Tanam Tebu Ditepi Bibir

Assalamualaikum wbt… Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin page ini kerana sudi menyiarkan luahan rasa dari saya…

Saya mohon maaf jika ayat yang digunakan berterabur memandangkan saya bukan la penulis yang bagus dan inilah pertama kali saya menulis di ruangan sebegini.

Sebelum tu saya just nak maklumkan tujuan penulisan ini adalah untuk mendapatkan kata-kata nasihat dan semangat dari pembaca… Supaya saya terus kuat menghadapi hari depan.

Kalau ada kecaman pun saya baca jugak.. Maybe kecaman itu la yang mampu membuatkan saya terjaga dari lena yang panjang…

Saya perkenalkan nama saya sebagai Rozi (pastinya bukan nama sebenar).. Saya merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak. Sudah hampir sedekad bercerai dengan bekas suami tapi belum jumpa penggantinya lagi. Heeee…

Orang tengok macam ‘hot’, macam mudah dapat pengganti tapi itu la kan.. saya ni susah nak percayakan lelaki maka membujang la saya hingga ke hari ini.. Kehidupan saya jika orang luar lihat tiada cacat celanya..

Bahagia bersama anak2 dan saya sentiasa try hard untuk move on sedangkan dalam hati, pedihnya tu susah nak padam..

Saya mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang profesional.. Tapi kehidupan saya sederhana sahaja… Perceraian saya adalah disebabkan oleh orang ketiga.

Perceraian yang memberi trauma mendalam dalam hidup saya memandangkan perceraian ini banyak dibantu oleh unsur2 sihir, fitnah, penghinaan, caci maki dan campur tangan orang luar. Sumpah kalau diingatkan semula saya sangat serik.

Bertahun-tahun lamanya saya dibuang oleh bekas suami sama ada melalui media sosial, media komunikasi dan apa sahaja alat perhubungan yang lain. Benci betul dia pada saya.. Nak hadap muka saya pun dia tak mampu…

Apa pun saya tetap bersyukur sebab anak2 masih bersama saya.. Saya dapat lihat anak2 membesar depan mata sendiri. Susah senang kami sepanjang tempoh ini, kami hadapi sama2..

Anak2 sangat memahami… Alhamdulillah… Cuma kadang2 saya sedih bila tengok anak2 kurang mendapat kasih sayang seorang ayah..

Bekas suami telah berkahwin sebelum kami bercerai tapi syukur sangat sebab dia masih bertanggungjawab pada anak2..

Walaupun sebenarnya tanggung jawab ayah tidaklah hanya terhad kepada beri duit belanja.. Tapi syukur.. Alhamdulillah… Ada la jugakkan dari tak ada..

Saya pun tak pernah buat apa2 tuntutan di mahkamah even sewaktu dia tidak mampu memberi duit nafkah untuk anak2.. Saya bukan bodoh tapi saya tidak suka aib rumahtangga dibacakan depan khalayak ramai..

Trauma ketika berada di mahkamah syariah pun tidak hilang sampai ke hari ni, inikan pula nak tambah trauma baru..

Saya serahkan semua urusan saya kepada Allah SWT sahaja.. Dan alhamdulillah saya dapat lalui semuanya dengan baik.. Allah Maha Baik…

Namun begitu, sejak 2 tahun yang lalu bekas suami kembali berbaik dengan saya.. Katanya dia sudah penat bermasam muka dengan saya…

Bukan saya pun yang mulakan isu bermasam muka tu.. Dia sendiri yang takut ke bini.. Bini dia pulak feels insecure dengan saya.. Pelikkan..

Apapun, tentunya saya la orang yang paling gembira dan walaupun begitu saya tidak pernah menganggu rumahtangga dia dan isteri barunya.

Prinsip saya, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Saya berurusan dengan dia hanya semata2 berkaitan hal anak sahaja..

Tidak lebih dari itu.. Sehinggalah bekas suami beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkahwin semula dengan saya namun pada awalnya saya agak keberatan.. Bermacam2 perasaan timbul..

Takut, trauma dengan gangguan2 makhluk halus, sedih dihina, dicaci, dibenci oleh insan yang hari2 mengucapkan “I Love U” kepada saya…

Namun setelah mempertimbangkan buruk dan baiknya, maka saya bersetuju untuk rujuk kembali dengannya demi anak2 tanpa pengetahuan keluarga di pihaknya..

Bila saya nyatakan persetujuan untuk menerimanya semula… Sekali lagi perkara lama berulang.. Saya dihina…

Saya dibuat seperti sampah tak berharga.. Ya Allah, sedihnya saya rasa… Dia tak ada hati dan perasaan ke? Dia fikir kami anak beranak ni hanya boneka?

Kalau dia tahu hatinya sekarang hanya untuk isteri dia, kenapa beri harapan kepada saya?

Jujur saya cakap, selama bertahun2 saya di buang, akhirnya saya mampu move on. Saya cuba lupakan kenangan silam walaupun sakit dan peritnya Allah sahaja yang tahu..

Berbelas tahun saya hidup bahagia sebumbung dengannya.. Tidaklah mudah untuk saya move on.

Tapi bila kali kedua jadi macam ini… Berganda2 rasa susahnya untuk saya hilangkan rasa sedih ini apantah lagi saya ternampak secara tak sengaja gambar2 bahagia dia dengan isteri barunya di media sosial…

Saya tak pernah tunjukkan kesedihan saya depan anak2 dari dulu sampai sekarang..

Dan saya memang tak nak mereka tahu bahawasanya ibu mereka sedang berduka lara… Saya cuma fokus untuk kutip balik kekuatan saya yang telah hilang…

Saya tahu kekuatan ini boleh dicari dengan solat, zikir dan membaca Al Quran.. Saya buat semuanya.. Tapi syaitan tak pernah duduk diam..

Saya mohon pembaca berikanlah kata2 semangat untuk saya bangkit semula dari kekecewaan ini..

Dan doakan satu hari nanti saya dikurniakan jodoh yang baik2, yang ikhlas terima saya seadanya saya… Bukan hanya pandai menabur janji semata2..

Single Mom,

– Rozi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *