Untuk part I, (https://iiumc.com/mak-tak-restu/).
Hai Assalamualaikum. Terima kasih semua sebab bagi aku semangat untuk teruskan hidup aku yang kucar kacir ni. Baca komen korang buat hati lega sikit.
Cerita aku mungkin terabur tak ada point sebab tu admin tak approve part 2 ni. Tapi kalau boleh approve lah ye admin. Hampir setiap hari aku post balik confession nak bagi admin approve. Aku buntu ni.
Aku ada nampak yang korang cakap aku tak cerita mak pak aku kerja apa semua kan. Adik beradik aku juga kan. Ok meh aku sambung sambil minum milo.
Mak pak aku dua-dua dah tak kerja. Bukan pencen sebab bukan kerja kerajaan pun. Pak aku kerja kadang-kadang je tapi duit tu aku tak nampak ke mana perginya. Tak tau la ke mana sebab mak aku tak pernah tanya hasil duit tu ke mana.
Dia tak pernah macam beli barang keperluan rumah ke apa. Aku pun tak faham apa function dia kerja tu. Setiap kali akan minta duit aku walaupun aku cakap tak ada.
Pernah aku cakap aku sendiri tak cukup duit nak makan. Dia buat tak peduli saja.
Mereka akan tanya berkali- kali pasal duit. Setiap aku cakap tak ada, esoknya akan tanya lagi. Kadang-kadang mereka akan suruh aku pinjam duit kawan aku dan bagi dekat dia.
Mereka tak pernah tanya aku dah makan ke belum. Sihat ke tidak. Semua perbualan whatsapp aku dengan mak bapa aku semua berkaitan pinjam duit . Tak ada berbual pasal benda lain.
Mak pak aku dekat dalam rumah selalu menggunakan kata-kata kesat satu sama lain. B*doh tu aku dah lali kena. pak aku selalu cakap aku b*doh punya anak. belum lagi kata- kata kesat yang lain.
Mak pak aku selalu gaduh jerit-jerit dekat rumah. Aku selalu dengar tapi aku tak nak masuk campur. Malam- malam mesti dengar sampai takut nak tidur. Mak pak aku tak terapkan ajaran islam dekat rumah.
Jarang la nampak solat. Aku pun tak diberikan didikan agama masa kecik. Tapi aku ambik inisiatif sendiri belajar agama. Kawan- kawan pun banyak bantu.
Adik beradik aku pulak semua dah kahwin. Tapi dilayan macam raja. Mak pak takut dengan diaorang tak pernah minta satu sen pun duit diaorang.
Setiap kali diaorang balik rumah dilayan macam raja. Mak akan buatkan air. Tanya dah makan belum sihat ke. Berbual panjang.
Berbeza dengan aku. Tak pernah tanya sihat ke tidak makan ke tidak.
Oh pernah aku demam teruk 2 hari sebab aku kerja setiap hari 12 jam tanpa cuti. Bila kita demam mak pak yang normal akan ghisauu. Tapi aku akan kena marah teruk sampai aku menangis.
Mak pak akan cakap, “kenapa boleh demam kan dah susah tak boleh kerja. Tak kerja nanti siapa nak bayar semua benda dalam rumah ni” .
Itula yang keluar dalam mulut mak pak setiap kali aku sakit. Sedih kan sakit pun kena marah.
Kalau aku sakit selalunya kawan-kawan yang ghisauu. Oh ya aku memang duduk asing sebab tak tahan aku keluar duduk sendiri. Sekarang sakit sendiri tanggung pun tak apa dari kena marah sampai menangis.
Aku juga ada penyakit tapi bukanla penyakit kronik macam kanser tu. Sakit macam gastrik migrain macam tu je la. Sakit aku macam boleh serang bila-bila masa. Mak aku cakap, “ada ke orang yang nak kau bila tau kau ada sakit macam ni” .
Bila aku cakap lelaki tu terima aku seadanya. Dia cakap, “ohh dia nak kau jugak la”. Memang luluh hati aku dengar macam tu. Apa aku tak layak hidup bahagia ke?
Adik beradik aku semua nya tak hiraukan adik dia ni. Pernah dulu waktu study aku tak cukup duit nak print assignment aku pun minta abang aku duit RM10 dia cuma balas tak ada. Itu saja.
Sepanjang aku duduk asrama kebanyakannya kawan-kawan yang bagi aku makan.
Terhutang budi tapi diaorang faham situasi aku. Duit ptptn aku pernah abang- abang aku pinjam dah sampai sekarang tak pernah bayar lagi.
Diaorang juga pernah berhutang guna nama aku. Aku tak setuju mula-mula tapi mak pak aku paksa aku setuju.
Abang – abang aku semua bekerjaya ada syarikat sendiri. Boleh tukar kereta baru tapi tak boleh nak bayar hutang aku. Pernah aku mintak bayar tapi dia buat tak endah saja.
Yang menyedihkan diaorang yang sepatutnya bayar tapi mak pak aku suruh aku bayar hutang tu. Mak aku pun pernah berhutang dengan sedara mara aku yang bayarkan juga.
Setiap kali tidur mesti aku menangis kenapa hidup aku macam ni. Kenapa aku lahir dari perut dia. Kenapa aku tak lahir dari perut orang lain.
Pagi- pagi bangun mesti bengkak mata feeling – feeling jadi cina sekejap.
Berbalik kepada crush tu. Masa aku cerita kat mak aku pasal hal ini. Dia tak ada pun tanya lelaki tu solatnya cukup ke tidak. Agamanya macam mana. Itu semua tak penting bagi dia. Yang penting dia kena doktor atau lawyer.
Mak siap tanya kereta dia model apa. Mak tak kisah aku kahwin dengan penagih dadah ke perompak ke. Dia pukul aku lepas kahwin ke. Kena tibai dengan penyapu ke bagi dia semua tu tak penting. Yang penting kena bagi dia duit.
Alhamdullillah lelaki tu keluarganya baik-baik. Dia pun educated adik beradik dia pun educated juga. Dia tahu keluarga aku macam ni.
Tapi dia masih boleh terima aku. Kadang- kadang rasa malu dengan orang bila tahu ada keluarga macam ni. Ada ke orang boleh terima. Kadang- kadang rasa dah tak mahu hidup lagi. Penat dengan semua ni.
– Milo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit