Abang Rindu As II

Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-rindukan-as/).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga semua pembaca dirahmati dan diberkati Allah.

Terima kasih sebab baca kisah Pakcik dan As. Yang komen positif dan negatif, yang menegur dan mengecam. Terima kasih banyak-banyak.

Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua.

Tak sangka komen sebegitu banyak. Lagi banyak yang kecam dan menghina tapi pembaca sendiri tahu, komen yang positif dan membina sentiasa akan dapat lebih banyak ‘like’.

Nukilan itu memang untuk As seorang. Biarpun 7.7 Billion pembaca komen negatif lepas membacanya. Pakcik tak kisah pun. Andainya diizinkan Allah, As akan baca nukilan itu.

Pada pendapat Pakcik, di IIUM Confession memang tempat yang bagus untuk meluahkan perasaan. Pakcik perasan juga ada mutual friend Pakcik di Facebook turut tinggalkan komen negatif. Lantaklah.

Kenapa Pakcik tulis nukilan untuk As. Senang sahaja, Cuma As dan Pakcik sahaja yang tahu jalan cerita kisah persahabatan kami. Z juga tahu tapi tidak terlalu detail.

Kalau pembaca hilang kucing atau kenderaan, pembaca akan iklankan atau hebahkan perihal barang pembaca itu. Detail dan penjelasan.

Warna, jenis atau sebagainya.

Disebabkan kisah persahabatan Pakcik dan As cuma rahsia Kami berdua, Pakcik nukilanlah di sini dengan harapan Pakcik dapat jumpa kembali bersahabat kembali dengan sahabat Pakcik yang sorang ni.

Pakcik tidak minta pun As tulis satu nukilan baru di IIUM Confession. Tak perlu pun. Pakcik tak nak pembaca kecam As pula.

Adakah Pakcik setiap hari ingatkan si As. Jawapannya TIDAK. Ada masa tertentu sahaja. Kalau dengar lagu Merisik Khabar – Sudirman memang Pakcik akan ingat pada As.

Lupa pula satu benda. Untuk pengetahuan pembaca, lepas nukilan itu disiarkan. Pakcik rasa lega dan bebas. Senang cerita, macam pembaca tengah tahan kentut, dapat lepaskan kentut itu memang jiwa rasa bagus.

Kena kecam pun tak apalah. Bukan pembaca kenal Pakcik pun. Bila pembaca ada masalah atau kemurungan, carilah tempat atau teman untuk luahkan perasaan. IIUM Confession memang salah satu port yang bagus untuk luahkan perasaan.

Ada pembaca yang kecam Pakcik nak skandal balik dengan As tu.. Dah kenapa?

Pakcik tak ada pun cakap nak skandal atau jiwang-jiwang balik dengan As. Pakcik dan As tak sempat bercinta pun. Tak perlu pun semua itu.

Atas sebab apa pula nak skandal, dah 20 tahun pun kenangan itu pergi berlalu.

Tiba-tiba seminggu dua ini Pakcik teringatkan As dengan penangan yang teruk. Allah hadirkan perasaan itu. Pakcik tak minta pun. Lagi teruk bila Pakcik rindukan sahabat yang entah hidup atau sudah meninggal.

Tak ada khabar berita langsung. Waktu Covid ni, bagaimana dia sekeluarga? Sihatkah dia? Sihatkah suami dan anak-anaknya? Semua itu Pakcik tak ada jawapannya.

*Sedikit selingan. Memang ada rakan Pakcik yang kehilangan suami atau isteri disebabkan Covid. Sekarang ini zaman dimana, kematian itu datang tiba-tiba. Pagi tadi buat emoji gelak, malam buat emoji sedih sebab dapat berita sedih.*

Kerana tiada jawapan, secara tidak sedar. Air mata mula mengalir. Seminggu dua ini memang penangan rindu ini sangat hebat. Prestasi kerja jatuh. Mujurlah ianya hilang bila tengok Z dan anak-anak. Adalah sekali kantoi menangis sampai ditegur rakan sekerja.

Pakcik terpaksa bohong yang Pakcik sedih sebab KURAMA dah mati.

Mungkin ada pembaca yang rasa penyakit rindu ini benda kelakar. Sebenarnya tak kelakar pun. Kalau tak boleh nak handle, boleh kemurungan.

Pakcik berjaya handle rindu Pakcik pada As. Ini memang solution Pakcik untuk setiap masalah yang Pakcik malas nak bincangkan dengan orang lain.

Pakcik biasanya akan buat Solat Hajat. Memandangkan masalah itu berkaitan rasa rindu pada As. Kepada Allahlah, Pakcik mengadu.

‘Kenapalah rasa rindu pada As tiba-tiba.. Kenapa dulu tak terus sahaja berkawan walaupun As dan Pakcik tiada jodoh ‘

‘Ditakdirkan tiada jodoh bersama, izinkanlah Pakcik bersahabat dengan As sampai ke akhir hayat’

‘Kenapa tak ada khabar berita pasal As’

Akhir sekali. Pakcik tidak lupa doakan As, pasangannya serta keluarganya dalam lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat waktu Solat itu.

Pakcik juga buat Solat istikharah untuk cari jalan terbaik untuk selesaikan masalah rindu ini. Sebab itulah ada nukilan ‘Abang Rindu As’.

Pakcik ni, kalau berlaga bahu dengan si As dekat mana-mana. Memang takkan kenal dia. Sebabnya, 20 tahun dah berlalu. Masing-masing pun dah bertambah lemak dan kedut.

Dahlah tak pernah jumpa Facebook dia. Dah cari pun tak jumpa. Gambar yang As bagi pun, Pakcik tak ingat letak di mana. Sudah lupa paras rupa si As ni.

Ada pembaca yang persoalkan kesetiaan Pakcik pada Z. Pakcik ni setia sampai ke sudah pada si Z.

Dialah permaisuri, jantung hati atau bidadari dunia dalam hidup Pakcik. Tak terfikir pun nak tukar ganti Z dengan orang lain termasuklah si As. Pakcik ni jenis habis kerja terus balik rumah.

Mengadap Z dan anak-anak lebih jadi keutamaan dalam hidup.20 tahun hidup dengan Z, kami tak pernah ada isu skandal atau wujudnya orang ketiga. Z pun tahu Pakcik sentiasa tahu limit Pakcik bila berurusan dengan perempuan lain.

Pakcik ni kalau nak skandal sangat, tak payah nak tunggu As. Dekat production bersepah perempuan melayu atau seberang yang bergetah, umur muda remaja lagi. Tapi Pakcik bukan suami yang curang pada pasangan. Z sentiasa jadi kesayangan Pakcik.

Ada pembaca komen, kenapa sampai sekarang pun masih ingatkan si As. Senang cakap, As seorang sahabat yang ada kualiti. Maksudnya macam pembaca punya komen lah. Ramai yang kecam tapi yang bagi komen positif tetap dapat banyak ‘like’.

Sahabat yang berkualiti ini kita tak perlukan ramai pun. Cukuplah seorang dua yang hadir dalam kehidupan kita. Itu dah lebih dari bagus.

As bukan skandal Pakcik. Dia tak patut pun jadi skandal Pakcik. Mati hidup balik pun Pakcik takkan layan As atau Z macamtu.

Macam Pakcik taip dekat atas, As sahabat yang berkualiti. Pakcik nak sangat As dan Z jadi sahabat. Pakcik juga nak sangat kenal dengan suami serta anak-anak As.

Pakcik boleh lupakan paras rupa As. Kenangan pun boleh berlalu. Tapi namanya sentiasa melekat dalam hati sebab As sahabat yang berkualiti sebelum kami berdua terkena Jerat Percintaan.

Kenangan yang lepas itu memang sudah jadi kenangan. Tapi persahabatan itu patut kekal sampai ke akhir hayat. 20tahun lamanya, ianya waktu sesuai untuk reset balik persahabatan. Pakcik dan As Cuma bersahabat sahaja. Tak lebih dari itu.

Pakcik dan Z bahagia. Itulah juga yang Pakcik harapkan pada As dan suaminya. Bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Harapan Pakcik lepas pembaca baca nukilan ini, pandangan pembaca pada Pakcik berubah 360 darjah. Kalau tak percaya juga, terpulanglah. Bukan masalah Pakcik pun. Itu masalah pembaca sendiri yang buruk sangka terhadap Pakcik. Masalah hati.

Maybe pembaca pula patut musahabah diri duduk dekat sejadah pula.

Akhir sekali, seperti mana Pakcik doakan kebahagiaan As. Begitu juga untuk pembaca semua. Semoga Allah permudahkan semua urusan pembaca. Aamiin. Terima kasih.

– Pakcik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *