We Don’t Always Get What We Want, We Will Get What We Are

Assalamualaikum w.b.t, thanks admin kalau post saya ni disiarkan.

Sebenarnya post ni dah lama saya tulis kira-kira sebulan lalu, lepas terbaca post bertajuk Merajuk dengan Allah, (https://iiumc.com/merajuk-dengan-allah/).

Lepas tu banyak juga reply kepada post tersebut yang saya baca contohnya “Tidak Ada Rahim”, “PCOS”, berkenaan TTC dan sebagainya.

Saya ingat nak simpan saja post saya yang separuh siap masa tu, tapi hari ni saya sambung tulis dan hantar sebab rasa sangat-sangat nak share pengalaman hidup daripada sisi saya pula.

Saya berumur 33 tahun, sudah mempunyai 3 orang anak, dan sekarang sedang mengandung anak ke-4, Insyaallah bersalin awal tahun depan.

Confession ni panjang yer, kalau sudi bacalah sampai habis.

Dari dulu, saya bukan seorang yang sukakan bayi dan kanak-kanak. Saya memang tak pandai melayan budak, mungkin sebab itulah saya kurang suka budak.

Tapi saya tahu, bila saya berkahwin satu hari nanti, saya akan nak ada anak juga, untuk suami, untuk keturunan, untuk membina keluarga.

Tapi bagi saya mungkin cukuplah 2 orang, supaya anak-anak saya ada kawanlah bila berdua.

Lepas saya kahwin, saya dapat 2 orang anak lelaki, dalam masa 3 tahun. Saya rasa dah cukup, walaupun dua-dua lelaki.

Suami pun okay saja. Masa tu memang saya tak fikir nak tambah lagi, sebab saya rasa cukuplah saya jaga 2 orang saja.

Saya tak nak ramai-ramai, tak nak jaga tu jaga ni jaga tu jaga ni, ughh not for me, hehe.

Jadi saya fokus jaga anak saya 2 orang ni saja, mungkin saya akan mengandung lagi one day, mana tahu nak cuba untuk anak perempuan, tapi lambat lagilah, 2 orang ni pun dah penat.

Untuk pengetahuan semua, saya suri rumah dan bisnes online. Suami Alhamdulillah ada kerja yg bagus. Masa tu bisnes saya kecil-kecil saja, sambil jaga anak sambil buat bisnes.

Satu lagi saya nak share dengan semua, saya seorang penghidap anxiety.

Saya ada anxiety sejak saya kecil lagi, masa remaja dalam umur 15 hingga 23 tahun saya pernah mengalami depression daripada beberapa kejadian dalam hidup saya.

Jadi berbalik kepada masa saya dah ada anak 2, mungkin sebab tu lah saya suka sesuatu secara minimum sahaja, saya suka small circle. I can focus better that way.

I love my kids, I really do love my kids so much in fact that I don’t really like kids, hehe, sometimes bila seseorang ada anxiety, dia akan very caring, very affectionate dengan sesuatu yang mereka punya.

Saya dan suami memang sangat ketat merancang. Bagi pihak saya, saya rasa tak layak atau mungkin tak mampu untuk ada anak ramai.

Kat sini saya nak mention besar-besar, I KNOW MYSELF. But then, u know what? ALLAH KNOWS ME BETTER.

Masa anak saya yang ke-2 berusia setahun 3 bulan, saya disahkan mengandung lagi. Saya memang terkejut, saya tak ready. Tapi saya terima dengan hati terbuka.

Dan lepas tu saya ada mengandung lagi, walaupun merancang, tapi adalah keguguran juga.

Sampailah tahun 2021, anak ke-3 saya perempuan, masuk usia 2 tahun 6 bulan. Saya dah rasa lengkap. Saya tak pernah lekat lagi sejak 2 tahun lebih ni hasil merancang yang ketat.

Saya memang tak nak mengandung lagi, mungkin kalau nak tambah 5 tahun ke atas nanti.

Tahun 2021 ni bisnes saya makin baik. Saya dah dapat platform yg besar, untung boleh kata banyak. Kami dapat bermewah.

Sebelum ni gaji suami cukup tapi taklah mewah. Saya fokus bisnes, saya rancang banyak perkara untuk tahun ni dan tahun depan, berderet perancangan saya.

Suami pun sama, dia ditukarkan ke jabatan yang lebih sibuk, jadi lagi banyaklah kerja dia. Kami sama-sama nak fokus pada kerjaya, sambil besarkan anak-anak yang dah ada ni.

Tak semena-mena, dalam seminggu akhir bulan 8 2021, saya rasa tak sedap badan. Saya rasa macam orang mengandung, saya tahulah sebab dah banyak kali mengandung.

Saya cek pregnancy test. Naik double line. Saya call suami, dia pun terkejut. Kami sama-sama terkejut, saya hampir pitam, ahaha.

Habislah! Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kalau saya mengandung, saya takkan dapat buat apa-apa. Saya ni kalau mengandung, morning sickness teruk. Sangat-sangat teruk.

Jadi saya dah boleh bayang, perancangan bisnes saya takkan dapat buat. Saya settlekan semua hal customers yang pending.

Lepas beberapa hari seperti yang saya jangkakan, saya cuma tidur, baring, sepanjang hari.

Hari-hari badan macam demam, badan seram sejuk, sakit kepala, mual, muntah. Ya Allah, sebab ni juga saya tak nak mengandung lagi. Seksa sangat.

Masa ni masih PKP jadi kerja di office belum beroperasi sepenuhnya, jadi suami banyak kerja dari rumah, anak-anak dia yang uruskan, saya? Lembik, tak dapat buat apa-apa.

Jauh di sudut hati, saya macam merajuk juga, sebab lain yang saya harapkan atau yang saya rancangkan, tapi lain yang jadi.

Sebab apa yang saya nak saya tahu Allah tahu, Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar doa-doa saya, harapan saya, walaupun bukan ini, not this in my list for now, tapi ni yang Allah bagi. Jadi saya harus terima.

Saya selalu borak dengan suami apa yang saya rasa, terutama bab saya tak dapat teruskan bisnes, sebab bila saya mengandung morning sickness saya sampai kandungan dah besar pun masih ada, dan mungkin berterusan sampai bersalin.

Bila saya aktif bisnes setiap bulan kami ada duit lebih yang banyak. Tapi sekarang hanya gaji suami sahaja, dengan simpanan saya hasil bisnes sebelum ni, yang lama-lama menipis juga. Alhamdulillah gaji suami cukup, tapi taklah mewah.

Saya cakaplah saya nak bisnes, banyak saya boleh bantu dia bila saya ada duit banyak. Saya boleh belikan dia macam-macam, belanja anak-anak, tolong dia bagi duit kat mak ayah kami, banyak pahala saya boleh dapat daripada situ.

Tapi suami cakap it’s okay, mungkin ini yang lebih baik untuk saya, jadi ibu berkali-kali. Mungkin ni cara Allah nak bagi pahala kat saya, berbanding dengan cara yang saya fikir saya nak yang belum tentu itu yang terbaik untuk saya.

Jadi saya kena fokus melahirkan dan membesarkan anak-anak sahaja, bab duit tu tugas dia, selama ni kita bukannya sesak sgt pun.

Insyaallah satu hari kalau ada ruang dan peluang lagi, saya boleh sambunglah buat bisnes saya tu.

Baru-baru ni, biras saya Whatsapp, dia ucap tahniah, dia cakap dia tau daripada ibu mertua kami. Dia cakap juga doakan dia, belum ada rezeki.

Dia sebenarnya dah ada seorang anak perempuan, umur 4 tahun, yang ni pun dia TTC selama 6 tahun.

Lepas tu dia nak tambahlah anak ke-2, tapi belum ada. Tu dia cakap kat saya, “Kakak ni, belum ada rezeki” Saya cakaplah kat dia, “Hidup kita ni kak Allah dah tetapkan sejak azali umur, ajal, rezeki.

Allah akan bagi kalau memang kita ada rezeki tu, bila sampai masanya kak, sama macam dulu kakak tunggu lama last-last Allah bagi juga, Allah lebih mengetahui akan sesuatu”

Jadi dalam hidup ni, saya belajar, kita takkan dapat semua yang kita nak. Sometimes life don’t give what you want, but what you are. Macam saya, saya rasa tak layak pun untuk ada anak ramai, atau tak mampu pun.

Saya pun ada condition saya yang tersendiri. Ada anxiety, pernah ada depression. Saya rasa saya lebih mampu buat benda lain berbanding ini, tapi Allah lebih kenal kita, apa yang kita mampu. Allah cuma bagi yang TERBAIK untuk hamba-hambaNya.

Ada orang ada sesuatu, dia takkan ada yang ini.

Ada orang ada yang ini, dia takkan ada yang itu.

Kehidupan ni penuh dengan misteri. Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. Tapi apapun yang kita dapat, kita kena adapt.

Kita cari gali pengertian kepada kisah-kisah kita daripada pelbagai sudut yang berbeza, positif atau negatif. Kita akan lebih faham dan bahagia menjalani apapun kisah kita.

Bagi saya sendiri, ada anak bukan senang. Lagi-lagi kalau ramai. Saya pernah terbaca satu kata-kata, “Seorang ibu semasa mudanya memendam resah, semasa tuanya memendam rasa”.

Kisah kita berbeza sisters, tapi tujuan kita sama, untuk mendapat redha Allah. Hidup kita bukannya lama pun, jadi apapun dan di manapun situasi kita, kita buat yang terbaik.

Sekian, terima kasih sudi baca.

– Sunrise (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *