Degree Part-Time: Teruskan atau Berhenti?

Salam dan hai semua. Saya sekarang sedang bekerja secara full time, dalam masa yang sama saya baru je masuk degree secara part time. Belum sampai sebulan lagi pun saya belajar.

Begini, sebenarnya saya belajar degree sebab sayang nak tinggalkan bidang saya belajar dulu, memandangkan saya belajar bidang ekonomi.

Walaupun kini saya bekerja di syarikat yang besar, gaji agak sedap, benefit pun banyak, tapi bidang kerja tersebut tak ada kaitan dengan bidang saya belajar dulu.

Jadi goals saya, saya nak terbitkan karya saya sendiri berkaitan ekonomi. So tak ada lah rasa rugi sangat ilmu yang saya belajar dulu.

Saya berfikir untuk menerbitkan buku ni, jika ada diploma sahaja takut tak cukup credible nak sharing ilmu.

So saya apply la degree. Alhamdulillah dapat pun. Kelas semuanya dah start. Tapi tak tahu lah makin hari makin saya rasa tak boleh go.

Ianya terlalu ‘cramped’ dan laju untuk saya. Setiap kali kelas, kami terus belajar sehingga 3 topik, dan saya terkejut di kelas pertama sahaja dah ada assignment.

Selalunya di kelas pertama kita baru warm up kan? Tengok course outline dan mukadimah dll, tapi ini sprint terus 3 topik. Saya blank dan cuba untuk fokus, tapi tak masuk dalam kepala saya.

Dan bukan itu sahaja, kami juga diberikan assignment pada hari pertama kelas tersebut dan perlu hantar dalam masa 2 minggu. Bukan 1 subjek sahaja, 3-4 subjek sebegini rupa.

Saya jadi dilemma disebabkan ini.

Pekerjaan saya pun cuti tak menentu sebab kerja shift. Ada masanya shift pagi, ada masa shift petang ada masanya jugak shift malam. Jadi saya rasa tertekan.

Waktu tidur saya yang mmg tak menentu disebabkan kerja shift pun jadi semakin tak menentu. Saya kena siapkan assignment setiap kali habis kerja.

Sekiranya ini assignment individu tiada masalah. Tapi semua assignment ialah grouping. Nak bincang pun perlu tunggu semua available.

Saya menangis bila terima assignment yang ke-4 di minggu pertama belajar. Baru first week dah macam tu.

Memang tak sangka sangat sepadat ini.

Saya juga, rasa tertipu.

Di offer letter pengajian saya, di situ tulis tempoh pengajian ialah 2021-2024, tapi ketika di dalam taklimat, tempoh pengajian yang sebenar ialah sehingga 2026.

Jadi 2026 tu saya rasa amat lama. Saya terus pertimbangkan semula, worth it ke saya nak huru hara macam ni sehingga 5 tahun lamanya?

2021-2026 adalah komitmen yang sangat panjang… saya macam, tak sanggup.. tapi saya fikir apa lagi jalan lain yang tak sesusah ini untuk saya capai goals saya iaitu terbitkan karya.

untuk pengetahuan semua, saya sekarang cenderung kepada seni lukisan. Hasrat saya nak share ilmu melalui lukisan saya. Komik adalah salah satunya, dan juga lukisan-lukisan santai.

Itu sahaja goals saya. Nak terbitkan karya ekonomi sahaja. Saya tak fikir nak jadi advisor ke, kerja dekat bank ke. Tiada.

Saya happy dengan kerja saya sekarang. Kalau saya lompat kerja pun saya tak akan kembali ke bidang ekonomi.

Bagi saya, saya minat ekonomi sekadar ilmu. Ilmu untuk saya manfaatkan dan saya kongsikan kepada masyarakat. Bukan sebagai kerjaya tetap.

Jadi perlukah saya dptkan degree ini?

Ada tak jalan lain untuk saya? mungkin kursus yang boleh self-paced dan tak perlukan assignment pun?

Atau tak perlu dapatkan apa2 kelulusan, hanya tajamkan skill lukisan saya instead?

Saya rasa ini masanya untuk saya fikir semula sama ada nak teruskan atau berhenti. Sekarang masih awal dan sempat nak buat keputusan.

Takut simpan lama-lama nanti dah lama belajar baru berhenti pula.

Bantu saya, kawan-kawan.

Saya buntu sangat.

Terima kasih.

– Fify (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *