Gangguan Kerana Iri Hati

Assalamualaikum. Pengalaman ni aku sekeluarga alami pada 2007.

Abah aku merupakan orang yang dikenali di kampung. Sikap suka membantu menyebabkan ramai orang sayang dan hormat pada abah.

Walaupun, Abah tak kaya tapi kaya dengan nasihat dan pertolongan.

Ramai yang nampak abah sebagai calon ketua kampung. Heboh sampai ke kampung sebelah. Tapi kisah hitam selepas inilah yang membuat membuat keluarga kami menderita…..

Di sinilah semuanya bermula…

Suatu malam, lebih kurang pukul 11 malam, sambil mak di sinki membasuh segala pinggan, mak nampak dari belakang mak, abah lalu dari dapur terus ke ruang tamu rumah. Dan duduk atas kerusi ‘malas’ untuk tengok tv.

Mak pun oke je. Sambung basuh.. kemudian mak teringat..

“Eh, bukan ke abah dah masuk tidur pukul 9 tadi sebab nak bangun awal esok.” Apa lagi mak kelam kabut pi ruang tamu.. sekali takda orang..

Mak masuk bilik kejut abah, tanya samada abah ada bangun tak kejap tadi jalan2 dari dapur pergi ruang tamu? Abah jawab tak.

Dia jawab dia memang dah masuk tidur sejak pukul 9 tadi.. mak mula hairan.. tapi anggap lah salah tengok kut tadi.

Situasi kedua.

Tak lama lepas tu, abah mula tak sihat. Kaki abah sakit membengkak, macam gout. Abah tak boleh berjalan tak boleh bekerja.

Abah hanya tau menangis je setiap hari. Sebab mak terpaksa ganti abah cari nafkah untuk keluarga.

Check doktor, doktor kata Abah sihat. Kemungkinan angin saja.

Tapi peliknya malam2, kaki abah yang sakit tu akan bergerak sendiri. Seperti ada yang merentap dan menarik kaki abah. Akan ada dua tompok macam gigitan nyamuk pada tempat yang bengkak.

Situasi ketiga.

Rumah kami jadi tak tenteram. Sentiasa rasa seram walau waktu pagi. Malam2 kami dengar seperti ada orang berjalan atas bumbung.

Kadang2 dengar pintu dan dinding diketuk jam 3, 4 pagi.

Paling extreme.. Depan mata kami.. betul2 depan mata kami, pintu ditarik dan ditutup dengan sendiri macam ada orang yang buka dan tutup.

Pinggan mangkuk pula bergerak-gerak sendiri seperti ada orang main.

Nasi cepat jadi basi.

Mak pula kerap bermimpi ada dua ekor makhluk iras2 gorila jantan berbulu di luar rumah. Seperti menanti untuk menyerang.

Giliran mak pula jatuh sakit misteri. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Keluarga kami mula jatuh miskin hidup susah.

Mula ada orang2 kampung menghina kami sekeluarga. Hidup susah. Naik motor buruk.

Sampailah satu ketika, ada beberapa sahabat abah ajak nak bawak abah ikhtiar cari perawat. Mereka kesian tengok abah dan keluarga kami diuji macam tu.

Abah pun setuju dan diusung naik kereta merantau ke utara tanah air mencari penawar dengan izin Allah. Abah pun dirawat.

Masa inilah terungkai.

Barulah kami tahu rupanya abah disihir. Mak terkena tempiasnya. Tiap malam ada makhluk yang akan hisap darah dari kaki abah. Rupanya 2 tompokan lubang tu adalah kesan taring “makhluk” tu.

Ada orang tanah tangkal belakang rumah kami.

Ada yang iri hati dengan abah sebab abah dihormati, dikenali dan takut abah naik memimpin kampung. Sikap abah yang suka berdamai dan membantu rupanya dibalas dengan kedengkian.

Pelaku sihir tu kalau boleh nak kami sekeluarga pindah keluar dari kampung. Duk jauh2 jangan balik2 sini dah.

Aku pernah ajak mak abah pindah, tapi abah cakap, “buat apa nak pindah. Tok nenek kita asal sini. Ini tanah asal usul kita. Doakan pelaku tu diberi hidayah.”

Keluarga kami ambik masa yang lama nak pulih dari gangguan sihir.

Walaupun pelakunya datang meminta ampun pada abah sebelum pelakunya meninggal,

Gangguan tetap ada sampai sekarang. Baru minggu ni mak cakap nampak kelibat putih terbang dalam rumah. Abah pula dalam beberapa bulan, bengkaknya akan kembali lagi tapi taklah seteruk dulu.

Kami hanya mampu ikhtiar dengan solat berjemaah mingguan di rumah, sama2 mengaji quran. Amal zikir dan tak biar rumah sunyi setiap hari dengan alunan quran.

Walapun berat. Aku anggaplah ini ujian aku sekeluarga untuk dapat pahala besar dari Allah.

Doakan keluarga aku pulih ya.

– Juyi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *