Sebelum tu, panggil aku Tekken saja. Terima kasih andai coretan aku diluluskan pihak IIUM Confession ni.
Aku ni bab kalau kebersihan, pengotor ni, aku kategori tengah-tengah. Mungkin dari kisah ni, korang boleh tafsirkan aku ni macammana.
Pertama, aku ada seorang kawan, kenal rapat dari zaman belajar aku. Dia ni tua setahun dari aku. Dan ada lah peluang kalau nak suruh dia jadi bakal imam aku. Hehehe.
Rupa boleh lah, rumah ada, kereta ada, hutang pun ada. Hahaha.
Tapi, dia ni seorang yang pembersih yang sangat-sangat. Melampau sangat pembersih dia. Banyak sangat contoh yang aku boleh bagi, tapi aku bagi yang biasa aku hadap jelah.
Contoh eh, kalau kitaorang dining in, order makanan atau air kat luar. Bila sampai saja kueytiao goreng dan teh o limau panas yang dia order.
Dia akan belek-belek dulu makanan dan air tu. Tengok juga orang yang hantar makanan tu jari ada termasuk makanan atau minuman tak?
Habis juga masa dalam 15minit sampai dia tak rasa ragu-ragu pasal kebersihan tu, baru dia jamah. Benda ni masa mula-mula aku kenal dia, agak menyakitkan hati juga.
Tapi lama-lama, its kindda cute. Hahaha. Aku boleh tolerate mengenai hygienic level dia ni tapi aku tak sangka, orang pembersih sangat macam ni pun ada.
On the other hand, mengenai pengotor, ada satu lagi kisah ni pasal abang aku. Dia ni duduk rumah lain, tapi selalu saja dia datang rumah kami hari minggu dengan anak-anak dia.
Abang aku ni jenis penyepah ni satu hal. Jenis asyik bersin pun satu hal. Resdung agaknya tu kalau dah 24 jam bersin. Bertukar tisu tiap masa.
Kalau dia tidur bilik aku, mesti asyik “scroootttt” sana, “scroooottt” sini.
Dan bila dia bangun tidur, atau masa dia balik rumah, celah-celah katil terselit berpuluh tisu yang dah berhingus atau kering. Geli sampai aku yang terpaksa bersihkan dan tukar cadar tiap minggu.
Tapi, tiap kali kalau dia datang, mesti lepas dia balik tu, aku dapat selsema. Aku pula yang terbersin sana sini. D4mn betul!
Aku pernah tegur , kau jadilah pembersih sikit. Buang tisu tu, tapi macam tu jela. Macam cakap dengan dinding.
Dia gelak saja tapi masih buat benda yang sama selalu. Tu lah yang aku hadap tiap minggu, sampai aku dah bosan sebenarnya. Tak tahu kenapa dia pengotor macam tu, aku dan adik beradik lain tak macam tu.
Benda dah jadi kebiasaan agaknya sampai sebati dengan perangai dah. Anak anak dia setakat ni tak nampak macam tulah. Harap tak berjangkit perangai pengotor tu kan?
Diri aku sendiri bukanlah seorang yang sangat hygienic dan sangat pengotor. Aku bersih asal aku tak nampak benda tu secara kasarnya, kotor, looks clean, thats fine with me.
Kalau pasal pengotor, benda standard lah kalau kau tak jaga kebersihan depan mata aku pulak, aku tak boleh nak tolerate.
Bersih dan kotor ni menyumbang juga pada keperibadian aku. Aku harap, tak adalah dalam masyarakat yang tahap kebersihan dalam diri dia tu tahap yang mengecawakan.
Kalau muslim, ingatlah, kebersihan tu sebahagian daripada iman. Pesan untuk diri aku juga ni.
– Tekken (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit