Please Avoid Beri Pacifier Kepada Baby

Assalamualaikum/ hi. Harini saya nak share tentang keburukan memberi pacifier atau puting susu tiruan/ kosong kepada bayi.

Kita sedia maklum kebanyakkan ibu bapa gunakan pacifier untuk bantu tenangkan bayi yang suka menangis. Actually, banyak keburukkan kepada bayi yang diberi pacifier ni.

1. Boleh menyebabkan masalah gigi dan pembentukan gusi yang tak normal.

Teringat kes seorang patient yang berusia 3 tahun lebih, datang ke klinik sebab demam.

Patient ni pakai pacifier sepanjang consultation dan bila saya cuba nak check tekak patient ni, ternampak bentuk gusi yang dah kedepan ataupun dalam bahasa pasarnya, dah jadi jongang.

Kesian kat adik ni. Bukan setakat masalah gusi, dia juga ada masalah speech delay. Last checkup dengan klinik kesihatan masa umur setahun setengah dan belum sempat jumpa dentist masa tu.

Kesian, parentsnya tak sedar yang dia ada masalah gusi dan speech delay.

Mujur dapat detect masa consultation. Masalah gusi tu maybe ambil masa nak repair huhu. Maybe dentist boleh komen tentang treatment untuk masalah ni.

Ada jugak kanak-kanak lain yang ada masalah saiz gigi yang tak sekata dan lebih pendek di bahagian depan (gigi kacip), juga disebabkan oleh pacifier.

2. Baby mudah dijangkiti kuman.

Pacifier antara benda yang paling mudah untuk dijangkiti kuman. Dalam fasa bayi yang suka melempar barang, ada possibility dia akan lempar pacifier ke lantai.

Pacifier yang tercemar boleh menyebabkan baby kerap demam dan kurang selera makan.

Ada juga kajian yang menunjukkan bacteria dari pacifier boleh tersebar ke dalam mulut, tekak dan bahagian dalam telinga.

3. Baby jadi too dependent on pacifier.

Bila parents try nak remove pacifier, baby nangis sebab dah terlalu dependant. Ada yang akan nangis bila pacifier terkeluar semasa tengah tidur.

Untuk kanak-kanak yang dah besar, dia cepat tantrum jika diambil pacifier tu.

Agak mencabar untuk stop tabiat ni bagi anak-anak yang dah terlalu dependent kepada pacifier. Lebih kurang macam budak-budak yang dah terbiasa dengan bantal busuk. Huhu kesian kat anak-anak.

Ada juga kajian yang menunjukkan pacifier membantutkan perkembangan emosi bayi terutamanya bayi lelaki. Pacifier limitkan bayi untuk belajar, tiru dan faham facial expression since kecil.

So, ada tak cara nak elakkan guna pacifier ni? Ada.. Jom kita try :

1. Identify punca baby menangis. Ada baby yang menangis just sebab mengantuk dan minta didodoi. So kita boleh try dulu bedung bayi dan dodoikan.

Banyak kebaikan membedung bayi ni actually, kalau lapang nanti saya share pulak tentang bedung baby.

Ada baby yang menangis sebab panas atau gatal. Boleh cuba kipas-kipaskan baby atau salin cadar yang selesa untuk baby. Check jika ada semut kecil di cadar baby.

Kadang-kadang semut suka menghampiri tempat baby tidur disebabkan bau susu.

Ada baby yang menangis sebab masih lapar. Cuba susukan baby lagi. Ada juga yang menangis kerana kembung perut. Boleh sapukan minyak dan urut bahagian perut baby.

2. Bagi anak yang sudah besar dan masih lagi bergantung pacifier, boleh cuba kaedah reward system.

Explain kepada anak, kalau dia boleh elak guna pacifier, dia boleh dapat 1 bintang untuk 1 hari. Bila dah kumpul 10 bintang, dia boleh dapat hadiah, misalnya dapat toys baru.

3. Make sure tangan anak sentiasa busy dengan toys, finger foods or activities.

Kebanyakkan kanak-kanak akan cari pacifier bila dia boring. So try to make them busy until they forgot the pacifier.

Untuk baby, boleh try bagi potongan buah tembikai, bila dia start makan, kita boleh alihkan pacifier tu.

Untuk kanak-kanak yang dah agak besar, boleh try bagi belon untuk dia tiup, ataupun main whistle, ajak mewarna, atau main toys, boleh distract dia dari guna pacifier.

4. Boleh try pasangkan white noise untuk bantu baby lena. Boleh search di youtube dan apps, banyak pilihan.

Selalunya baby yang dah kenyang dan mengantuk, lagi mudah untuk lena bila dipasang white noise. Bagi muslim, boleh juga amalkan zikir dan selawat untuk tenangkan anak.

Banyak kaedah yang boleh parents guna untuk elak gunakan pacifier. Kalau mampu, usahalah, moga Allah mudahkan urusan semua parents..

– Dr Aurora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *