Bila Sekolah Dibuka Semula

Salam admin dan readers IIUM Confession. Terima kasih untuk admin yang membenarkan kisah aku ini dikongsi di ruang ini yang sedikit sebanyak merupakan platform yang membantu ramai readers untuk berkongsi masalah dan kisah hidup mereka.

But when it comes to social media, adalah diharapkan semua yang membaca lebih berhemah dalam memberikan pendapat bila membaca confessions di sini.

Biarlah apa yang dikomen itu dapat membantu confessors secara positif dan bukannya jadi bahan kejian pula sebab sebagai manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sentiasa memerlukan ruang untuk improvement dari masa ke semasa.

Done sesi tazkirah ringkas kali ni. Aku sebenarnya nak berkongsi kelegaan di hati bila Kerajaan umumkan sekolah akan dibuka mengikut fasa-fasa PPN.

Aku tahu ramai ibubapa masih risau untuk menghantar anak-anak untuk menghadiri sesi persekolahan secara fizikal tapi honestly, berapa ramai ibubapa yang benar-benar fokus dengan PDPR anak-anak di rumah?

Apatah lagi bila kebenaran bekerja dari rumah mula ditarik sedikit demi sedikit?

Dan for those yang tak pernah merasa bekerja dari rumah? Junggling issues di ofis dengan isu PDPR, childcare dan house chores?? You know how tiring it can be, right?

Aku merupakan golongan yang sepatutnya diberikan kebenaran WFH tapi tak merasa sepenuhnya pun atas arahan bos yang merasakan dia memerlukan semua officers dia berada di pejabat all the time (padahal kami bukan frontliners pun).

Dan husband aku pula WFH 90% most of the time tapi perlu online untuk tujuan kerja dia. Bila dia perlu ke site atau outstation, maka terpaksalah aku apply cuti or minta kebenaran WFH untuk jaga anak-anak di rumah.

Aku akui yang aku sendiri antara golongan ibubapa yang sajanis ‘goes with the flow’ bila it comes to PDPR. Time ada masa terluang baru nak pantau anak-anak catch up dengan homework diorang. Online PDPR? If ada yang pantau, baru diorang log in masuk kelas.

Maklum saja la diorang masih sekolah rendah, yang ada dalam kepala hanya nak main saja. Kalau tak pantau, memang bye-bye saja la.

Cikgu bising bila homework tak submit on time? Dah try explain why ada masa terlambat hantar. Cikgu nak accept atau tak, terpulang pada cikgu. Sebab itu bila sekolah dibuka semula, at least aku tak perlu risau tentang kualiti pembelajaran anak-anak di sekolah.

Fokus mereka lebih baik bila berada di sekolah berbanding dirumah yang banyak temptations dalam bentuk mainan dan televisyen.

Selain itu, isu childcare pun dah boleh tarik nafas lega bila anak-anak back to their old routine iaitu ada penjaga/ rumah transit yang menguruskan makan minum mereka sepanjang masa lepas tamat waktu sekolah sementara menunggu aku untuk pick up mereka lepas tamat waktu bekerja.

Pembukaan semula sesi persekolahan juga diharapkan dapat memberikan kelegaan kepada my mental health yang sedikit sebanyak terkesan dengan PDPR dan WFH.

Ini kerana rutin harian aku semasa tempoh MCO bermula seawal 5 pagi – memasak breakfast dan lunch untuk husband dan anak-anak yang berada di rumah sepanjang hari sambil menguruskan anak-anak bulus sebelum bertolak ke tempat kerja 6.30 pagi.

If terlambat keluar atau jalan yang sajam teruk, maka merah lagi la punch card aku.

Aku punch out jam 5.30 petang selepas seharian dengan tugasan di ofis (time ni memang hanya handphone jadi penghubung dengan husband dan anak-anak untuk ingatkan tentang PDPR mereka).

Sampai rumah 7.30pm kalau bernasib baik (if not 8pm baru sampai rumah). Bila di rumah, dah kalut dengan preparation dinner dan prep bahan-bahan untuk dimasak subuh esok, settle laundry setakat mana yang larat dan mengemas rumah.

By 11pm, baru aku boleh bertenang depan televisyen tapi biasanya end up televisyen yang tengok aku. Itulah rutin harian aku time weekday.

Bagi yang bertanya kenapa husband tak membantu? Dia took over pantau anak-anak bila aku pergi bekerja sambil dia WFH.

Time dia tak perlu online, dia akan pastikan anak-anak log in to kelas masing-masing, pastikan anak-anak makan dan pastikan rumah tak bersepah teruk.

Tapi bab memasak, dia memang fail teruk sampai anak-anak yang larang dia masuk dapur. Order makanan online? Dia memang harap aku saja order sebab dia tak suka online shopping / transactions.

Dia cuma bagi duit saja untuk order apa-apa tapi aku sendiri tak sanggup nak order makanan online setiap hari. Kos tinggi dan anak-anak sendiri akan merungut makanan tak sedap.

Aku tau akan ada golongan yang akan menghukum aku sebagai ibu yang selfish yang sanggup mengantar anak-anak ke sekolah dalam keadaan virus masih berleluasa. Tapi dalam situasi endemic sekarang, we just need to survive our daily life as best as we can.

Kita dah usaha amik v4ksin, jaga SOP. Kenapa perlu takut untuk meneruskan rutin normal seperti sebelum ini asalkan you know where to draw the limits.

Sebagai parents, aku merasakan aku telah menjaga kebajikan anak-anak aku sebaik-baiknya. Mereka tidak dibenarkan keluar ke public place sesuka hati.

In fact, sejak MCO 1.0 lagi mereka tak mensajajak kaki ke supermarket atau public park. Apatah lagi shopping mall, theme park walaupun SOP dah dilonggarkan sekarang ini.

Aku dan suami hanya membawa mereka ke tempat yang wajib sahaja seperti klinik dan balik kampung tanpa menyinggah ke tempat-tempat lain.

Dan bagi aku, sekolah juga merupakan tempat yang wajib untuk mereka dan rumah transit adalah keperluan apabila mereka bersekolah berikutan tiada lagi istilah bekerja dari rumah setelah sesi persekolah mula dibuka kelak.

Dan pilihan untuk meninggalkan mereka di rumah tanpa pengawasan orang dewasa adalah a big NO.

Disebabkan itu, selepas tawakal dengan pengambilan v4ksin, the next step untuk aku dan husband adalah untuk tawakal dengan SOP KPM dan sekolah dalam menjaga kebajikan / kesihatan murid-murid di sekolah.

Aku percaya semua pihak tengah mencuba yang terbaik untuk pastikan kita semua dapat teruskan kehidupan kita seperti dulu.

Of course there will be mistakes and hiccups here and there disebabkan pengalaman pasca pandemic ni masih baru untuk kita semua.

Apa pun, life goes on and berdoalah yang terbaik untuk anak-anak dan diri kita sendiri supaya diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik dalam mengharungi cabaran hidup.

– Kaklong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *