Assalamualaikum, kenalkan nama aku D. Sudah berkahwin hampir 5 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata. Ini pertama kali aku meluahkan dekat confession ni.
Biasanya aku tukang baca dengan tukang komen aje tapi aku tertarik pada satu confession bertajuk BUKAN SEKADAR ISTERI (https://iiumc.com/bukan-
Btw sis, you are not alone. Aku pun lalui keadaan yang sama. Aku tak tahu sama ada kami berlakikan orang yang sama sebab situasi aku dengan dia boleh dikatakan 100% sama. Harap laki aku bukan laki dia la.
Perkahwinan aku baru masuk 5 tahun tapi cukup makan hati. Betul, suami aku pun bukan kaki pukul, bukan jenis curang suka mesej pompuan bagai tapi aku pun tak rasa bahagia.
Bila baca confession tu sumpah aku menangis, sebab aku tak sangka ada juga yang lalui benda yang sama macam aku.
Ya betul, kalau orang tak faham mungkin mereka akan cakap ala perkara remeh pun nak ambil kira. Bukan laki kau curang pun. Orang yang lalui saja akan faham rasa sakitnya tu.
Sepanjang 5 tahun aku salahkan diri aku sendiri. Banyak kali sampai aku depression teruk. Yela, mungkin sebab aku gagal jadi isteri yang solehah untuk laki aku. Semua kesalahan aku letak pada diri aku.
Aku kurang itu, aku kurang ini. Aku tak pandai itu, aku tak pandai ini. Awal perkahwinan aku kuat mengamuk sebab laki aku macam ambil ringan aje soal masalah rumahtangga ni. Macam tak penting untuk dia.
Selepas aku lahirkan anak pertama terus kami tidur asing. Alasan dia sempit katil takut tertindih anak padahal katil besar.
Sepanjang kahwin tak pernah kami tidur berpelukan macam suami isteri yang lain. Tak tahu la sama ada dia rimas dengan aku ke atau tak suka aku.
Kalau nak peluk aku la yang mulakan dulu. Aku nak juga rasa manja2 dengan suami. Tapi suami aku macam tak selesa. Nak menjauhkan diri pun ada. Dalam diam memang aku terasa.
Bab makan pun sama, aku ajak makan sekali susah betul. Last-last aku makan sorang. Solat jemaah? Hmmm awal kahwin aje lepas tu takde dah. Aku ajak dia cakap awak solat la dulu.
Begitu keadaan sampai la anak dua. Makan hati? Dah biasa sangat. Menangis? Rasa dah macam takde air mata dah. Sedih sorang-sorang. Kalau merajuk pun sampai kiamat pun laki aku takkan pujuk.
Aku ambil masa 5 tahun untuk sedar bahawa kita tak boleh paksa orang untuk sayang kita even dah jadi suami isteri pun.
Sekuat mana aku cuba untuk baiki keadaan dan ajak berbincang tapi kalau sebelah pihak aje bersungguh memang takkan selesai.
Jadi aku ambil keputusan untuk STOP! Ya, stop untuk perbaiki semua.
Yang aku buat sekarang adalah fokus pada diri aku sendiri dan dua anak aku. Aku fokus untuk bahagiakan dan hargai diri aku. Aku buat benda yang aku suka.
Aku pegi shopping dekat kedai dua hengget nu, aku order bebanyak barang dekat shopee, aku beli itu aku beli ini.
Aku mula jaga diri aku sendiri. Pakai cantik-cantik macam dulu. Belajar mekap. Ya, untuk dapatkan keyakinan aku balik. As long aku rasa sayang pada diri aku so aku tak kesah dah benda lain.
Aku dah tak lagi cuba dapatkan perhatian suami aku. Kejam kan aku? Tapi aku tak lupa tanggungjawab sebagai isteri. Aku tetap sediakan makan minum, buat kerja rumah tapi keadaan rasa sungguh berbeza.
Dulu aku kerap mengamuk pasal hal ni tapi sekarang aku dah tak rasa apa. Dah tak ada lagi komunikasi dua hala. Dia tanya aku jawab. Tapi aku tak mulakan dah conversation macam dulu.
Yela, dulu beriya ajak bersembang tapi dia macam tak berminat. Jadi sekarang lebih baik diam.
Laki aku perasan aku lain tapi biarlah. Kalau ini yang dia mahukan apa salahnya aku tunaikan. Kalau depan anak-anak aku ketawa macam langsuir tapi bila laki aku ada auto aku jadi bisu.
Sekarang aku banyak habiskan masa dengan anak-anak yang makin membesar. Tipulah kalau aku tak sedih. Sedih tapi aku cepat-cepat sibukan diri dengan anak. Aku banyak habiskan masa dalam bilik aku.
Kadang main dengan anak pun dalam bilik. Bila laki aku balik aku cepat-cepat masuk bilik. Tak sambut dah macam dulu. Sebab aku takut dia menyampah tengok aku.
Aku pun kalau boleh nak elakkan negative situation bila depan laki aku. Aku nak elakkan toxic thinking yang boleh buat aku sedih atau stress.
Derhakakah aku? Hmm mungkin tapi kalau itu yang boleh elakkan pergaduhan ape salahnya kan.
Orang mesti tanya kenapa masih bertahan kalau tak bahagia. Sebab bukan semua masalah boleh disetelkan dengan penceraian. Asalkan dia jadi ayah yang baik untuk anak-anak, aku dah syukur sangat.
Yang aku buat sekarang adalah berdoa supaya ALLAH S.W.T tiupkan rasa kegembiraan dalam hati aku dan untuk terus kuat demi anak.
Aku pernah terbaca satu perbualan seorang wanita yang sudah menjadi isteri hampir 40 tahun. Di tanya kepadanya seberapa banyak kekurangan suami dimatanya.
Si isteri menjawab terlalu banyak ibarat sejuta bintang dilangit. Ditanya lagi bagaimana dengan kebaikannya. Si isteri berkata terlalu sedikit umpama satu-satunya matahari.
Lalu ditanya kenapa dia bertahan hampir 40 tahun menjadi isteri jika suaminya terlalu banyak kekurangan.
Maka dijawab oleh isteri, apabila munculnya matahari maka bintang-bintang tak lagi kelihatan. Yang faham tu faham la maksudnya.
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit