Entah macamana nak mula, aku Zura berumur awal 40an. Mempunyai 3 cahayamata. Ekoran dari pandemic Covid -19, aku menjadi balu dan anak-anak kehilangan ayah dalam masa yang singkat.
Tak pernah terfikir dia akan meninggalkan kami dalam waktu ini. Suami aku tua 3 tahun dari aku. Sungguh aku lost. Tak tahu macamana nak harungi hidup ni tanpa suami. Sebab dia suami yang baik.
Selama 15 tahun kami hidup berumahtangga. Akhirnya Tuhan menjemputnya.
Mujur aku ada kerjaya, anak-anak aku heret ke sana ke sini untuk, kemana saja aku pergi mesti aku bawa anak-anak. Ketiga-tiga anak aku ni sudah pun bersekolah. Mereka lah penguat semangat aku.
Setelah setahun aku harungi hidup menjadi balu barulah aku ada kekuatan untuk bersosial semula dengan kawan-kawan. Barulah ada kekuatan keluar dengan kawan-kawan dan join aktiviti luar.
So bermula dari sinilah aku mulai rapat dengan dengan seseorang aku namakan S. S ni aku kenal dah lama dah hampir 10 tahun.
Arwah suami aku pun kenal dia sebab aku dengan dia dulu satu tempat kerja sehinggalah dia bertukar ke cawangan lain yang tak lah jauh sangat.
Isteri S pun kenal aku, diaorang sekarang dah ada 2 cahayamata. Dan isteri S tengah mengandung anak ke 3. Selalunya aktiviti kami isteri S akan join, tapi dia dah tak boleh join sebab tak berapa sihat.
Makin hari kami makin rapat, sampaikan sepupu aku tegur. Adakah S tu boyfriend aku? Bila nampak kami selalu bersama.
Demi Allah masa tu aku tak ada sebarang perasaan pun dekat S. Tambahan pulak dia bukan type lelaki yang aku suka. Dia cuma lelaki melayu yang biasa saja.
Arwah suami aku dulu ada mix dengan Arab sikit (maaf bukan nak berbangga).
Sejak kena tegur dengan sepupu aku tu, baru aku perasan rupanya S sangat caring dekat aku.
Sebelum ni aku tak pernah nampak pun. Selalu dia akan tanya kabar aku, ambik berat pasal aku. Dah makan ke belum. Tolong order makan dekat aku. Apa yang aku suka pun dia tahu semuanya.
Sehinggalah satu hari S demam. Time ni isteri S pulak balik kampong lepas boleh merentas negeri, isteri dia balik dulu kemudian dia akan menyusul . Aku ni bila ada saja sapa-sapa demam memang aku cuak.
Teringatkan arwah suami aku dulu pun bermula dengan demam saja. Terus aku beli ubat, beli vitamin segala bagi dekat S.
Aku beli makanan dan hantar dekat dia. Sampai lah masuk hari keempat dia masih lagi demam. Kali ni aku terus bawa dia pergi klinik.
Orang tak sihat memang mahukan perhatian, dalam tak sedar aku mula sukakan S. Lepas pergi check kat klinik dan buat swab test segala, dia hanya demam biasa saja.
Selama berhari-hari aku caring pasal dia. Aku tersuka tanpa sengaja. Maafkan aku. Dekat sinilah salahnya aku.
Tak dapat aku pendam lama-lama perasaan ni. Aku berterus terang saja dengan S. Dengan harapan dia menolak aku.
Rupanya aku salah, dia sedia tempat dihatinya untuk aku menumpang kasih katanya. Dah lama dia perhatikan aku macam lost lepas kehilangan suami.
Memang aku happy sangat time ni, sebab dah ada bahu untuk bersandar. Dah ada telinga untuk mendengar. Dah ada hati untuk dicintai.
Hanyut aku dibuai asmara. Hubungan kami sudah tentu tanpa pengetahuan isteri S.
Entah kenapa, satu malam aku terjaga dalam pukul 3 pagi macam tu. Segar pulak rasa lepas terjaga tu. Aku bangun dan ada rasa nak solat.
Aku solat ja macam biasa, selepas solat masa aku panjatkan doa untuk orang –orang tersayang, teringat pula arwah suami yang setahun lebih pergi menemu penciptanya.
Tiba-tiba juga teringat hubungan aku dengan S. Menerjah rasa bersalah aku kepada isteri S. Aku kah pengkhianat kepada kaum sendiri?
Allahu macam mana lah perasaan isteri S sekiranya dia tahu semua ini? Sudah tentu hancur hati dia. Sebab dia percayakan aku dan S. Dah la dia tengah sarat mengandung.
Sejak dari itu, aku block semua social media dan whatsapp S. Tak mahu aku jadi peruntuh masjid, memporakperanda hubungan diorang.
Biarlah hilang bahu untuk aku bersandar, tetapi aku masih ada tanah untuk ku bersujud. Masih ada cinta agung yang boleh ku rebut.
Maafkan aku wahai isteri S, memang engkau tak tahu apa-apa sehingga saat ini. Tapi rasa bersalah tetap ada dalam diri aku.
Pembaca IIUM Confession semua, doakan aku kuat ya. Moga tidak terjebak lagi dengan suami orang.
– Zura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit