Assalamualaikum semua. Nama aku Vivi. Berumur lewat 20 an.
Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook. Dia merupakan kawan kepada kawan aku.
Suatu hari dia ada menegur aku di ruangan chat, bermula dari situ hubungan kami semakin rapat.
Namun, sukar untuk kami berjumpa kerana dia jauh di pantai timur dan aku di selatan. Ada la dalam 4, 5 kali dia datang berjumpa aku seorang diri. Aku juga ada berhubung dengan ibunya di whatsapp.
Alhamdulillah semuanya ok. Ibunya melayan aku dengan baik.
Selepas 1 tahun berkenalan, kami pengambil keputusan untuk bertunang.
Pada hari pertunangan, itulah pertama kali aku bertemu dengan keluarganya.
Apa yang mengejutkan, ayah dia seorang yang pendiam dan agak pelik bagi aku.
Dia pendiam, tapi sekali bila dia keluarkan suara, ibarat macam sedang memarahi orang itu.
Sebagai contoh, semasa sesi bergambar bersama keluarga tunang, ayah si dia cepat-cepat mahu turun dari pelamin dengan berkata;
“Sudoh sudoh la gambarnyo, banyak doh gambar kan!” katanya dengan nada yang kuat dan marah. Semua keluarga aku terkejut.
Selesai bergambar, aku mengajak ayah tunang untuk untuk menjamu selera. Namun ini reaksi dia,
“Ye takpe! pakcik makan nanti. Pakcik ambik nanti!” Dengan nada marah sambil berjalan sedikit berpusing-pusing.
Ketika dia sedang makan, aku menghulurkan air untuknya supaya dia tidak perlu susah-susah bangun ambil air. (konon bakal menantu solehah hahahaha)
“Ehhh!! Takpee!! Awak minum, awak minum! Pakcikk boleh aambil sendiri!!” dengan nada marah sekali lagi.
Selesai makan dan berbual, keluarga tunang beransur pulang.
Dengan tiba-tiba ayahnya menjerit di tengah-tengah orang, memberi ucapan terima kasih kepada keluarga aku. Ibarat macam guru besar memberi ucapan di atas pentas. Tiba-tiba je pulak tu!
Boleh saja ayah tunang cakap dan tegur elok-elok ayah dan ibu aku.
Mungkin buat korang yang baca, ianya suatu yang normal.
Tapi tidak bagi keluarga aku, perkara itu diibaratkan sesuatu yang ‘pelik’.
Selesai majlis, tunang meminta maaf atas kelakuan ayahnya. Dia minta maaf sebab tidak memberitahu dari awal.
Ayahnya seorang yang cepat gelabah, dia baik tapi dah style dia macam tu.
Ayah aku mengimpikan besan yang boleh dibawa bercakap dan bergurau senda. Ayah dan ibu seolah-olah memberi hint supaya memikirkan semula tentang pernikahan kami.
Mereka juga risau dan kesian dengan aku apabila berkahwin kelak.
Namun disebabkan sayang kepada tunang, insyaAllah aku menerima keluarnya seadanya.
Bagaimana aku nak pujuk ayah dan ibu aku supaya dapat menerima si tunang?
Patutnya aku memutuskan pertunangan ini?
Aku buntu.
– Vivi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit