Teguran Buat Niqabis

Assalamualaikum… Izinkan saya memuatnaik posting berkenaan teguran buat adik-adik serta kakak-kakak niqabis yang cantik lagi bijaksana. Terima kasih admin sekiranya penulisan ini diterima oleh pihak admin.

Pertama sekali, saya nak bagitahu yang saya ni tidaklah bagus mana, dan saya bukan seorang yang berniqab/ purdah, tetapi alhamdulillah saya berpakaian mengikut syariat agama cuma saya juga masih perlu istiqamah lagi.

Di sini, saya lihat sekarang ni terlalu ramai anak muda, perempuan yang berniqab/ purdah.

Alhamdulillah, saya memang puji itu adalah satu penghijrahan yang baik dalam diri awak, kerana awak berjaya meningkatkan taraf diri awak dengan pemakaian yang cukup baik, disegani serta dambaan majoriti wanita di dunia ini, termasuklah saya.

Cuma, apa yang saya nak tegur ini bukan untuk menyakiti hati para hawa sesama saya cuma sekadar nasihat. Saya melihat rata-rata niqabis/ purdah masa kini sudah macam tiada beza dengan kami yang tidak berpurdah ni.

Saya nampak niqabis/ purdah sekarang ni rancak mempamerkan diri di media sosial, ada yang terkinja, melompat, serta menjerit sehingga ada bunyi suara yang menggoda.

Saya juga melihat yang berpurdah/ niqab ni masih bersolek keterlaluan seperti memakai eyeshadow, eyeliner, serta contact lens yang striking, yang sangat obviously mengundang fitnah di mata ajnabi yang melihat,

Sedikit demi sedikit saya nampak dah tiada rasa malu dalam diri awak..

Minta maaf cakap, saya bukan bitter cuma saya rasa kecewa, pakaian yang sepatutnya dipakai serta dijaga dengan penuh syariat, awak-awak jadikan ia seperti trend pula.

Apa tujuan sebenar pakai begitu serta beraksi begitu, saya pun tak tahu. Mana-mana rancak berdosa.

Niqabis/ purdah sekalian yang dikasihi, jika ada di antara awak yang masih tak tahu, tujuan sebenar pemakaian purdah/ niqab ini untuk melindungi diri daripada pandangan ajnabi serta mata-mata jahat yang melihat anda dengan niat yang tidak baik.

Sepatutnya awak yang berniqab/ purdah tidak perlu mempertontonkan diri awak di media sosial dan jagalah batas seiring dengan pemakaian awak.

Memang betul, awak pun manusia, saya tahu dan faham awak pun ada hati, perasaan nak berhibur tapi kena betul gayanya sebab awak adalah suri teladan pada kami, golongan wanita yang masih bertatih ni.

Jika berterusan awak berkelakuan begini, habis rosak imej orang yang betul2 berpurdah/ niqab yang patuh syariat ini,

Malah kami golongan Hawa yang berniat nak pakai macam awak pasti merasa takut dan tidak yakin untuk pakai kerana imej ini telah dirosakkan oleh awak-awak yang berkenaan.

Tolong ya awak-awak semua, teguran ini saya buat bukan untuk mereka semata-mata, tetapi untuk yang sudah bertudung labuh serta yang sudah bertatih dalam pemakaian tudung, serta teguran ini buat saya juga.

Sekali lagi saya katakan, saya bukan bagus mana, bukan malaikat. Hanya manusia biasa.

Anggaplah teguran ini sebagai teguran yang membina, dan semoga kita semua menjadi muslimah yang berjaya serta istiqomah dalam berpenampilan patuh syariah dan sama-sama pimpin tangan ke Syurga. Berubah itu mudah, tapi istiqomah itu yang susah.

Saya akui kita semua manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan tambahan lagi kita adalah hamba Allah yang dipilih untuk hidup di akhir zaman yang penuh pancaroba ini..

Saya sayang awak semua, awak yang bernama wanita.

– Amni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *