Kawan Berubah, Memori Tidak

Salam. Saya terkenang kisah lama semasa remaja dan sebab ada mood, saya nak menulis, hehe.

Semasa remaja, saya ni tak banyak berkawan dan saya selalu kena buli. Keluarga pulak jenis tak harmoni,

Jadi saya selalu ada masalah dengan ramai orang, sebab saya terbawa cara berkomunikasi tidak sihat dari keluarga ke dalam berkawan (bila dah besar baru sedar).

Kawan saya masa tu boleh dikira dengan jari dan saya pun cuma berkawan dengan orang yang sama kelas sahaja. Dan fikir-fikir balik, saya takde kawan yang rapat.

Tapi, keinginan berkawan tu ada (normal lah kan). Pada ketika tu ada MSN dan Yahoo messenger, so saya install dan add la beberapa kawan kelas saya.

Bila fikir2 balik, sedih jugak lah.. cuma ada 5-7 kawan je dalam list saya, hehe. Tapi ada 1 kawan ni memang friendly. Dia selalu je tegur2 saya, main2 game Yahoo messenger sama-sama dsb.

Saya tegur dia akan respond baik-baik, walaupun saya fikir2 balik, saya ni jenis annoying kot hehe.

Since keluarga saya ni broken, saya tak ramai kawan, dibuli kat sekolah lagi, jadi saya memang teruja bila chatting dengan kawan saya kat messenger tu. Kira moment ni buat saya sangat happy.

Ye lah, bila awak takde kawan, 1 kawan tu akan secara relatifnya sangat penting bagi awak (ni pun bila saya dewasa baru sedar).

Dan benda ni berterusan sehingga kitorang melanjutkan ke universiti (berlainan).

Namun semasa di universiti, cara dia respond tu makin lama makin menyakitkan hati. Kadang-kadang maki-maki kat saya tapi yang selalunya diabaikan bila saya tegur. Sedih dan pedih sangat.

Awal-awal saya ingat mungkin dia bad mood ke apa, tapi oleh sebab cara dia balas berterusan macam tu, dan melihat pergaulan dia pun dah berubah, saya merasakan dia tidak lagi melihat saya sebagai kawan yang sama taraf dengan dia dan nak menolak saya.

Saya tak salahkan dia sepenuhnya, sebab saya pun mungkin tak berapa best dan skill komunikasi saya pun masih tak baik.

Cuma saya pada masa tu sedih jugaklah, sebab inilah kawan yang saya anggap mengajar saya erti berkawan dan tak judge orang. Dan dialah role model saya untuk belajar berkawan.

Since persahabatan dah jadi suram, saya start tak tegur (dan dia pun dah tak tegur), dan lama-lama teknologi mengambil alih, orang dah tak pakai messenger dan akhirnya persahabatan tu mati sahaja.

Tapi pada masa tu saya takde lah kisah sangat sebab saya pun dah ada kawan-kawan lain dan skill berkawan saya pun bertambah baik (alhamdullilah),

Hasil teguran secara ikhlas dari beberapa kawan kepada saya yang saya perlu belajar berkawan dan trust orang lain (kesan dari dibuli).

Habis universiti, saya start bekerja dan meneruskan kehidupan dan berkahwin. Kadang-kadang saya terkenang juga kawan saya tu. Lagi-lagi, FB ni kekadang bagi friend recommendation. Bila dah recommend, lagi lah saya terkenang.

Kadang-kadang ada je rasa nak add, tapi entah, hati ni kata “Jangan! Kau dah kena maki berkali-kali kot sebelum ni”. Lama gak saya fikir, kenapa saya ada dilemma ini dan kenapa saya terkenang-kenang walau hati ni pedih?

Dan paling kelakar kadang-kadang saya mimpi jadi remaja balik dan berkomunikasi dengan kawan saya tu yang versi remaja (bukan dewasa). Kenapa remaja bukan dewasa, pelik saya hehe.

Lama juga fikir dilemma ni sampai lah saya terjumpa quote “People change but memories don’t” baru-baru ni,

Saya fikir-fikir balik, benarlah quote tu. Masa remaja emosi tu memang berganda-ganda, tambah lagi masa tu saya sedih dibuli dan memang sikit kawan,

So bila ada seseorang tegur2, impact dia dalam perkembangan hidup saya sangatlah besar. Berbeza dengan dewasa, kawan message kau masih rasa gembira, tapi takde la sekuat zaman remaja.

So teori saya, bahagian separa sedar saya masih merindui keadaan masa tu, tetapi hakikatnya kawan saya tu sudah berubah, saya pun dah berubah dan masa pun berubah.

Kami bukan lagi orang yang sama semasa remaja. Dan saya terima, kawan versi remaja yang saya kenal itu tidak wujud lagi.

Life goes on.

Apa-apa pun, sekarang ni bila saya tengok orang di pejabat kena pulau sebab sikap, saya akan terkenang cara kawan saya melayan saya dahulu dan saya akan cuba layan dengan baik dan neutral (selagi dia masih baik).

Sebab saya tahu, mungkin dia mempunyai masalah dan tekanan yang kita tidak tahu menyebabkan dia menjadi begitu, tetapi hakikatnya dia seorang yang baik.

Dan saya tahu, 1 ayat, “Salam, kau macam mana?” atau “Awak OK ke?”, mampu merubah kehidupan seseorang, terutamanya orang yang bankrap dalam berkawan.

Sebagai penutup, kalau boleh (impian tak logik), saya nak je ambil mesin masa, jumpa kawan saya tu masa dia remaja dan ucapkan,

‘Terima kasih kerana berkawan dengan saya. Mungkin bagi kau benda itu biasa, tapi bagi saya, sangat bermakna’. Tapi itulah, tak mungkin terjadi, hehe.

So itu sahaja confession saya. Apa-apa komen atau nasihat dari pembaca, amat saya hargai. TQ.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *