbuka jika seseorang dah berkahwin itu lebih selesa jika belum ada anak. Doakan yang terbaik untuk aku.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit