Menantu Expectation VS Reality

Assalamualaikum semua pembaca dan firstly of course lah thanks admin andai confession ni tersiar.

Penulisan ini adalah balasan or maybe more to perkongsian senada dengan confession Mertua Expectation Vs Reality, (https://iiumc.com/mertua-expectation-vs-realiti/).

Intro sikit aku dah berkahwin almost 10 years. Total tahun berkenalan dengan suami dah cecah 16 tahun. Pendek kata aku dah kenal keluarga mertua aku belasan tahun dah la since suami kenalkan aku pada keluarga dia seawal setahun usia perkenalan kami.

Adik beradik suami tak ramai, cuma ada seorang kakak dan seorang abang. Masing-masing dah berkahwin.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan keluarga mertua yang baik dan tidak terlalu sibuk mencampuri urusan rumahtangga kami even daripada zaman kami bercinta pun.

Mertua tak pernah berkata yang bukan-bukan siap diaorang pelik lagi ape lah yang aku nampak pada anak lelaki bongsu kesayangan diaorang tu.

Of course lah suami aku bukan perfect 10 begitu jugak aku tapi kami memang betul-betul complete each other and compatible in every level.

Expectation mertua baik dan menerima aku seadanya masuk kedalam keluarga selari dengan realiti yang aku hadapi sehinggalah..

Jeng jeng jeng. Kat sini lah bermula nya realiti tiba-tiba tidak seindah expectation kau. Punca nya satu sahaja. Kami suami isteri bergaduh besar menjelang usia perkahwinan kami yang ke-6.

Aku tertekan terhimpit dengan segala urusan kerja, sambung belajar, urusan rumah dan anak-anak disamping membantu perniagaan suami yang kami sama-sama bina. Sungguh aku masa tu pun tak kenal diri sendiri sebab aku tahu aku banyak berubah.

Dan sedikit demi sedikit aku sedar perubahan suami pada aku. Sampai lah satu hari meletup. Tercetus lah peperangan dunia pertama antara aku dan suami. Yang juga mengakibatkan suami keluar dari rumah dan membawa anak-anak kami, pulang kerumah mertua.

Ya, bukan aku yang lari dengan anak-anak tapi suami. Dia keluar rumah sehelai sepinggang cuma sempat grab bag baju anak-anak yang aku sendiri dah pack sebab sebenarnya aku yang nak balik kerumah mak aku tapi dia lagi cepat bertindak. Haha.

Aku tinggal sorang-sorang kat rumah berendam airmata menyesal dengan apa yang aku dah cakap masa kitaorang bergaduh. Aku kuatkan hati cari kawan yang paling rapat waktu tu.

Bertemankan dia lah aku sedaya upaya siapkan urusan terakhir untuk submit thesis bersulam airmata dan berselang seli dengan cubaan aku call suami tanpa beliau jawab satu pun panggilan aku.

Hilang segala arah tuju. Anak-anak takde suami takde. Aku nekad pagi pagi esok nya aku grab saja beberapa helai baju aku drive balik rumah mertua. Aku yakin dan tahu suami dan anak-anak mesti ada kat sana.

Dipendekkan cerita setelah beberapa episod airmata mohon ampun salah silap dan hitungan hari lebih seminggu kami duduk dirumah ibubapa masing-masing, kami pulang semula sebagai sebuah keluarga. Cuba untuk pulihkan hati dan perasaan masing-masing.

Tapi, disaat ini lah aku tahu, kau menantu maka kau selama lama nya lah orang luar yang hanya lah digelar family bila kau ikut expectation diaorang saja.

Once kau menantu yang tak ikut expectation diaorang memang reality keluarga mertua neraka lah yang kau akan kena hadap.

Aku baca semua whatsapp conversation antara suami dan kakak dia juga conversation suami dan mak mertua. Luluh segenap hati dan perasaan bila baca macamane diaorang tak peduli pun kalau suami nak ceraikan aku sebab aku tak penting.

Yang penting anak-anak kami diaorang sanggup jaga. Sungguh-sungguh aku terasa hati sebab sepanjang kami dalam tempoh bergaduh tu takde sorang pun family mertua tanya aku apa yang sebenarnya berlaku.

Suami bukan jenis yang suka bercerita benda-benda peribadi macamni hatta dengan keluarga dia. Diorang cuma tahu kitaorang bergaduh dan aku yang bersalah sebab aku yang keluarkan kata-kata kasar sekaligus tak menghormati suami aku. So aku salah kat situ.

Betul. Tapi aku tak sangka diaorang akan terus lupa semua benda-benda baik yang aku buat selama ni. Aku tiba-tiba jadi ibu yang tak berperanan apa-apa pun bahkan tak membantu uruskan anak-anak pun dimata diaorang.

Bak kata kakak suami, hak penjagaan dah tentu akan memihak pada suami sebab aku takde pendapatan tetap. Sedih dan pedih tu jauh lebih dalam lagi daripada pergaduhan aku dan suami.

Tergamak diaorang galakkan suami buat keputusan yang terbaik dalam ertikata lain cerai kan saja lah aku semata-mata sebab aku salah.

Tergamak jugak cakap nak ambik anak-anak yang aku kandung sebab aku takde kerja tetap.

Aku tak pernah ungkit pun semua benda-benda baik yang aku buat untuk keluarga mertua. Sikit pun aku tak berkira.

Tapi sekali bila jadi macamtu baru aku tahu dimana kedudukan sebenar aku sebagai menantu. Semudah itu saja diaorang buang semua kebaikan aku tanpa pedulikan sikit pun hati perasaan aku.

Sejak daripada tu aku belajar letak boundary. Aku stop jadi friendly dengan kakak suami. Stop terus. Daripada aku rajin dulu beli kan apa-apa, rajin bertanya khabar berkunjung kerumah dia terus aku berhenti.

Pada aku masa tu takde guna dah aku jadi baik dan cuba ambil hati diaorang. Terlalu dalam rasa luka akibat pergaduhan kitaorang tu sebab keluarga mertua. Aku keluarkan terus diaorang daripada doa harian aku.

Somehow mungkin diaorang sedar atau rasa lah perubahan aku. Waktu raya, kakak suami peluk aku kuat-kuat dan dia cakap kak mintak maaf ye. Aku diam tak balas pun pelukan dia. Aku menangis dalam hati sebab masa tu tak sembuh lagi luka dihati.

Mak mertua message aku masa birthday, dia doakan aku bahagia selalu dengan anak dia sampai syurga. Tapi dalam hati aku terkenang-kenang dia ungkit semua benda yang dia tak puas hati or terasa dengan aku pada suami. Takde pun dia cakap dengan aku sendiri.

Peristiwa dah beberapa tahun berlalu dan aku dah semakin belajar untuk hidup bahagia dengan cara aku sendiri. Aku belajar untuk tidak meletakkan apa-apa expectation pun pada keluarga mertua dah. Aku layan seadanya selagimana diaorang layan aku baik depan-depan.

Suami pun tahu betapa terluka nya aku dengan kata-kata kakak dan mak dia dalam bentuk message tu. Dia tak salahkan aku sebab dia pun cakap kalau dia ditempat aku sudah tentu dia terasa hati.

Keluarga aku takde pun burukkan dia dan menghasut aku untuk mintak cerai bile aku gaduh dengan suami. Keluarga aku sendiri yang mintak aku usaha sehabis baik aku untuk maafkan suami dan diri aku sendiri.

Akhir kata, belajarlah untuk kurangkan atau lebih baik tak perlu ada langsung expectation pada keluarga mertua. Bertindak berdasarkan situasi. Cukuplah sampai situ saja. Kite kena faham sudah tentu keluarga mertua juga punya expectation terhadap kite menantu.

So bile kite pun reality nye seorang manusia juga. Penuh kekurangan dan tidak akan dapat lari dari reality dimana kite akan suatu masa melakukan kesilapan.

Mertua pun tak terkecuali sebab hakikat nya kite semua manusia. Belajarlah menerima kurang lebih masing-masing. Percayalah kite sebagai menantu akan lebih bahagia.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *