Hi, salam readers. Actually ini hanya luahan aku pada diri sendiri. Bukan niat tidak mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt.
Terkadang hati dan emosi aku yang tidak menentu ini perlukan aku mencari satu medium untuk aku meluahkan. Semoga dengan luahan ini korang dapat beri kata-kata semangat buat aku.
Long story make it short. Aku gelarkan diri aku Bunga lah senang. Sebab aku nak hide diri aku. Demi menjaga aib aku. Aib kita perlu jaga kan?
Aku Bunga. Bunga ros ke? Nope, aku rasa aku bunga yang layu kot. Aku ni dah berumur 20++ next year dh nak masuk 3 siries. Tua dah aku.
Okay2 back to story aku. Diri aku? Aku ni bukan anak orang berada. Ayah pun dah tak ada.
Oh lupa, aku ni dah bersuami dan punya anak. Dan aku juga bakal bersalin tahun depan. Insya Allah. So, apa yang aku nk cerita ni? Okay2. Macam ni, aku ni lately terasa sangat down dengan diri aku.
Mungkin emosi sebab aku pregnant. Tapi aku cuba sedaya upaya be positive dalam segala situasi. Aku cuba happykan diri aku walaupun bermacam macam trauma yang melanda dalam diri aku. Jap2, nanti aku cerita satu persatu kenapa tajuk aku “aku yang tak berguna”.
Aku ni nak kata dari segi rupa paras memang sedap mata memandang. Tapi aku takde lah tahap sampai nak jadi bohsia (dulu2). Cuma sikap aku ni dulu aku b***h dan terlalu naif dan cepat mempercayakan seseorang.
Dulu masa aku sekolah aku bercinta dengan ex aku. Ye, aku akui aku bercinta sehingga terl4njur. Kerana keterl4njuran itu aku lepas belajar tingkatan 5 aku terus kahwin dengan dia demi menjaga maruah kedua dua belah keluarga.
Tidak lama kemudian kami dikurniakan seorang anak. Kiranya anak yang aku lahirkan time tu adalah anak tak sah taraf la.
Selepas anak aku lahir, kami lakukan proses perkahwinan sekali lagi. Tak ada majlis cuma akad nikah di jabatan agama sahaja. Akan tetapi perkahwinan kami hanya bertahan setahun sahaja dan kami bercerai.
Puncanya adalah masa tu ex aku tengah bercinta dengan perempuan lain. Sebab masa tu aku sibuk berkerja sebab aku nak kumpul duit nak sambung belajar.
Anak aku? Time tu serahkan pada kakaknya untuk menjaga kerana masa tu aku belum betul2 sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Lagipula kakaknya tak ada zuriat dia teringin untuk menjadi ibu angkat. Jadi kami bersetuju memandangkan kami masih muda masa tu so kami masih tidak tahu hal2 parenthood. So, jadilah anak aku tu anak angkat kepada kakak ex aku.
Jadi kalau dalam dokumen anak angkat penjaganya adalah kakak ex aku dan suaminya. Jadi sehingga kini anak aku tu dijaga baik oleh kakak ex aku tanpa anak aku mengetahui siapa ibu kandung dia sebenarnya.
Jadi berbalik pada aku dan ex bercerai, seteleh bercerai aku sambung pelajaran aku di universiti tempatan.
Aku sambung belajar pun sebab parents aku nak sangat tengok aku sambung belajar. Jadi aku sambunglah belajar. Demi nak bahagiakan parents aku time tu dan demi masa depan aku juga.
Jujur lepas aku bercerai dengan ex aku, dia masih contact aku. Masih mengharapkan aku. Tapi aku pegang kata2 parents aku untuk lupakan dia dan focus belajar.
Jujur dalam hati rasa macam nak sambung balik hubungan tu. Tapi kerana sikap ex aku yang aku belum yakin dia berubah time tu membuatkan aku tak nak sambung balik hubungan kami.
Tapi kami hanya berhubung sebagai seorang kawan. Tapi sikap ex aku time tu dia suka mengkongkong aku. Apa saja aktiviti aku nk buat di universiti dia tak kasi. Alasan takut lelaki lain cuba usha aku.
Masa tu aku rasa macam wahh caringnya dia. Sebabkan over caring dia tu result aku drop, sebab apa? Sebab aku stress.
Aku selalu bergaduh dengan dia. Sehinggalah aku terpaksa repeat banyak paper kerana dia. Time tu aku rasa sakit hati bila aku tengok result semester 2 aku drop teruk.
Lepas dari tu aku lost contact dengan dia. Aku hanya berhubung dengan kakak dia saja untuk tanya khabar anak aku secara diam diam.
Semester 3 aku cuba bangkit balik. Aku belajar betul2. So far result aku baik. Aku rasa fresh balik masa tu. Tapi langit tak selalu cerah.
Masuk semester 5 aku diuji dengan ayahku sakit. Terlantar lumpuh. Masa tu aku dihujung semester 5. Aku cuba kuatkan diri untuk habiskan semester tersebut walaupun masa tu Allah saja tahu.
Rasa nak berhenti sebab aku tak nak susahkan parents aku masa tu. Masuk semester 6 aku cuba nak extend semester, tapi kawan baik aku bagi dorongan untuk habiskan pengajian. Berbaki 1 semester je lagi.
Masa aku fikir nak extend tu sebab aku tak nak susahkan parents aku untuk biayai yuran aku semua. Sebab tu aku fikir nak extend.
Jadi sebabkan kawan baik aku beri nasihat aku dengar nasihat dia. Aku teruskan semester akhir aku tu. Dalam kekangan wang, aku berniaga kecil kecilan untuk tampung sewa bilik masa tu.
Sebabkan aku penat dengan berniaga kecil kecilan dan study, result semester akhir aku drop. Aku just dapat pointer 2.70 something macam tu lah, aku pon tak ingat. Sedih kejap aku. So masa tu aku fikir lantak lah janji aku nk habiskan diploma aku.
Lepas habis diploma Alhamdulillah aku dapat kerja. Kerja kerani biasa je. Parents aku suruh aku sambung degree.
Tapi masa tu aku cakap tak nak sambung. Aku tak bagi tahu reason kenapa. Hakikatnya alasan aku tak nak sambung degree masa tu aku tak nak susahkan parents aku.
Sebab masa tu abang aku pon tengah sambung degree. Jadi, dia pun nak pakai duit, kalau aku pulak yang sambung lagi la banyak duit parents aku kena keluarkan.
Jadi aku simpan je dulu hasrat aku nak sambung degree time tu. Oleh kerana lama berkerja, aku cuba cari peluang kerja di tempat lain.
Dan aku berhijrah ke Selangor mencari kerja. Merata aku berkerja. Dan asbab aku berhijrah ke Selangor lah aku dipertemukan dengan suami ku sekarang.
Bila dah kerja, dah ada duit sendiri pastu dah bertemu pasangan pulak tu, lama kelamaan hasrat aku nak sambung belajar terkubur macam tu je. So aku kenal dengan suami tak lama.
Aku kawin. Dan kami dapat seorang anak lelaki time tu. Btw suami aku ni pun orang biasa2 je, bukan kerja tetap or kerja kerajaan. Tapi cukuplah untuk menampung kami sekeluarga. Aku pun berkerja juga, so takde lah istilah susah sangat pon kehidupan kami.
4 tahun kami mendirikan rumahtangga dan aku disahkan mengandung lagi sekali. Alhamdulillah.
Tapi baru je beberapa bulan aku mengandung, aku sedih bila dapat tahu syarikat yang aku kerja nak terminate aku. Dengan alasan syarikat takde duit dan tak nak simpan pekerja mengandung sebab nanti flow kerja tak smooth.
Ya Allah aku masa tu rasa down gila. Aku bertahun tahun terbiasa dengan berkerja tiba2 aku diberhentikan kerana sebab aku mengandung dan company takde bajet. Sungguh kejam company aku tu.
So berhentilah aku dari company tu dan jadi surirumah sepenuh masa. Segala pembiayaan isi rumah sebelum ni kami suami isteri share2 jadi sekarang semua atas kepala suami aku.
Serba salah aku dibuatnya. Aku pun tak jangka aku diuji sebegini lagi2 dengan musim covid ni.
Aku cuba cari kerja tapi memandangkan keadaan aku yang tengah sarat mana ada syarikat nak hire aku kan? So duduk la aku dirumah. Nak berniaga online, aku nak refer sape pun aku tak tahu.
Setiap malam tidur alu tak menentu, aku banyak berkurung dalam bilik. Suami aku pula kerja balik lewat buat grab cari income lebih.
Aku pula seakan akan kemurungan. Tak nak bercakap dengan sesiapa, mendiamkan diri dan menjauhkan diri dari semua orang kawan2 mahupun adik beradik.
Kadang kala aku terfikir usia aku dah meningkat tapi kehidupan aku sama sahaja. Mana silapnya pun aku tak tahu. Aku nk dikategorikan sebagai anak derhaka tidak juga.
Ye, dulu memang la aku buat perangai tapi lepas dari sejarah hitam tu aku dah berubah. Aku dah bertaubat.
Aku lebih menghargai keluarga aku. Kalau aku kerja aku tak pernah miss bagi duit belanja. Aku tak buat jahat kat kawan2.
Aku tak ramai kawan, dan aku jarang nak mengumpat atau mengutuk kawan2 (sebab aku tak ramai kawan). Tapi aku terfikir fikir kenapa hidup aku tak berubah? Tiada peningkatan?
Aku tengok kawan2 sekolah aku, ada yang dah berjaya. Punya bisnes sendiri di usia yang muda. Mempunyai kehidupan yang stabil.
Kadang2 aku terfikir, apakah ini balasan Allah untuk aku kerana aku telah mengabaikan satu ‘amanah’ yang aku tinggalkan dahulu iaitu anak pertama aku?
Aku down sangat2. Aku ada seorang kawan yang mempunya nasib seperti aku, tapi yang bagusnya dia, dia jaga anak dia sehingga kini.
Dan aku lihat kehidupan dia bertambah baik. Ada bisness yang kukuh, kehidupan stabil dan bahagia bersama keluarga baru. Walhal kawan aku bukan belajar tinggi. Tapi rezeki sangat2 menyebelahi dia.
Ada juga aku tengok seorang akak ni, sama juga seperti aku. Memiliki anak tak sah taraf. Tapi dia jaga anak dia sehingga besar. Apa yang aku lihat kehidupan dia sangat bahagia. Berkahwin baru, mempunyai suami yang bagus. Kehidupan yang baik. Keluarga yang bahagia.
Eh jap jap. Bukan aku tak mensyukuri kehidupan aku sekarang. Malah jauh sekali aku nk banding2 kan suami aku dengan suami orang.
Suami aku pon sangat baik dan bertanggungjawab. Aku bersyukur sangat2. Cuma kalau boleh aku ingin mempunyai kehidupan yang baik.
Maksud aku disini adalah, aku pon nak sama berjaya macam kawan2 aku juga. Aku nk ada kerjaya atau mampu mencari pendapatan/rezeki sendiri, dapat bantu suami. Itu lah maksud aku. Aku nk upgrade life aku seperti kawan2 aku yang lain.
Kenapa aku rasa aku tak berguna? Disaat umur ku hampir mencecah 30, aku masih tak mampu nak mencapai apa2 kejayaan baik dari segi finance freedom ataupun kebahagiaan jiwa.
Aku kerja seawal usia 21 tahun tapi sehingga kini aku tak dapat rasa kesenangan. Hidup hanya cukup2 makan saja.
Tipu la kalau aku cakap aku takde rasa nak hidup senang seperti orang lain. Pergi mana2 atau buat apa2 tanpa fikir tentang kewangan. Sekarang ni apa aku nak buat, apa aku nak beli aku kena buat kira-kira dulu. Simpanan aku pon tak se gah sangat.
Hanya untuk cukup2 makan dan cukup2 untuk keperluan emergency sahaja. Sedangkan aku ni bukan level pemalas. Aku pernah buat 2 kerja dalam satu masa, aku pernah buat side income. Tapi aku tak nampak hasil tu.
Banyak impian dan angan2 aku yang masih belum terlaksana. Sebagai contoh, aku nak sangat2 balas budi family aku, ibu aku.
Aku nak bawa ibu aku berjalan tanpa aku perlu berkira kira tentang duit, aku nak happykan anak2 aku, belikan suami aku hadiah,
Aku nak adakan simpanan untuk anak pertama aku supaya selepas dia mencapai umur matang dia boleh ambil dan guna duit tu untuk apa2 keperluan seperti sambung belajar ke atau kahwin.
Aku tahu family angkat dia mesti dah sediakan keperluan yang lengkap untuknya, tapi bagi pihak aku biarlah ada sedikit sumbangan dari aku walaupun dari jauh dan tak pernah bersua muka.
Tapi itu semua masih menjadi angan2 kerana aku masih belum sampai di tahap senang lagi.
Kadang2 aku terfikir, adakah ini balasan Allah kepada aku? Disaat Allah turunkan amanah pada aku, aku mengabaikan dan menyerahkan amanah tersebut pada orang lain? Sedangkan anak ini adalah rezeki.
Adakah sebab tu apa2 sahaja yang aku buat seolah olah tidak mendapat keberkatan dari Allah?
Soal amanah, bukan aku tidak mahu menjaga anak pertama aku, tapi memandangkan situasi aku ketika itu aku masih muda, dan aku tak nak anak pertama aku merasa malu dengan status dirinya.
Kebetulan ada yang sudi menjadi ibubapa nya, jadi eloklah anak aku hidup bersama mereka.
Sekurang kurangnya hidup dia terbela dan bahagia. Sehingga kini aku tak lupakan anak pertama aku, nama dia sentiasa ada dalam doa aku.
Walaupun aku tak dapat memberikan dia kasih sayang dan perhatian tapi aku tidak pernah berhenti untuk mendoakan untuk dia.
Cukup la dia tahu, dia ada seorang lagi ibu dan biarlah ianya menjadi rahsia. Aku tak nak emosi dia terganggu bila dia semakin meningkat remaja ni.
Setiap hari aku dibelenggu rasa bersalah, rasa tidak berguna walaupun didepan orang aku mampu senyum dan ketawa.
Setiap hari aku fikir apa yang aku perlu buat untuk aku dapat ubah nasib aku, diri aku. Aku juga seperti wanita,isteri & anak yang lain yang ingin membahagiakan orang sekeliling.
Aku harap masih belum terlambat untuk aku membahagiakan orang2 sekeliling aku. Aku harap dengan luahan aku ini aku dapat kembalikan semangat aku untuk bangkit.
Semoga pembaca2 disini dapat doakan aku untuk menjadi seorang yang lebih baik. Itu sahaja luahan aku. Terima kasih kerana sudi baca luahan aku yang panjang ni. Semoga segala kebaikan kita diterima oleh Allah swt..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semangat ye. Saya faham situasi awak. Hidup ini hanya sementara. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kakak untuk terus Hidup dengan tabah. Apabila rasa stress dan tidak berguna datang. Tiada siapa yg nk kita luahkan dan rasanya sgnt menyakitkan. Saya faham saya faham. Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesabaran untuk hidup di dunia yg sementara ini.