Assalamualaikum, apa khabar semua. Terima kasih kerana sudi siarkan confession ku untuk kali pertama setelah beberapa bulan jadi pembaca.
Pengakuan Sofea adalah, Sofea rasa rimas dan annoyed dengan soalan2 dan kata2 perli mengenai anak.
Saya baru berusia 32 tahun, dan suami pun tidak jauh beza. Kami berkahwin hampir 10 tahun dan baru ini, Alhamdullilah saya mengandung.
Pregnancy yang dirancang dan di tunggu2 pada waktu sesuai disaat kami bersedia dari segi kewangan dan emosi.
Sejujurnya, tidak perlu rasa kesihan kerana kebanyakan kami happy sahaja dengan cara kami. Dan tidak perlu sebuk sangat bertanya kenapa takda anak.
Kerana sila ingat ya, soalan tesebut tertalu privasi dan biarlah kami suami isteri yang tahu.
Paling saya tidak gemar dan masih rasa sakit hati adalah,
Apabila tanpa rasa bersalah orang luar yang baru berjumpa tanya kenapa takda anak? Bila nak ada anak?
Walaupun saya sudah bagi hint tidak mahu bercakap mengenai itu dan hanya teruskan perbincangan kerja tiba2 pulak die masuk topik tu, kata ni dia tips2 ni lah jumpa bidan ni lah. Tu lah.
(Kalau kami nak tahu, kami akan bertanya. Dan semenang nya kami sudah sedia maklum. Semua boleh google zaman sekarang)
Kami sepanjang 9 tahun happy saja walaupun tak da anak. Kenapa kami happy dan tidak merungut. (jangan salah faham, kami tidak menolak jika rezeki anak tu awal. Kalau terbabas tu. Ok saja, redah saja lah)
Sebelum berkawin kami dah berbincang perancangan keluarga, kewangan dan kerjaya.
Tidak perlu kasihan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tiada anak, sebagai contoh kisah saya.
Ramai kata kesian dekat kami sebab tiada anak. Hakikatnya kami happy sahaja. Kami puas berjalan ke merata negara tanpa halangan,
Dan dengan rezeki Allah kami focus kerjaya kami sehingga kami sudah ada perniagaan sendiri dan ada staff sendiri, simpanan yang sangat mengcukupi, rumah idaman dan kereta idaman hasil dari kerja keras perniagaan kami berdua.
Kami juga ada rezeki lebih berbakti kepada mak ayah kami. Mampu bawa mereka bercuti di luar negeri bersama dan hantar mereka ke umrah.
Sememangnya kami bersedia setelah kewangan dan kerjaya kami betul2 stabil dan kukuh barulah kami lebih menanti untuk menimang cahaya mata, supaya tiada perasaan terbeban dan menyesal. Malah lebih excited.
Suami pula dalam perancangan nak hire maid untuk bantu saya. Kerana saya perlu back to work sama2 bekerja support operasi business dia.
Jika sebelum ini, rasa sangat tertekan soalan2 dari orang luar mengenai anak. Bukan tertekan atau bersedih takda anak. Tertekan dan rasa menyampah dengan soalan2 tu. Tak kelakar. Dan dont be busy body. Biar kami sahaja yang tahu.
Saya dan suami mmg sejenis workaholic dan suami pula memang memerlukan saya untuk support perniagaan nya dari segi operasi dan marketing.
Ramai juga kawan2 saya yang tiada anak, ambil anak angkat. Mereka bahagia sahaja dan rezeki juga bertambah.
Ada juga kenalan yang memang takda anak dan tidak mahu anak angkat. Bahagia juga saya lihat. Biarlah mereka bahagia cara mereka.
Kami bahagia dengan cara kami dan tidak perlu jadi pakar nasihat tidak bertauliah kepada kami. Kerana kami sedia maklum perkara2 itu dan percayalah anda bukan orang yang pertama bertanya. Letih nak layan.
Kami tak nak lah kurang ajar atau menyakitkan hati sesiapa kerana faham. Mungkin yang bertanya dan beri nasihat tu perihatin dan niat baik.
Cuma kalau nampak kami tak selesa tu jangan teruskan perbualan anda, berhenti dan cari topik lain. Saya risau nanti jadi perli memerli atau “sini rancak. Sana rancak. Berdosa”. Haaaa faham tak mak jemah?
Maaf jika kata2 dan penulisan saya agak kasar. Sebab sampai sekarang rasa rasa terkesan dan nanti sudah pasti akan ada yang tanya “bila nak tambah anak?”. Letih nak jawap soalan ni.
Setiap orang mempunyai kisah dan cerita berbeza. Tidak dinafikan ada pasangan yang bersedih ada pasangan yang happy2 sahaja.
Sebaiknya focus sahaja pada diri kita dan keluarga kita. Dengan lidah kita mampu menghiris hati seseorang.
Biar kami happy cara kami, stop judge kami.
Sekian dan terima kasih
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit