Perangai Lelaki Yang Menghantui Aku

Terima kasih admin kalau lukuskan sebab aku perlu untuk meluahkan something yang sesak dalam dada aku ni.

Ada satu perangai kaum Adam ni yang menghantui hidup aku sampai sekarang. Aku tak tahulah sumpahan ke apa ni? Sebab ini bukan kali pertama berlaku, Nama aku A (bukan nama sebenar).

Betul ke sebab kan sayang dan nafsu, kita tewas kepada pujukan kaum lelaki ni?

Aku akui, aku lemah. Latar belakang aku, bukan orang senang. Aku sendiri BUKAN berduit penuh dalam poket, BUKAN boleh melancong sana-sini.

Tapi aku tak tahu kenapa aku masih b*d*h, membenarkan diri sendiri jadi mangsa kepada lelaki yang hanya tahu gunakan aku saja selama ni.

Benda ni dah pernah terjadi sebelum ni. Masa tu, sekitar 2015, aku ada hubungan dengan seorang pelajar jurusan psikologi kanak kanak.

Nampak gah kan? Tapi rupanya aku yang kena psiko. Si dia ni nama samaran dia Afi. Katanya tengah belajar, jadi asyik minta aku topup kan. Aku ketika tu dah bekerja, jadi kena ‘pau’ lah.

Masa birthday pun, minta lagi tu, aku beli hadiah yang dia nak. Demand sangat oi. Ending breakup juga, yang mana katanya dia taknak bercinta pun selama ni. Cuma sekadar eksperimen.

Benda yang aku rasa b*d*h sangat. Dalam 2017, aku menjadi seorang eksekutif bergaji sedap, berkenalan pula dengan seorang lelaki dari alam siber.

Kenal punya kenal, dah tengok gambar, kenal rapat, lama-lama terus jadi boyfriend. Namanya Boy. Duduk area Klang. Sempat juga lah jumpa beberapa kali.

Dalam setahun tu, si dia dah mula tunjuk belang. Nak aku topupkan dia. Share kredit. Selalu sangat.

Untuk pengetahuan, sampai sekarang aku masih gunakan prepaid. Tak terasa pun yang aku perlu pakai pascabayar. Tiada keperluan. Prabayar pun dah okay. Tapi masalahnya, tiap bulan aku bayarkan prabayar nya.

Belum lagi masuk pasal pinjam duit. Sebulan seratus. Beratus -ratus jadinya. Aku sedar saja aku tak patut bagi biawak hidup macam tu. Tapi aku buta. Buta sebab sayang, dan sebab nafsu.

Sedar benda tu salah, menggalakkan dia untuk berhutang saja, tapi aku jadi kasihan. Sayang, dan keinginan aku buatkan aku butakan mata, gelapkan hati. Berterusan saja macam tu.

Ohh, untuk pengetahuan, si lelaki biawak hidup yang aku spent duit, termasuk prabayar tu semuanya sama ada, masih belajar, tak bekerja, atau tiada pekerjaan tetap. Aku buta? YA. Aku b*d**?? pun YA.

Sekarang ni pun, aku ada hubungan dengan seorang jejaka berumur 29 dari pantai timur bernama Syam.

Dia menggamit balik kisah lampau aku yang dulu. Suka meminjam, suruh aku kongsikan prabayar, top upkan dia. Cuma, kali ni, gaji aku dah tak serancak dulu.

Dan aku belajar dari kesilapan, tak mudah mengasihani dan memberi. Aku bagi bermacam alasan, bermacam sebab untuk aku tolak permintaan nya. Dan masih sama keadaan dia, Syam ni tiada pekerjaan tetap.

Aku pun tak tahu kenapa mudah sangat aku jatuh hati pada orang macam ni. Perangai lelaki suka pinjam ni, terus hantui aku sampai sekarang.

Memang salah satu nya sebab aku yang b*d*h, pergi bagi juga. Aku terima. Nak kecam aku kecamlah sebab pembaca mungkin tak berada dalam situasi aku.

Apa yang pasti, memang betul, pengalaman mengajar dan mendewasakan. Aku masih berhadapan perangai meminjam ni.

Tapi aku tak tewas macam sebelum ni. Aku bagi beribu alasan. Aku playing his games as he wanted too. Dia pujuk aku kalau sayang kan dia , bagilah pinjam.

Berapa kali hampir aku tewas. Tapi apa aku belajar, kena ade tekad dalam diri untuk berani reject atau say NO.

Aku tak harapkan hububgan kami bertahan kalau dia masih terus dengan sikap meminta tu. Aku still in this relation sebab aku harapkan dia jadi yang terakhir aku dalam bercinta tapi entahlah.

Aku harap lelaki yang ada sikap mempergunakan orang lain tu, sila ubah sikap. Jangan sampai besok, ada ahli keluarga sendiri yang dapat nasib macam tu. Ingat what goes around, comes around. So berhati-hatilah.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *