Aku dan Kegagalan

Assalamualaikum semua.. Namaku Tisya, berusia awal 30an, berasal dari Negeri Selatan tanah air. Tahun ni genap 2 tahun aku tamat pengajian master of science dari universiti tempatan.

Sedikit intro.. Aku dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pelajaran. Adik beradik aku semua cemerlang.. tiap kali exam mesti flying colors.. straight A’s.

Tapi bukan aku.. dari UPSR sampai ke SPM.. mesti akan ada 1 atau 2 subjek yang dapat B.

Aku selalu rasa down bila orang compare dengan adik beradik yang lain. Aku selalu rasa aku kecewakan mak ayah aku.

SPM aku agak cemerlang, jadi aku bercita-cita nak jadi Dr. Alasannya adik beradik aku tiada pun yang minat Dr. walaupun Biology aku tak dapat A pun. Sebab aku tak suka menghafal.

Math dan Add Math aku A+. Aku suka gila Math. Dari darjah satu ke SPM tak pernah B untuk Math.

Dapat asasi engineering tapi aku tolak sebab nak jadi Dr. Aku masuk matrik. Namun cgpa matrik aku tidak melayakkan aku jadi Dr. juga sebab Biology.

Memandangkan aku dah di aliran Sains Hayat aku sambung degree bahagian Biology di salah satu Research Universiti terkenal di tanah air.

Namun gara-gara aku memang tak minat menghafal, cgpa degree aku sangat teruk. Tak sampai 3.0 pun, nasib baik biasiswa aku tak kena tarik masa belajar.

Masa tu aku down sangat. Aku kecewakan mak ayah aku lagi ke? Aku gagal.

Bila result degree aku teruk.. susahnya nak dapat kerja. Aku ni introvert.. Aku takot nak bekerja yang sales.. yang kena berurusan dengan orang. Kalau boleh nak kerja dalam ofis aku buat kerja aku saja.

Aku dapat kerja lab sebagai research assistant. Dan lecturer tu suka dengan kerja aku dan dia offer aku sambung belajar.

Aku tanpa berfikir panjang aku sambung lagi walaupun bidang biology yang aku tak pernah minat tu..

Sekali lagi percaturan aku silap. 7 tahun baru aku berjaya habiskan master ni. 2019. Macam-macam drama air mata aku tempuh.. Banyak kali nak berhenti separuh jalan.

Tapi fikirkan biasiswa master tu aku teruskan. Aku bukanlah dari keluarga yang senang nak bayar balik biasiswa tu.

Dan aku akan kecewakan mak ayah aku lagi kalau aku berhenti. Time master ni la aku Mula menyesal kenapa aku bodoh. Kenapa tak ambil saja enginering tu dulu. Kenapa tak teruskan dengan Math tu.

Habis saja master, aku menganggur sekejap tiba-tiba PKP. Sambung menganggur lagi. Adik beradik aku semua ada kerja hebat-hebat. Tapi aku tak. Gagalnya aku.

Aku hari tu sempat la kerja cikgu tuisyen sebelum PKP. Ajar subjek Math yang aku suka sangat tu. Heavennya rasa. Tiba-tiba PKP aku diberhentikan. Aku kerja kedai makan. As cashier.

Dapatla praktikkan Math aku tu. tambah kedai tu takde sistem pun lagi. Manual saja. Aku boleh kira tanpa guna kalkulator. Seronok. Tapi sebab PKP kedai tu tutup. Berhenti lagi aku.

Mak ayah aku selalu tanya. Kenapa tak kerja guna Master aku tu. Ntah la. Aku pun berfikir macam tu. Sampai bila aku nak macam ni. Dah banyak aku apply. Satu pun tak dapat.

Aku experience kerja aku takde. Kerja di lab di Universiti tu jela yang aku ada. Sedih. Aku apply fresh graduate. Over qualified pulak.

Mak ayah aku ni selalu risaukan aku. Dah la tak kawen lagi. Kerja pun tak. Bawak kereta pun tak pandai. Lepas aku accident dulu. Aku dah tak boleh nak pegang stereng kereta.

Aku sangatla trauma. Anxiety aku sangatla teruk. Aku cuba banyak kali. Tiap kali aku cuba. Tiba-tiba berdebar kencang dan menggigil yang tak boleh bincang. Gagalnya aku.

Aku masih lagi di rumah dengan mak ayah aku. Aku nak saja keluar dari rumah ke KL cari kerja. Tapi macam mana hari-hari aku nak pergi kerja tu ye. kereta tak pandai. nak stay mana?

Banyak benda dalam kepala aku. Ye betul. Aku tak pernah kerja jauh. Walaupun aku ni dalam kalangan orang yang dah tua, tapi aku tak ubah macam budak lepasan degree. Pendedahan tu takde. Gagalnya seorang aku.

Aku teringin nak banggakan mak ayah aku. Hari-hari aku doa. Cepat la boleh kerja guna Master aku ni.

Aku terfikir nak sambung phd sebab susah dapat kerja ni. Tapi berani ke aku? Kalau aku kecundang lagi macam mana?

Makin hari aku nak kembali ke zaman sekolah nak betulkan keadaan semakin aku tua. Semakin aku membuang masa dengan sia-sia. Sedih. Aku gagal.

– Tisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *