Kedekutnya Insan Pilihanku Ini

Assalamualaikum. Aku menulis sekadar ingin meluahkan rasa. Nak baca, nak komen silakan. Elok berikan pandangan dan elakkan komen berbaur kecaman, hahaha.

Aku dah berumah tangga 6-7 tahun. Dikurniakan anak sepasang. Yang sulung sudah 2 tahun 8 bulan. Yang adik baru berumur dua bulan.

Keduanya kulahirkan secara czer.

Masalah aku ialah suamiku. Walaupun mmg dia masalah aku. Tapi biaselah aku nak hidup dengan tenang, jadi aku terima sahajalah buruk baiknya. Cumaaa aku rasa aku tak deep in love dengan dià.

Pelikkan dah pun beranak dua, tapi tak semarak cinta gitew. Walaupun sebenarnya dia adalah pilihan aku sendiri. Even dulu² mak aku dah pesan sebelum kahwin. Tak kan lah die.

Aku senaraikan faktor yang buat aku tak de feel deep in love tu. Yang kadang² buat aku sedeh, kesal.

1. Mulanya isu duit nafkah aku. Awal² kahwin ada dia bagi tapi digunakan untuk beli barang dapur. Sudahnya jika tak cukup aku minta lah lagi.

Tapi, lama kelamaan tak bagi lagi duit dia untuk aku. Katanya kalau bagi pun, masih lagi nak minta² duit dia. Haruuuuuu rasanya.

Aku adalah minta cakap baik² dengan dia. Bagilah RM10 setiap hari untuk aku. Buat duit jajan aku lah. Katanya aku kan kerjaaa..

Adoihh pedehhhnyaa hati. Aku cuma ingatkan saja akan duit nafkah aku agar tidaklah berlaku tuntutan diakhirat nanti tapi dia tak tahu ke ekkk.

Dan semestinya aku pun rase nak disayangi dari seorang suami.

Sekarang lagi lah anak yang sulung tu, kuteringin gembirakan si kecil itu setiap kali ku pulang kerja dan ambil dari taska nak belikan die makanan. Tapi tiada duit yang dikirim untuk anak² kepadaku.

Jadi aku pakailah duit ku sendiri. Berat perasaan ni, aku niatkan sedekah untuk anak² tapi sebelah lagi kecewa dengan suamiku. Yang aku harapkan nah ni duit belanje anak² ambillah.

2. Kos pembedahan czer ditanggung aku sendiri. Sesudah merayu dan meminta izin untuk melahirkan di hospital swasta, akhirnya dia bersetuju untuk sumbang RM2000. Total semuanya RM8500.

Aku bukanlah kaya raya yang ada bisnes juta². Kalini aku gadaikan semua barang kemas aku. Ngam RM7000 tambah duit sumbangan dia 2000. Jadi cukuplah bayar kos pembedahan itu.

Tapi aku sedeh pedihhhh setelah sebulan melahirkan, dia beli handphone yang harganya RM2000 something untuk dia. Jadi dia pun tidak lah in love dengan diriku jugà bukan.

Ada duit tapi terimakasih yang loving² pun tidak ada. Cukuplah bouquet bunga pun tak ada. Haaa sedehh. Dia kata belanja makan lagi kenyang. Pada aku makan tu dah mmg dia kena bagi makan kan..

Suamiku ini seorang yang punya hobi, biase lelaki mesti ada duit kalau punya hobi. Pernah dulu dia kata, tak kanlah semua duit dia untkku sahaja. Tapi masalahnya tak ada pun duitnya aku minta². Sakit lagi hati ku.

3. Soal rumah, kami tinggal di rumah sewa, kereta atas namaku, dia tiada kereta, hanya motor sahaja. Tiada hutang. Mmg dia tak suka menambah harta kerana mind set yang bagusnya itu, tidak mahu berhutang.

Dia sudah ada rumah pertama atas namanya, tapi keluarga dia yang duduk dan bayar. Bila aku hendak beli rumah sendiri, permohonan aku tidak lepas kerana hubungan aku dengan suami. Hm bukan aku yang duduk pun.

Katanya masa bujang tak pernah terfikir nak beli rumah bersama isteri.

Oh hoi. Kesiannya jadi isteri dia. Kerana tidak jelas status rumahnya itu, aku fikirkan nanti kahwin bolehlah beli rumah sesama aceeegitew. Yeahhhh sungguh yakinnya aku masa itu.

Last, aku pernah rasa ingin betul berpisah dengannya semasa anak pertama. Rasa tak suka dengannya makin membuak² masa tu. Stress bila permintaan aku selalu diketepikan.

Aku bukan kaki bebel. Bila bincang cakap baik² dengan dia.. Aku selalu terdiam dengan kata² dia.. Stuck..

Pernah dia ajak bincang, kerana perubahan perangai aku. Tapi aku stuck bila dia kata kenapa ko macam ni, ko nak cari lelaki lain ke.

Hati ni tak lah tergamak sangat nak berlaki lain. Laki lain belum tahu perangai lagu mana.

Tapi, sekarang dia menang sebab sudah ada anak, pandai dia layan anak, mandikan, bersihkan berak anak dn bermain bersama anak.

Kali ni aku cuba mengawal perasaan ingin berpisah tu sebab dia bukan kaki pukul, kaki baran. Dan sudah pun ada anak kedua.

Dia bayar pampers, susu, rumah, kereta aku (kereta aku minta dia yang bayar dengan sebab nak bawa anak pergi hospital, nak happy kan aku dan anak² kemana² guna kereta jugà)

Masa tak ada anak, even aku merangkak tidak berduit, aku yang bayar. Dan kereta tu tak lama lagi habis bayar dengan bank. Aku sudah minta, tetap maintain bayar online kepadaku cuma tulis lah duit nafkah isteri.

Jawapannya itulah, nanti dah bagi duit pun.. Minta² duit dia jugà. Apakah dia tak faham duit dapur, duit nafkah dua kategori duit yang tak sama.

Aku, pun ingin bahagia dan dimanjakan sebagai isteri.

Sekian,

– Ivy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *