Aku B, baru saja menikah tak sampai pun sebulan lagi. Tapi aku sekarang sangat terasa dengan tindakan dan kata² isteri ku.
Pernikahan kami boleh dikatakan bukan atas dasar cinta. Tapi kerana dia kesiankan aku, jadi dia pun terima aku.
Isteri aku ni orangnya cantik, berketurunan cina campuran. Nasib dia sama seperti aku kerana ayahnya meninggal ketika dia masih kecil.
Nak dijadikan cerita, selepas akad nikah dia minta nak duduk di rumah ibunya beberapa hari sebelum majlis resepsi kami (aku dah sewa rumah untuk kami tinggal bersama).
Sebelum kami kawin dia dan familynya belum pernah datang ke rumah sewa aku, dia hanya tahu rumah ibu ku.
Selepas majlis resepsi kami dalam seminggu, baru lah dia datang ke rumah sewa aku untuk kami hidup bersama.
Beberapa hari permulaan, aku ingatkan dia dah mula beradaptasi dengan rumah sewa aku ni (sebab aku dah sediakan semua kelengkapan rumah kecuali television) tapi rupa²nya ini semua tidak cukup pada pandangan matanya.
Nak dijadikan cerita, satu hari ibunya call mengatakan ada sedikit masalah dengan anaknya yang lain (kakak kepada isteri ku)
Jadi isteri ku langsung menghubungi kakaknya lalu berlaku lah pertengkaran mulut yang amat panjang.
Bukan itu saja, isteri aku terus mengherdik kakaknya melalui panggilan telefon itu, hampir saja dia nak hempas telefonnya kerana aku tengok badannya dah menggugil menahan kemarahan.
Waktu dia bergaduh tu, aku pergi la gosok belakang dia supaya dia bertenang. Dia pun cakap ” Jangan sentuh saya kalau saya tengah marah” .
Aku pun terus tinggalkan dia di ruang tamu ( dia masih Oncall dengan kakak dia).
Aku ni sebenarnya bukannya apa, aku malu la dengan tuan rumah dan jiran² aku sebab kami baru saja kawin. Nanti orang ingat kami ni dah bertengkar sedangkan kami duduk rumah ni belum pun sampai seminggu.
Lepas pada peristiwa tu, Aku pun bagitau dia, “awak kalau marah boleh, tapi kena kawal la suara, malu jiran² dengar” .
Boleh pulak dia jawab, “Saya kalau tengah emosi memang macam ni, lagi pun rumah ni kita sewa kan, jadi ikut kita la nak buat apa selagi kita tidak merosakkan rumah ni”.
Aku agak terkejut dengan jawapan dan cara pemikirannya.
Ada satu petang tu, lepas aku balik kerja. Aku nak keluar lagi sebab kawan aku call (bunyi macam argent) jadi aku cakap la aku nak keluar kejap. Time tu isteri aku tengah sediakan makanan, dia kata ok.
Aku pun pergi la jumpa kawan² aku, rupa²nya diorang dah sediakan hadiah untuk bagi pada aku sebab waktu majlis aku beru ni aku tak jemput ramai (pkp kan).
Tapi bila aku balik rumah tak sangka perkara macam ni jadi isu (Aku faham ini salah aku sebab keluar rumah time isteri aku tengah siapkan makanan).
Tapi yang aku sedihnya bila dia cakap, “awak memang pentingkan diri, awak pilih rumah ni sebab awak nak dekat dengan tempat kerja awak, awak nak dekat dengan family awak” (padahal rumah yang aku sewa ni lebih dekat dengan rumah family dia).
Tapi sebenarnya aku rasa dia cakap macam tu sebab dia rasa malu dengan jiran² kes dia gaduh dengan kakak dia sampai jerit² tu.
Beberapa hari lepas peristiwa tu, dekat rumah aku ni berlaku pulak masalah gangguan bekalan air (ni pun satu buat aku hangin dengan kerajaan negeri), jadi terpaksa la aku hantar isteri aku ni ke rumah ibu dia.
Tapi bila masalah air dah settle, bila aku call dia suruh balik duduk sini, boleh pulak dia ungkit pasal makan malam tu, dan sekali lagi dia kata aku ni jenis PENTINGKAN DIRI.
Ya Allah, bantu lah hamba Mu yang lemah ini.
Sekarang ni isteri aku masih di rumah mak dia. Aku tak tahu nak pujuk dia macam mana, takkan la aku nak kena pindah rumah. Lagi pun agak susah nak pindah rumah dalam waktu sekarang ni. Banyak benda kena fikir.
Mohon saudara saudari semua bagi pandangan dan saranan.
Terima kasih.
– B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit