Kepada admin, terima kasih sebab ni kali kedua siarkan penulisan aku kat sini.
Reply : https://iiumc.com/aku-dan-
Assalamualaikum Tisya. Aku Tokok Tempoyak. Aku selalu baca luahan orang² dalam IIUM Confession tapi aku hanya akan respon pada luahan orang² lebih kurang macam aku. Aku orang yang sama respon pada Bunga hari tu.
Pertama sekali aku nak cakap kat kau is AKU BANGGA DENGAN KAU !! TAHNIAH Beb, sebab dah berjaya habiskan Master.
Lama or tak, tolak tepi. Tu semua tak penting. Yang penting adalah kejayaan kau menimba ilmu. Aku bangga beb, sebab aku pun ada cita² nak sambung Mastha.
Beb, KAU TAK GAGAL !! NO !! YOU ARE NOT !! KAU TAK GAGAL !! Jangan sesekali rasa macam tu. Kau belum berjaya saja beb. Belum berjaya. Ubah minset kau. Tak ada apa yang gagal. Ayat kegagalan terlalu umum beb. Listen to me !
Hidup kau jangan compare dengan adik-beradik, even orang luar sekali pun. Kejayaan setiap orang berbeza.
Ada orang, kerja biasa, gaji biasa tapi tak serabut dan hati tenang, tu berjaya pada dia. Ada orang kerja gah, gaji gah, tu berjaya pada dia. Beza. Apa yang tentukan kau berjaya atau tak, adalah usaha dan ketenangan hati.
Bukan angka gaji atau status. Kau tau apa kau minat beb, kau minat Math. Kau happy dengan Math. Jadi buat duit dengan Math. Kerja apa kau suka, apa kau senang. Apa yang kau rasa bahagia.
Tak salah pun nak kerja biasa², asalkan kau suka tu. Ada orang kerja biasa saja tapi Allah S.W.T cukupkan rezeki dia, lapangkan pemikiran dia dan tenangkan hati dia.
Ada orang kerja biasa tapi boleh tanggung parent, ada orang belum ada rezeki bekerja tapi dia la orang pertama yang boleh uruskan parent masa parent sakit sementara yang lain keluar cari rezeki.
Bahagia seseorang tak sama. Yes ! Betul, adik-beradik kau kerja gaji besar, seronok. Tapi kau pernah fikir tak beb ?? Tanggungjawab dorang juga besar. Dorang maybe bahagia macam tu tapi kau ??
Well, aku tak nafikan duit akan menyelesaikan hampir semua masalah utama manusia but still at the end we will die. So live our life.
Aku tak suruh kau menganggur ye, cari duit tu perlu untuk diri kita sendiri. Untuk simpanan kita. Tapi if fikir gagal dan letak kebahagiaan pada jawatan, status dan gaji. Itu tak berapa betul. Kita perlukan duit untuk hidup tapi jangan letak tu as a benchmark kejayaan.
Beb, kita ni hidup tak lama mana pun dan kahwin tu bukan satu kewajiban utama untuk bahagia. Berapa ramai pasangan yang menyesal berkahwin sebab dapat pasangan yang bermasalah ? Time bercinta indah² saje, bila dah kawin, tu dia.
Mula nampak macam². Jadi perkahwinan bukan satu benda yang perlu dibuat rushing. One day bila kita bertemu dengan orang yang tepat, baru kita berkahwin. Sekarang just focus on yourself ! Gain your skills! And hustle cari duit.
Same goes to me actually. Perempuan sekarang pandai cari duit, aku yakin kau pun boleh. Sebab perempuan sekarang ramai bekerjaya hebat² dan boleh simpan duit sendiri.
Kau cakap kau takde pengalaman kerja but untuk seorang graduan degree dalam bidang sumber manusia macam aku,
Pada aku kerja² kau pernah buat tu semua walaupun tak lama, kau boleh letak dalam resume. Tak lama kerja tu sebab pandemik bukan sebab kau suka tukar² kerja.
Jadi tak ada salahnya letak. At least ada something untuk ditulis. Cuma kau kena tulis bersesuaian dengan resume dan kerja apa kau mohon.
Jangan tulis cincai².
Kalau kau pernah kerja kedai makan, kau boleh tulis pengalaman “pernah mengendali lebih 20 orang pelanggan kedai semasa waktu puncak dan boleh berkomunikasi dengan baik serta mampu membuat kerja² mengira dengan pantas”
Tapi mostly resume tulis dalam english but still buat beberapa resume ikut kesesuaian jawatan kau nak mohon.
Beb, even aku yang cuma meniaga online saja pun aku tulis dalam resume secantik yang aku boleh, ikut pengalaman aku dalam bidang online, dari dropship pada awalnya yang kosong tak tau apa² sampai dapat wujudkan perniagaan online sendiri walaupun kecil.
Aku just tulis berapa ramai aku assist sehari, berapa lama aku dalam bidang aku. Berapa banyak barang aku kena bungkus sebelum keluar untuk penghantaran, macam mana aku selesaikan masalah yang berlaku antara customer dan courier, kalau ada barang hilang dan banyak lagi.
Kat situ interviewer tau aku pernah selesaikan masalah. Tapi dapat ke tak kerja tu, itu bergantung pada rezeki dari Yang Maha Esa. Aku berusaha, berdoa dan selebihnya aku tawakal. Dapat tak dapat aku tolak tepi.
Sebenarnya banyak saja boleh tulis dalam resume asalkan kau pernah lalui pengalaman tu. Just jangan gebang benda bukan² yang kita tak pernah buat or lalui or tak mahir.
Kau pernah mengajar Math, tulis dalam resume. Penting semua tu walaupun kau rasa remeh. Up diri kau dan kemahiran kau.
As an HR student aku cakap berdasarkan ilmu dan kenalan² aku yang juga berkhidmat dalam bidang HR (sebab aku student degree PJJ jadi kawan² aku semua dah bekerjaya dan lebih tua dari aku, aku rujuk dorang dan lecturer² baru aku boleh bagi suggestion).
Kerja part-time or full-time or even event kau conduct semua tu pengalaman. Apa saja pengalaman kau lalui yang kau dah arif, pengalaman tu laku dalam resume. Bukan kita yang tentukan pengalaman kita valid or tak, yang boleh tentukan hanya orang yang interview kita.
Hahaha. Aku story ni macam la aku ni dah dapat kerja kan. Yup, aku pun sama saja belum bekerja maybe rezeki belum sampai.
Jadi aku penuhkan hari² aku dengan meniaga, reply pertanyaan customer, improve skill customer services aku (especially sabar),
Tambah skill² baru macam edit video, edit gambar, belajar bahasa lain kat youtube (sebab aku ada cita² nak sambung Master dan habiskan PhD), tengok anime (sebab aku kaki anime dan dalam masa sama aku belajar bahasa jepun dari anime gak tu pun bahasa pasar saja).
Aku suka belajar dan aku tak pernah rasa menyesal belajar sebab dari awal lagi aku set diri aku “belajar hanya untuk ilmu” supaya kita tak mudah ditipu manusia lain.
Cuma masa mula² lepas STPM saja aku fikir nak kerja dulu baru sambung degree. Tapi rezeki aku Allah tulis lain. Aku ikut saja laluan tu.
At least dapat title Dr. Falsafah one day pun okay la ye tak. Walaupun dah tua time tu. Hahaha. Tapi bukan masa terdekat ni. Kalau bab drive, aku faham situasi kau, trauma tu memang akan ada. Jadi tak salah kalau kau takut dan masih ada anxiety lepas pernah accident.
Aku ni cuma kena jerit² sampai jatuh air muka pun masih ada rasa down yang teruk dan tak yakin nak drive. Inikan pula kau yang pernah accident, aku faham trauma tu. Ambil masa tapi JANGAN MENGALAH !!
Aku pun tengah lawan down aku tu dan dalam masa sama berusaha kumpul duit nak beli kereta sendiri walaupun sekadar kereta 2nd hand kecil untuk aku praktis bawa kenderaan semula sebab lesen aku manual,
Jadi aku nak praktis bawa manual, mana tau boleh jadi ala² Micheal Schumacher ke lepas ni. Hehe.
Untuk pakai kereta parent aku, memang tak ! Sebab aku kenal parent aku macam mana, jadi aku tak kan sesekali berani² pakai. Aku rela kumpul duit untuk beli kereta pertama sendiri.
Kecil takpe asalkan kereta tu aku boleh praktis bawa dan family tak boleh marah sebab tu kereta aku. If apa² happen pun, calar ke, kemek ke, tu kenderaan aku sendiri. Orang tak boleh bising kat aku selagi aku tak buat kesalahan yang melibatkan orang lain dijalanan.
So kau pun boleh !! Perlahan² lawan anxiety kau. Satu cara saja nak pulih, kena lawan. Macam mana nak lawan, kena ada orang yakin dengan kau dan kau kena yakin dengan diri kau.
AKU YAKIN DENGAN KAU !! MALAH AKU YAKIN DENGAN SEMUA MANUSIA YANG SAMA saja MACAM AKU !!
Aku yakin dengan korang sebab situasi kita tak sama, semestinya ada penyebab yang buat korg tak drive sebab tak ada siapa suka jadikan lesen ni perhiasan hakiki.
Jadi aku faham ada orang macam aku, tak bawa kenderaan sebab down yang teruk + kereta yang available is “Harta Orang Lain”.
Ada orang macam kau, anxiety dan trauma sebab pernah accident. Kalau ada manusia jenis gamble bagi pinjam kereta and calar ke kemek ke still relax tenang hati, boleh cheta.
Kalau aku ada kenderaan sendiri, if aku ada kawan² macam kau dan Bunga, aku berani bagi pinjam kereta aku untuk korang belajar, untuk korang beranikan diri dan lenjan bawak,
Tapi kat tempat takde orang la sebab aku tau macam mana rasanya ada perasaan anxiety, down teruk dan takut.
Bukan senang nak heal benda tu. Kawan² la tempat kita belajar benda baru, berani dan yang percaya dengan kita. Tapi aku takde kawan macam tu, hidup aku kat rumah saja.
Aku bukan tak boleh drive, boleh tapi aku tak yakin. Sebab terlalu takut family akan marah aku dan sebab takde sape percaya aku lagi buat masa ni, nak temankan aku drive pakai kereta masing² jauh sekali. Belum apa² dah cakap kat aku yang “aku tak boleh drive lagi”.
Test aku pun baru sekali, lepas tu terus cakap aku tak boleh drive. Cuba duduk sebelah dan tenangkan hati. Jangan give up dengan aku sebab nak pulihkan down teruk ni dan mahirkan pemanduan bukan sehari dua tapi berhari², makan masa.
Jadi sila hubungi aku kalau ada yang berani bagi pinjam kenderaan manual korang supaya aku boleh praktis, pastikan jangan takut dengan aku sebab aku tak pernah fikir nak bunuh sesiapa lagi. Hahaha, gurau².
Belum ada manusia baik lagi yang berani bagi pinjam rete dia untuk orang yang belum mahir guna. Semua akan ada rasa kecut dalam hati walaupun jauh tersorok. Hahaha. Even family sendiri pun camtu nak expect orang luar ? Nehh, tapi kawan² ye.
Kebanyakkan kawan² gamble saja. Jadi aku sangat faham tu. Sebab tu lambat drive pun lantak la, apa orang nak kata silakan. Aku memang kena beli kereta sendiri jugak. Rosak ke apa tu 100% tanggungjawab aku.
Aku yang jaga dan lenjan. Aku tak nak rasa bersalah menguasai aku kalau semasa proses mahirkan pemanduan tu aku tercalar or ter-rosak kan kereta orang.
It depends on how people read my opinion. I don’t care what people will say about me because I’m the one who face all the things before and afterwards. Apa yang aku tau aku cuba sedaya upaya untuk buang rasa takut dan tak yakin aku. It’s okay to not be okay.
Biarkan apa orang nak cakap, yang tau diri kau hanyalah kau sendiri. Perlahan² lawan anxiety kau. Cari someone kau boleh percaya untuk ajar kau. Don’t worry, lambat takpe janji jangan mengalah. Give up tu yang tak bagus dalam kehidupan. Ewahh.
Kau nak sambung PhD ?? Aku sokong kau !! Go go chaiyokk. Kau nak start lambat, terpulang. Lambat habis or takut gagal tolak tepi. Takde sape tak takut gagal. Even aku pun takut gagal.
Tapi tu bukan benda yang jatuhkan semangat. Kita belajar laju² ni nak kejar apa ? Nak compare dengan sape ?
Aku nak sambung Master pun aku ambil masa walaupun aku dah dapat offer dan aku nak parent aku bangga dengan aku. Sape yang tak nak parent dia bangga dengan dia tapi berbaloi ke kalau kita terkejar² ? Stress dan Depress saja.
Belajar ni relax². Tuntut ilmu ni benda yang kita happy buat so buat relax². Aku pun hold dulu nak sambung Master. Aku nak fokus pada simpan duit, melabur dan bila dapat kerja, kerja dulu.
Walaupun aku meniaga ni aku happy dan Insyaallah boleh berjaya walaupun lambat, tapi orang lain tak yakin sebab aku duduk rumah. Jadi aku kena juga cari kerja perlahan². Meniaga tu maybe one day aku buat side income.
Buat masa ni aku belum dapat kerja, jadi aku fokus meniaga, at least dapat simpan duit.
Jadi beb, BERHENTI KATA DIRI KAU GAGAL. BERHENTI MERATAP DAN SEDIH. Kau bukan sorang², ramai lagi yang sama macam kau.
Jadi pandang depan, fokus pada apa kau rasa kau boleh capai dulu. Kalau kau nak kerja dulu, kerja saja, biasa² pun takpe sementara kau berusaha mohon kerja setaraf sijil kau. Yang penting kau ada duit.
Then perlahan² lawan trauma kau. Perlahan². Semua perlukan step pertama. Slow². Kejayaan tak lari mana pun. Hanya kita perlu mulakan langkah untuk berjaya.
P/S : Pada aku, orang yang berjaya adalah orang yang mampu jaga parent dia masa parent dia sakit. Hebat mana pun seorang anak, kalau dihujung hayat orang tua dia, tidak dipedulikan, tak ada makna semua tu.
Kejar dunia, kejar juga akhirat. Semoga dengan niat kita nak bahagiakan parent menjadi asbab kepada kejayaan kita kelak.
Until next time Tisya.
Kawan baru kau – Tokok Tempoyak
– Tokok Tempoyak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit