Mana Lagi Penting, Anak Bini atau Hal-Hal Lain?

Assalamualaikum. Aku seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Bekerja makan gaji. Aku nak berkongsi perkara yang aku pendam dah lama dari awal perkahwinan. Tak tahu nak cerita kat siapa.

Aku berkahwin dengan suami aku dalam tempoh yang singkat. Kenal tak lama terus kahwin. Konon nak kenal-kenal lepas kahwin. Lepas kahwin pula terus mengandung.

Sepanjang mengandung aku sangat sibuk bekerja. 60 jam seminggu. Jarang ada masa nak curhat dengan suami aku. Kesudahannya tak berapa nak kenal sangat pun lepas kahwin. Sebab jarang berborak panjang.

Dia pula jenis ramai kawan. Sebelum kahwin dulu aku rasa macam ok lah nice ramai kawan. Kira macam orang baik-baik lah sebab ramai orang nak berkawan. Outdoor activity dia pun boleh tahan. Aku pula tak berapa minat outdoor activity.

Tapi lepas kahwin aku rasa menyesal pula berkahwin dengan lelaki yang ramai kawan dan banyak outdoor hobby ni. Dia selalu tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah dari awal perkahwinan sampai sekarang untuk jumpa kawan atau outdoor hobby.

Cuma sejak ada anak saja kurang sikit kekerapan sebab aku tarik muka. Yelah aku pun kerja. Balik kerja penat-penat laki kau asyik balik lambat sebab dok sibuk dengan hobi dia. Lagak macam takde anak.

Kalau aku tak tarik muka dia keluar juga. Pulak tu jenis taknak libatkan anak bini dalam aktiviti dia. Suka buat sorang-sorang macam orang bujang.

Lagi satu, dia jenis tak suka kecewakan saudara mara atau kawan. Contoh paling kerap berlaku, dia sanggup pergi kenduri kawan/saudara sorang-sorang tinggalkan anak bini kt rumah. Bagi dia, kalau orang dah jemput kena pergi.

Dia pun sejenis touching kalau orang yang dia kenal buat kenduri tak jemput dia. Kalau aku pulak, tak kisah langsung orang nak jemput ke tak. Kalau tak boleh pergi, bagitau jelah tak boleh pergi. Masa aku dalam pantang, dia pergi kenduri kawan sorang-sorang.

Lebih sanggup tinggalkan aku dan anak yang masih merah tu kat rumah. Masa tu luka jahitan aku pun belum pulih. Ada bagitau dia kalau boleh takyah lah pergi tapi dia pergi juga.

Sejak pandemik Covid-19 jarang dah kenduri. Baru-baru ni saja baru kenduri rancak semula. Dah 2 kali dia tinggalkan aku dengan anak sorang-sorang kat rumah, lebih sanggup pergi kenduri sorang-sorang.

Mula-mula tu aku tak sihat sangat. Aku bagitau lah better kita takyah pergi. Pastu tahu tak apa jawapan dia? Dia cakap aku boleh duduk rumah jaga anak, dia pergi sorang. Weh aku tengah tak sihat kot. Malas nak argue, dia pergi juga.

Kali kedua, anak pula tak sihat. Aku bagitau dia, takyah lah pergi. Dah lah anak kecil lagi. Again. Dia cakap dia nak pergi sorang. Aku tinggal sorang-sorang jaga anak. Dia keluar tanpa memastikan anak bini kenyang. Masa tu takde makanan kat rumah :)

Ni semua cerita kenduri kawan/ saudara belah dia ye. Kenduri kawan/ saudara aku, aku tak pernah pergi sorang tinggalkan dia dan anak. Kalau salah sorang antara kami tak sihat, semua tak pergi. Aku minta maaf jelah kat tuan rumah. Setel.

Selain tu, dia jenis suka branded item. Dia sanggup beratur panjang kat kedai tu semata-mata nak cari barang yang dia nak. Most of the time dia akan pergi sorang (sebab nak beratur lama kan). Waktu paling kerap dia gunakan untuk menyimpang adalah lepas habis kerja atau weekend.

Yes tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah dengan anak. Pernah dulu dia beratur dekat sejam kat Premium Outlet. Masa tu anak ada sekali. Budak kecik mana boleh tahan beratur lama.

So aku handle anak aku sorang-sorang bawa dia pusing-pusing dalam stroller. Anak aku jenis tantrum. Kesabaran aku agak tinggi masa tu sebab aku masih tersenyum lepas laki aku beli benda yang dia nak.

Baru-baru ni benda yang sama jadi. Dia beratur panjang kat kedai branded item lain pula. Tapi unplanned so tak bawa stroller. Anak aku dah lah berat. Patah bahu dan pinggang aku dok melayan dia sejam setengah sementara tunggu laki aku.

Laki aku boleh sedap-sedap main phone sepanjang beratur kat kedai tu :) Sikit pun dia takde text minta maaf sebab lambat ke apa. Sikit pun dia tak toleh aku tengah struggle berlari mengejar anak keliling mall.

Aku pula ada buasir ringan. Sejak mengandung ada buasir ni. Sekali sekala saja jadi semula. Lately makin kerap jadi sebab anak aku suka minta dukung.

Sepanjang menunggu laki aku tu, banyak kali aku dukung anak aku sampai buasir jadi semula. Aku call laki aku minta dia cepat sikit.

Sebab aku tak tahan dah struggle sangat nak mengulit anak aku dengan tantrum nya lagi, dengan berat nya, dengan buasir aku.

Boleh pula dia cakap takyah lah dukung anak. Habis tu kau nak biar anak berlari keliling mall ke camne main langgar-langgar orang ramai. Aku rasa dia takde common sense langsung sebagai seorang bapa.

Aku bagitau dia apa yang aku rasa lepas menunggu sejam setengah tu. Pastu boleh pula dia counter attack dengan cerita dia boleh saja jaga anak sorang-sorang kat rumah masa aku kerja. Hmm tapi kan aku tak pernah biar dia jaga anak sorang-sorang sebab aku nak have fun.

Dia keluar karaoke dengan kawan aku senyap saja. Malas nak bising sebab nanti jadi gaduh. Sejak kahwin aku lebih banyak online shopping.

Sebab lebih jimat masa daripada beratur panjang-panjang pastu anak mengamuk. Kenapa dia tak boleh adjust sikit lifestyle tu ke arah family man?

Masa anak aku kecil, dia rajin juga melayan anak. Lepas tu kami PJJ selama setahun. Anak ikut aku. Sekarang dah tinggal sekali semula.

Perangai PJJ tu dia terbawa-bawa sampai sekarang. Jarang dah layan anak. Asyik dengan henfon. Anak pun taknak sangat kat dia sebab dia suka marah anak (dan marah maknya juga). Mungkin dia sangat bahagia masa PJJ dulu sebab boleh keluar bila-bila masa dia nak.

Dulu sebelum ada anak dia cakap nak kembar. Aku bersyukur anak kami bukan kembar. Boleh bayangkan tak aku kena handle 2 orang anak serentak for most of the time.

Sebab laki aku lebih suka berlagak bujang. Dia pun sibuk cakap nak tambah anak tapi jauh di sudut hati aku, cukup lah sorang saja anak selagi perangai dia masih macam ni.

Aku share kat sini sebab nak tahu ramai lagi ke lelaki macam ni kat luar sana? Kalau ye, macam mana para isteri semua adapt dengan perangai laki camni.

Aku try adapt, tapi lama-lama makan hati. Sebab bila berterus terang, end up jadi gaduh so lebih baik pendam dan try to adapt. Cuma makan diri jelah :)

Sekian.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *