Salam. Pertama sekali terima kasih sekiranya luahan ini disiarkan.
Diharapkan pembaca dapat mendoakan ibu saya. Saya menulis bukan kerana membuka aib. Tetapi kerana ingin meluahkan rasa hati yang terbuku lama. Nak diluahkan takut jadi anak derhaka. Kerana syurga terletak dibawah tapak kaki mama.
Sedikit ringkasan tentang saya dan keluarga. Saya masih bujang dan berumur 30 tahun serta bakal menamatkan zaman bujang ini pada tahun hadapan in shaa Allah. Mama dan ayah sudah hampir 10 tahun berpisah.
Ayah tidak berkahwin dan mama sekarang sudah berkahwin lain. Hampir 10 tahun. Pastinya bukan kahwin di malaysia sekiranya menjadi yang nombor 2.
Saya tahu mama sudah berkahwin apabila saya ternampak resit passport mama dan suami. Serta resit beli cincin. Tarikh yang sama.
Saya ambil gambar untuk dijadikan bukti. Saya terjumpa pada bulan ke enam dari tarikh yang ada di kedua-dua resit. Hampanya hati, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Sejak dari itu baru saya faham kenapa mama selalu ckp tentang poligami. Dan selalu cerita tentang kebaikan ‘seorang pakcik’ ni. Hari-hari. Pakcik tolong itu dan ini. Letih, tapi saya layankan. Ye, sebab saya sayang mama.
Ada satu hari juga saya dan rakan-rakan keluar ke pekan. Turun dari kereta, saya ternampak kereta mama, excited mak menyapa tapi mama bukan ditempat driver. Tapi di tempat penumpang.
Saya nampak ada lelaki. Saya palingkan badan dan terus masuk ke dalam kedai mencari barang yang saya perlu bersama rakan-rakan.
Telifon dari mama berdering-dering saya abaikan. Saya terkejut dan sedikit malu kerana rakan saya juga nampak kelibat lelaki dalam kereta mama.
Tak sampai 5 minit mama masuk ke kedai. Menyapa saya dan gelak2 seakan malu. Saya diam dan bersalam seperti biasa. Cerita tak habis sampai disitu.
Tak lama kemudian adik saya pula terserempak dengan mama dan seorang lelaki. Adik saya marah. Adik saya kata ‘tu kn suami orang’ tapi akhirnya adik saya dimarahi kembali. Dan kami dua beradik malas lagi membangkitkan isu ini.
Sekembalinya saya di universiti, tak berapa lama selepas itu, saya dan mama ada krisis dan sedikit salah faham. Kerana saya tak tahan mama asyik bercakap tentang seorang pakcik ini.
Akhirnya gambar2 resit yang saya ambil sebelum ini saya hantar ke mama dengan ayat yang ringkas ‘explain’.
Mama call beribu kali. Mesej. Tapi saya tidak buka. Esoknya saya buka mesej. Saya fikir mama minta maaf kerana perbuatannya. Tapi mama memarahi saya kerana katanya saya mengganggu privacy nya. Saya kecewa dan mintak maaf.
Lama kelamaan, apabila mama tahu yang saya sudah tahu, mama lagi asyik menceritakan tentang kebaikan pakcik. Sampai saya rimas. Tapi saya diamkan. Saya dengar. Sebab saya sayangkan mama.
Kini saya sudah bekerja, saya terima suaminya dengan hati yang terbuka. Saya layan baik-baik. Tiap kali raya saya hulurkan sedikit duit raya. Adik saya?
Empat tahun lepas mama berkahwin baru beliau tahu. Itupun dari mulut orang. Hati dia mati. Seorang yang panas baran. Ingatkan bila dia tahu dia akan mengamuk. Tapi saya terkejut kerana yang keluar dari mulutnya adalah ‘sampai hati mama’
Adik beradik mama? Ada yang tahu ada yang tak tahu. Semua jenis tidak membawa mulut. Kalau ada yang tahu mereka akan tahu simpan sendiri.
Opah? Sampai sekarang tidak tahu. Mama tak pernah berterus terang. Mama buat opah macam musuh.
Segala opah buat tak kena dimata mama. Sampaikan saya rasa takut melihat cara layanan mama pada opah. Tapi tak tahu bgaimana nak bersuara. Takot mama terasa. Ya. Sebab saya sayangkan mama.
Isteri pertama? Perang dunia kedua.. Pernah satu hari dia menelifon saya mengadu tentang mama. Saya dengar. Saya faham apa yang dia rasa.
Saya tidak menyebelahkan sesiapa. Saya mintak maaf bagi pihak mama. Saya letih. Saya tak becerita pada mama. Sebab saya sayangkan mama.
Sekarang mama sudah berhijrah jadi lebih baik. Pakaian juga sudah seperti isteri-isteri nabi. Tasbih semakin rancak ditangan. Serancak mulut yang gemar bercerita keburukan orang. Hinggakan berani menerakakan nak meletakkan syurga pada tiap kebaikan orang.
Dengan isteri pertama memang tidak berbaik. Baru-baru ini isteri pertama menghantar friend request di fb. Tapi mama tidak approve kerana takut diapa-apakan.
Saya setuju. Lebih baik berdiam. Tapi yang memilukan apabila mama kata ‘kalau dia nak berbaik, datang rumah sembang2’.
Mama.. Mama sedar tak yang mama mengambil suaminya. Allah.. Bukakanlah pintu hati mama..
Bukan ke patot isteri kedua yang beralah? Kenapa mama macam ni..
Setiap kali bertahjud, habis seisi alam diberitahu. Setiap kali puasa sunat, dhuha mengaji. Khatam al-quran. Semua di khabarkan.
Hari2 mesej saya. Ada lah sekali dua bertanya khabar, tapi untuk bercerita tentang keburukan orang. Saya rimas. Kadang2 rasa malas nak balas mesej dan angkat video call. Tapi layankan dan dengarkan. Sebab saya sayangkan mama.
Sekarang cerita baik tentang suami semuanya hilang kerana yang buruk saja dihebohkan. Segalanya tak kena. Pasal lampu signal kereta je dah boleh bergaduh.
Pasal masalah suami isteri juga diceritakan pada saya. Tak sampai hati saya nak memadankan muka mama. Sebb saya sayang mama.
Mama, kalaulah mama terbaca luahan ni, kakak mintak maaf kalau tak dapat jadi anak yang baik untuk mama. Sorry sebab kakak selalu diam bila mama bercerita. Tak mengiyakan apa yang mama kata.
Sudah2 lah bercerita tentang buruk orang. Mama kawin di siam. Isteri nombor dua. Takde siapa yang menjaja cerita tentang mama. Semua tersimpan rapi.
Tentang opah, layanlah opah dengan baik. Berat fitnah mama kenapa opah (maaf, tak mampu saya nak menceritakan disini).
Jangan nanti termakan diri. Kakak sayang mama. Mama cantik dengan jubah, stokin, handsock dan purdah.
Kakak doakan semoga mama diberikan hidayah dari Allah.
Sebab kakak sayang mama.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit