Salam dan selamat sejahtera. Terima kasih pada admin andai kisah aku ini disiarkan. Aku hanya ingin kisah ini menjadi pengajaran terutamanya pada orang-orang bujang.
Aku ada seorang kawan perempuan. Aku namakan dia sebagai A. Aku dengan si A ini berkawan dari universiti.
Awal tahun hari itu, si A ini dapat kerja sebagai auditor dekat Subang Jaya. Si A bagitahu aku masih ada jawatan kosong dalam pejabat dia, jadi aku pun apply.
Alhamdulillah aku dapat kerja itu.
Si A ini kalau orang yang belum rapat dengan dia, orang akan ingat dia sombong. Si A ini juga dia satu perangai dimana bila dia terlalu pasik (khusyuk) sangat buat kerja, dia tak perasan apa yang berlaku disekeliling dia.
Jadi, dia senang terkejut bila ada orang tiba-tiba berdiri sebelah dia atau panggil dia. Si A ini juga nampak aja macam kasar, tapi dia masih ada manja dan lembut dia.
Ada masa aku sendiri tersenyum kalau perangai manja dia terkeluar. Sebab manja dia bukan yang dibuat-buat, manja yang semula jadi.
Berbalik kepada tadi, dalam pejabat itu pekerja dia tak ramai pun. Tak silap aku ada 11 orang termasuk aku. Dua orang staf lelaki dan selebihnya perempuan. Salah seorang staf lelaki itu dah kahwin dan seorang lagi bujang. Yang bujang itu aku gelarkan sebagai B.
Aku dan si A dapat supervisor (perempuan) yang sama. Aku gelarkan dia S. Si A ini tak pernah bercakap dengan staf lelaki dua orang itu sebab tak ada urusan. Aku pula pernah juga berurusan dengan staf lelaki yang dah kahwin itu.
Dia okay saja walaupun muka dia garang. Sebab itulah si A agak takut dengan yang dah kahwin itu. Apa-apa si A ini pasti akan rujuk pada si S. Kisah bermula bila si S mula cuti sebab nak kahwin.
Disebabkan tak ada tempat nak bertanya, si A ini nak tak nak terpaksalah juga tanya pada si B. Dari situ, boleh dikatakan diaorang menjadi rapat.
Lama-lama aku mula perasan, pandangan si A pada si B mulai berubah. Cara dia pandang si B itu macam dah mula jatuh suka.
Aku cuba korek perasaan si A, tapi susah jugalah sebab dia ini seorang yang tak suka bercerita pasal diri dan perasaan dia. Semua perasaan dia, dia akan pendam dalam hati.
Tapi lama-lama, terkeluar jugak dari mulut dia. Dia mengaku yang dia dah mula jatuh suka pada si B. Waktu itu, dia kata dari 100%, dia dah jatuh suka dalam 20% macam itu.
Si B ini pula, memang suka sangat mengusik si A ini. Pantang dapat peluang, pasti dia suka menyakat. Tapi bukanlah menyakat yang teruk sangat. Sakat biasa-biasa aja.
Tapi itulah, bak lirik lagu acik, ‘usik-mengusik, semakin lama menjadi rindu, hati merindu asyik merindu, tersentuh rasa tidak terduga timbullah sayang’
Si A ini pula jenis yang memang selalu cool aja bila si B ini menyakat. Kau orang mesti nak tahu kan macam mana si B ini menyakat?
Situasi 1
Si A pergi dekat printer sebab dia print. Biasalah, mesti akan ada orang lain yang print juga. Selalunya si A ini akan ambil aja sekali kertas lain yang ada dekat printer tu. Jadi si A ini akan tanya siapa yang print.
Staf dekat sini kadang-kadang lepas dia orang dah print, dia orang tak terus ambil kertas itu dekat printer, tapi keluar pergi tandas, lepas itu masuk baru ambil kertas dekat printer. Waktu itu, staf yang dah kahwin itu keluar pergi tandas.
Kertas yang ada dekat printer itu kertas dialah. Waktu si A ini tanya, tak ada siapa yang mengaku. Jadi, si B ini usik dia. ‘Ayok! Siapa yang print itu?’. Dia usik si A. Si A pula dia akan start buat muka blur. Si B pun akan ketawa.
Situasi 2
Waktu ini si A dah jatuh suka dekat si B dah dalam 80%. Masa buat report untuk audit, si A ini macam confused sama ada border line itu, kena double or single line.
Si A rasa malas nak bangun untuk tanya pada si S. Kebetulan si B ini bangun nak ambil fail dekat kabinet. Si A ini meja kerja dia bersebelahan dengan kabinet fail.
Jadi, si A terus aja panggil si B untuk tanya. Aku pula duduk membelakangkan si A tapi sama juga di sebelah kabinet fail.
Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba satu pejabat ketawa. Tak adalah kuat, tapi aku macam pelik juga kenapa. Jadi, aku tanya pada staf perempuan yang duduk sebelah aku.
Dia kata si B mengusik si A. Si A tanya line itu kena double ke single. Si B jawab, ‘aku tak sure line itu double ke single, tapi aku single.’ Sebab itu satu office ketawa. Yang si A ini pula a little bit flustered dengan jawapan itu. Dia tak tahu bagi reaksi macam mana.
Hujung bulan lepas, aku dan si A dikejutkan dengan khabar berita yang kurang enak. Si B dan beberapa staf yang lain sudah menghantar surat perletakan jawatan.
Masing-masing ingin mencuba bidang komersial pula. Tinggallah tidak sampai 3 orang staf. Mujurlah ada beberapa orang intern.
Waktu ini si A dah 90% suka pada si B. Aku cakap pada si A supaya cuba confess pada si B tentang perasaan dia. Tapi si A tak nak.
Bila aku tanya kenapa, dia cakap dia tak layak untuk si B. Dia bukan orang yang baik sedangkan si B seorang yang sangat baik. Si B perlukan orang yang lebih baik untuk dia.
Aku perhatikan semakin dekat hari terakhir si B ini bekerja, semakin galak pula dia mengusik si A. Asal dapat peluang, dia pasti akan menyakat. Si A pula sudah mengira hari ‘kekasih hati’ bakal meninggalkan tempat ini.
Dia tak nak jatuh suka pada si B 100%. Setiap kali si B mengusik, si A akan cakap ‘janganlah usik aku.’ Dalam hati dia sambung, ‘kalau aku rindu nanti macam mana?’ Itu apa yang si A cakap dekat aku.
Hari terakhir si B bekerja, aku dan dua orang lagi budak intern dengan si A ajak si B ini pergi makan. Sampai aja, si B terus duduk sebelah si A.
Aku baru perasan sesuatu masa itu. Aku syak yang si B sebenarnya juga sudah jatuh suka pada si A. Sebabnya aku perasan yang si B ini asyik terus menyakat si A setiap kali dapat peluang.
Aku perasan juga yang si A ini seakan melarikan pandangan daripada terus memandang si B. Si B ini pula sekejap-sekejap pandang si A, sekejap-sekejap pandang si A.
Aku ingatkan adalah sesi confess-mengonfes si A dengan si B, rupanya tak ada sampailah ke hari ini.
Macam lama sangat, padahal baru minggu kedua si B tiada disini. Setiap hari raut wajah si A ini akan sugul setiap kali datang bekerja. Aku rasa dia rindu pada si B tapi dia tak nak luahkan, aku pun tak nak tanya takut dia sedih.
Aku pernah juga tanya, kenapa tak confess dekat si B? Takut kena reject? Malu?
Si A jawab pada aku, setiap kali lepas solat, dari waktu si B masih lagi bekerja disini, si A ini akan berdoa.
Andai dia jodoh yang Kau tetapkan untukku, Kau timbulkanlah rasa kasih dan rindu antara kami. Andai benar dia bukan jodoh yang Kau tetapkan untukku, maka Kau balikkan hati aku dari terus menyukainya, Kau pudarkanlah seri wajahnya dari pandanganku.
Dia cakap lagi, aku serahkan semua urusan aku pada Allah. Kun faya kun. Jadilah, maka jadilah. Mungkin Allah tak gerakkan hati aku sebab belum sampai masanya lagi. Sampai masa, Allah akan permudahkan semuanya.
Walaupun hati aku tengah rasa sakit sekarang, aku percaya rasa sakit ini sementara aja.
Aku doakan yang terbaik untuk urusan si A dan si B. Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan andai benar jodoh mereka sudah ditetapkan. Aamiin.
Pada si B, andai kau sedang membaca dan terasa dengan confession ini, aku cuma nak cakap, kalau kau memang tak ada perasaan pada si A, jangan biarkan dia terus menunggu.
Dan berhentilah sakat orang lagi-lagi perempuan takut dia orang akan terima nasib yang sama macam si A.
– Kawan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit