Perempuan Berleter Kerana Lelaki Malas

Sebelum tu, thanks admin kalau kisah ni diluluskan. Aku ubah sikit tajuk dan isi supaya boleh diterima dan difahami. Cerita ni bukan berkenaan aku, tapi keluarga aku.

Kisah aku ni tak ada kena mengena dengan sesiapa ya. Tapi kalau terkena batang hidung sesiapa, aku minta maaf awal-awal ya? Sebab tajuk diatas tu macam lumrah kat dunia macam tu kan?

Situasi pertama, berkenaan parents aku. Mak aku ni jenis kuat berleter, selalu pulak tu. Mak ni surirumah full time dah 60an pun. Dah bersara. Ayah aku tua setahun. Dah bersara juga.

Masalahnya kat sini bila aku tinggal sekali dengan mereka. Apa yang aku nampak, mak aku ni jenis ada angin dia sendiri. Suka berleter kalau dia rasa banyak burden di kepala dia. Tak tahulah kalau overthinking type.

Ayah aku pula jenis yang malas. Bukan malas sangat sangat, tapi perlakuan malas yang agak menyakitkan hati lah juga bila dibuat berulang kali.

Contoh pinggan taknak basuh, kerusi tak letak elok-elok, tak letak barang kat tempat dia, bersepah pula tu selalu, taknak menolong bila sedang kemas.

Benda-benda macam tu, yang laki biasanya memang jenis malas nak ambil tahu. Mungkin remeh bagi lelaki. Tapi, dah kerap berlaku walau dah dipesan jangan buat macam tu.

Mak aku pula, bila dah kerap bersabar, selalu lah berleter. Non stop macam peluru kadang-kadang pot pet pot pet, tapi ayah aku buat masuk telinga kanan, keluar kiri jelah.

Benda berlarutan dah banyak kali sampai baru-baru ni mak dengan ayah aku perang dingin tak bercakap.

Aku pujuk pun, mak aku cakap, kalau mak buka mulut nanti, gaduh dan berperang dan tinggi suara jadi baik mak diam saja. Aku tak tahu nak buat apa.

Ayah aku tak pujuk dan benda terus berlanjutan sampai sekarang. Kalau mak ayah aku gaduh, kami 3 beradik memang tak pernah masuk campur selama ni. Cuba nasihat masa in casual conversation jelah.

Situasi kedua mengenai abang ipar aku pula. Kakak aku jenis berleter dan membebel. Dan abang ipar aku buat benda yang sama. Diam saja.

Mungkin taknak curah minyak dalam api yang tengah marak. Sebab kakak aku marah, Marah kan api. Benda isu dia selalu biasanya pasal anak, pasal kewangan, pasal kerja. Benda ni banyak kali dah jadi depan aku pula tu.

Dan situasi terakhir jadi pada kawan aku. Sama juga, membe ni jenis malas dan seorang gamer pulak, tapi occasional gamer lah.

Cuma kalau dia tengah scream dan stream game tu, bom meletup depan rumah pun dia tak ambil kisah kot, so wife macam biasalah, membebel dan terus membebel meluah perasaan.

Dan member perangai manja aku ni cerita pula kat aku pasal hal wife bebel dia. Aku geleng kepala saja mampu, sebab dah memang salah kau sebenarnya kan? Bila aku bagitahu, diabaikan pula.

Kesimpulannya, pada kaum Adam, tolong lah sedar tanggungjawab, biar ada inisiatif sikit untuk membantu. Sebab punca aku nampak, lelaki anggap benda ni benda remeh. Tak fikir perempuan penat ke, fed up ke.

Yang perempuan pun , tolong lah jangan berleter sangat, tu yang lelaki jadi triggered kalau rasa macam tak ada respect kat situ. Benda sebenarnya boleh bawa bincang kan? Two way communication patutnya mesti ada.

Bukanlah semua lelaki dan perempuan situasi macam tu, tapi mostly memang macam tu. Aku yang single ni sampai takut pula nak berumah tangga kalau secara overall yang aku nampak, kalau kahwin macam lagi serabut saja.

Buah hati aku nampak macam penyenyap belum kahwin lagi ni. Takut dah kahwin nanti, bertukar pula wajah sebenar nanti.

– Si Cuak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *