Thanks admin approve confession saya ni. Dah bertahun pendam, semoga ada kebaikan di akhirnya. Doakan ye pembaca semua. Saya dah penat nak hadap benda ni. Di sini hanya nak berkongsi sedikit kerumitan sepanjang sebumbung dengan keluarga mertua.
1. Dulu masa mula2 join family ni saya tau ada ipar yang tak puas hati dengan saya. Siap mendoakan saya supaya tak mengandung lagi ok sesama dorang.
Sorang saya panggil si dengki, sorang lagi si penghasut. Tapi saya sabar dan pendam tak cerita pada sesiapa dengan harapan dorang berubah. Tapi tak ye. In fact, it gets worse. Silly me.
2. Mil & fil selalu cop saya pemalas sebab tak turun memasak sekali. Dah kalau turun masak pun ini tak kena, itu tak kena, potong cara ni salah, potong cara tu salah, lama2 memang la fedup.
Selama ni masak dengan mak sendiri ok saja. Pastu expect saya masak & then dorang complaint tak sedap.
Pernah first time saya masak masa mula2 nikah dulu. Ceyy siap duduk semeja mil & fil rasa pastu komen2 “eh ok la ni” macam juri master chef tu?
I was like.. biar betul family ni? Did I ask you to judge my cooking? Their opinion is unsolicited. Did my parent raise me to become their family’s cook?
Maid pun kena bayar tau. For me, bila orang dah masakkan, makan saja la dengan rasa bersyukur sebab memasak ni proses yang panjang.
Dari membeli, sediakan bahan sampai la ke proses memasak. Ni dah la tak menolong, bila orang masakkan siap complaint pulak. I didn’t cook to please you. I cook because I’m hungry and to feed my family. As simple as that.
3. Pastu fil sesedap mulut saja cakap saya pemalas. Padahal cuba check anak-anak perempuan sendiri tu sapa saja yang bangun pagi2 sidai kain baju, masak or kemas bilik? Takde sorang pun eh.
Standard 11 pagi baru bangun, turun bawah expect sarapan dah terhidang. Sidai baju pun bertolak2 sesama adik-beradik.
Buang sampah apetah lagi. Yang menolong kat dapur pun balik-balik muka yang sama saja la tu pun sambil mengutuk2 saya yang tak koserr nak ke dapur join family toxic tu memasak..
4. Kerap la bising konon saya tengah malam baru turun makan sebab nak elak makan sekali dengan family toxic tu. Dah kalau kau berkumpul sekali nak makan tetiba ada pendengki yang ulang banyak kali “kerusi tak cukup, kerusi tak cukup”, kau selera ke nak makan sekali?
Last2 laki ipar sendiri (biras) yang tengah2 malam lepas main game pi bukak periuk, boleh pulak mil backup siap simpankan lauk.
5. Bising2 anak saya minum cawan bersepah. Tapi saya turun dapur pagi2, eh penuh saja singki dengan pinggan mangkuk diorang. Siap pakej tin air, puntung rokok bersepah kat luar rumah tapi takde sape pulak nak sound kan.
Bila saya highlight benda ni ke mil eh banyak pulak jawapan membackup.
6. Saya kadang2 craving nak pasta la, kek la so order juga food delivery walaupun mil dah masak. Dah kalau makan sekali kena sound kerusi tak cukup saja, baik takyah makan terus. Eh triggered pulak mil.
Padahal bila turn anak dia order grab food makanan macam2 takde pulak bising2 even dah masak pun. Siap makan anak-beranak dalam bilik lagi.
7. Dulu masa mula2, naif lagi dengan perangai ipar duai, saya ada la lipatkan kain baju & bila hari cuti tu siap sidaikan kain baju dorang anak beranak berbakul2 tapi bila turn saya keje, adik ipar angkat kain baju family dia saja.
Kain baju kita anak beranak ni dibiarkan sejuk & masam kat bawah garaj. Alasan konon belum kering padahal sebelum pegi keje dah siap sidai pun. Bertahun-tahun repeat skrip yang sama. Bila saya bising kat fil,eh dia backup pulak cakap anak dia protes sebab saya pemalas.
8. Macam saya kena kerja sebab husband tak mampu nak hadap sorang hutang keliling pinggang. So anak terpaksa la bagi mil jaga. Eh bising ipar yang bujang suruh kita berenti keje jaga anak.
Saya sendiri topupkan duit susu, pampers, & keperluan anak, duit minyak, breakfast laki tiap hari, memang tak la laki nak suruh duk umah jaga anak.
Mil ada gak bising kat saya mintak hantar anak ke baby sitter. Masalahnya kenapa tak sound dekat anak sendiri i.e laki saya yang tak usaha sediakan kewangan untuk bayar baby sitter? Memang semua atas bahu saya ke?
So sekarang saya amik approach, ape2 hal berkait penjagaan anak time keje, suami la kena fikir. Itu tanggungjwb dia. Kalau tak, just let me resign & take care of the kids. Malas nak pening kepala. Semua nak letak atas bahu si isteri, patut ke??
9. Bilik air tunggu berdaki la baru nak sental. Tu dulu, bila saya ambil alih cuci eh langsung takde effort ipar nak cuci sekali. Sanggup tunggu sinki & mangkuk tandas berkerak dengan tinja dorang sampai la saya yang cuci.
Kita ni tengah2 mencuci tu anak kecik menangis ketuk pintu la, boss nak suruh reply email urgent la, memang la tak menang tangan nak buat keje.
Yang ipar tu tak keje pun, anak pulak baru sorang tu pun pass pass adik beradik jaga, tapi still mengharap saya yang berkerja & anak berderet ni saja cuci bilik air. Suami dia? Botol syampu dah kosong pun biar bertimbun dalam bilik air.
10. Mil bising barang saya & anak2 sepah. Tapi ipar punya barang2 personal & barang niaga bersepah dari dalam sampai luar rumah takde pulak dia sound.
11. Yang si dengki tu suka la marah2 anak2 saya konon asyik buat sepah la, degil la,tak dengar cakap la. Bila sampai tahap nak pukul anak saya dengan penyapu & hina anak saya macam-macam of course la saya backup.
Eh, fil bising cakap kita backup anak sangat. Padahal saya bengang sebab yang cakap anak saya macam2 tu diri sendiri kurang ajar & kaki p*rn, suka mengutuk orang, hati busuk tapi marah anak2 saya macam diri tu sempurna sangat.
12. Fil dulu penah cakap memasak ni boleh tambat hati suami macam mil masak sedap sangat semua orang puji.
Masalahnya fil sendiri dah berapa kali kawin lain so apa yang menambatnya masakan mil tu? Tak perlu nak brainwash saya dengan benda2 nonsense wanita Melayu kena hadap dari dulu macam payung emas tu.
Perempuan sekarang terpelajar & boleh fikir logik. Masak bila free saja la. Dah kalau terkejar2 nak urus hal anak lagi, nak siapkan keje lagi, tapau saja la senang. Tapau pun duit saya bukan duit laki pun..
13. Dulu ada la jugak try duduk sekali menyembang.
Tapi balik2 topik pasal berat badan, kutuk orang itu ini, kalau kita cerita pasal kita mesti dia akan kait dengan diri dia jugak or kalau takleh kaitkan, petik nama kawan pulak (sejenis taknak kalah),
Or fil kutuk anak sendiri (laki saya) depan saya dan anak2 and topik2 yang disembangkan dari tahun ke tahun itu saja la tak berkembang2..
So benda ni buat saya malas nak duduk sekali menyembang sebab rasa vibe tu macam toksik dan jumud sangat.
Cuba la sembang pasal resepi terbaru ke, cara kembangkan duit ke, politik semasa ke, berhubung sikit sel-sel otak tu. Even nak dengar saja pun rasa semangat saja topik2 camtu.
Keluarga mertua ada la perli2 saya tak bercampur dengan dorang. Dah kalau kita dengar dorang kutuk & mengata kita bila berkumpul, ada hati ke nak bercampur, bergaul, bertepuk-tampar semua? Memang tak la.
Kadang tu sengaja dikuatkan suara masa mengutuk tu, nak pastikan supaya saya dengar. Hati memang jadi tawar bila kita dah tau isi hati sebenar orang keliling kita. Nak-nak kita pulak jenis cepat percayakan orang. Rasa bila kena khianat macam tu, hanya Tuhan saja yang boleh sembuhkan.
Dan hukumnya harus ye menjauhkan diri dari orang-orang yang menyakitkan hati kita untuk elakkan kemudaratan yang lebih serius. Boleh rujuk artikle mufti wilayah al-kafi li al-fatawi #1698.
14. Dah keluar duduk asing, since kunci pendua ada pada mil, ewah sesedap rasa saja masuk rumah time kita kerja. Pastu check2 peti ais, siap bagitau fil & anak2 dia pasal peti ais kita.
Mil dah la sejenis suka membawang & mencanang pasal hal anak menantu orang so ko ghase pasal isi peti ais tu takkan jadi modal membawang group adik beradik, ipar duai mil ke? End up saya ambil semula kunci pendua tu simpan sendiri. Asalnya bagi kalau emergency senang mil boleh masuk rumah.
Ni lain pulak jadinya. Susah sangat ke nak hormat privacy and boundaries orang lain? Kalau nak kata caring sangat, kenapa masa saya sakit ke, berlapar ke takde pulak nak ambil tahu.
Kain basah kena hujan ke takde pulak nak tolong angkatkan. Tapi bab peti ais orang, bab kain baju orang tak berlipat dalam bilik kelamin, cakna betul mil ye.
15. Kesimpulannya senang saja. Bila orang dah tak suka kat kita, buat la apepun dorang mesti akan cari point nak burukkan kita sambil simpan keburukan & aib sendiri kemas2 biar orang tak nampak. So don’t waste your time to please other people.
Sedangkan nabi Muhammad kekasih Allah pun ada yang benci kan. Inikan pula kita manusia tak sempurna. Buat saja apa yang patut & jangan kacau life orang. Dulu saya naif pernah la buat itu ini sebab nak ambil hati.
Penyudahnya saya juga yang buruk hasil dari hasutan dan hasad dengki ipar duai. Yang paling penting, usaha saja untuk duduk asing, suatu masa pasti ada rezeki & jalannya. Memang betul sangat apa yang orang tua cakap, biar banyak rumah, jangan banyak orang dalam satu rumah.
– Pembaris yang tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit