Suamiku Haji Bakhil

Hi, assalamualaikum. Nama aku Intan. Dah berkahwin selama 6 tahun ada anak dua orang lelaki 4 tahun & perempuan 3 tahun.

Pendekkan cerita aku cuma perlukan pendapat, macam mana aku nak keluar dari masalah aku sekarang.

Aku nak bercerai tapi aku tak tahu apa prosedur yang patut aku lalui, aku suri rumah sepenuh masa buat bisnes kecik2 dengan jual cookies. Tak ada income, tak ada duit simpanan apa apa untuk aku upah peguam, untuk aku turun naik mahkamah.

Aku tahu ada jugak peguam kerajaan tapi tak silap aku kena bayar jugak walau murah dari peguam swasta tapi aku tetap tak ada duit walau pun seratus dua.

Kenapa aku nak bercerai? Apa masalah rumah tangga aku?

Aku dah penat nak lalui semua, aku rasa cukup lah setakat 6 tahun perkahwinan aku cukup sampai kat sini.

Aku dah penat nak hadap perangai suami aku yang terlalu kedekut dengan aku, duit nafkah tak pernah bagi, apa lagi duit belanja nak beli seluar dalam aku pun pakai duit sendiri (beli kat shopee RM1 sehelai) Sian aku kan. Haha.

Kalau sebelum ni aku nak beli apa apa yang lebih dari bajet aku, aku akan mintak kat suami aku dengan perkataan PINJAM. Yee aku kena pinjam duit laki aku sendiri.

Bila aku tak bayar dan aku nak pinjam lagi dia akan cakap, “Tahu pinjam saja, cakap nak bayar tak bayar jugak”. Sakit nya hati aku dengar, aku ni dah macam pengemis nak mintak duit kat laki aku sendiri.

Dia baru berniaga, baru lah mula seminggu dua ni. Minggu pertama aku tolong dia dan dia ada sorang pekerja ni, setiap hari aku akan tolong dia meniaga dari 4 petang hingga 12 malam.

Yee aku usung sekali anak anak aku pergi tempat meniaga sampai ke malam. Aku cuma tolong dia meniaga 6 hari saja, sehari aku dibayar RM30 sahaja dari petang hingga ke malam tu dan pekerja dia bagi gaji RM35.

Pernah sehari aku balik awal pukul 10 malam sebab anak aku dah penat & buat perangai. Malam tu lepas dia balik meniaga dia cuma bagi aku RM20 saja, dia cakap sebab balik awal kan tadi saya bagi awak RM20 saja. Aku boleh sabar lagi masa tu.

Dan dua hari lepas tu dia bayar aku RM25 sahaja sebab dia kata sale kurang hari ni. Aku dah geram sebab dia sesuka hati nak tolak duit yang aku bekerja tu guna tenaga aku dari petang hingga ke malam.

Aku bising2 bebel pastu dia cakap, “Sebab tu saya tak suka awak masuk campur urusan meniaga saya jadi macam ni lah, bising saja lah. Bebel saja tahu”… Tak panas telinga aku dengar.

Siapa aku ni weh sampai tak boleh masuk campur ursan dia? Dah lah dia buat aku ni macam pekerja bangla, kerja dapat gaji, tak kerja tak ada lah duit dia bagi.

Kenapa aku tetap teruskan tolong dia walau aku tahu cuma dapat RM30 pada hari pertama?

Sebabnya RM30 tu sangat bermakna bagi aku, macam yang aku cakap dia tak pernah bagi aku duit nafkah. Aku kena bekerja untuk dapat kan duit dari dia.

Itu baru bab macam tu, belum bab lain lagi macam2 masalah. Kalau nak cerita terlalu panjang. Tahun depan anak nak sekolah yuran duit sekolah pun tak ada lagi.

6 tahun tau aku kahwin dengan dia, kehulur hilir naik moto saja anak dah berderet ni pun naik moto jugak lah hujan panas. Tapi aku rasa dia tak hargai semua tu, dia anggap aku ni apa bila aku tak boleh masuk campur urusan dia??

Aku cuma nak tahu apa prosedur yang pertama perlu aku buat kalau aku nak bercerai, aku tahu kena pergi mahkamah terus.

Tapi apa perlu aku cakap? Suami aku tak nak cerai kan aku. Dan hak penjagaan anak anak macam mana? Aku tak bekerja sekarang boleh ke aku dapat hak penjagaan tu.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *