Oh My Family

Aku digelar kakak kerana aku anak pertama dan bawah aku, adik. Kami hanya berdua dan sepasang. Umur aku 40an, begitu juga adik.

Aku seorang isteri kepada seorang banduan. Mempunyai 5 orang anak, 3 dari bekas suami dan 2 dari suami banduan. Adik seorang duda 3 anak. Ada seorang ibu yang sudah kematian suami.

Aku bekerja sebagai penjawat awam dengan gaji bersih yang cukup-cukup untuk makan kerana dek potongan akibat loan untuk suami tercinta kononnnnnn…

Urusan mahkamah, lawyer, turun naik mahkamah etc…. Last-last tercampak ke dalam jugak.

Adik aku pulak anak yang spoiled, terlalu dimanjakan ibu hingga tak tahu nak cari nafkah untuk diri sendiri apatah lagi untuk ‘bela’ anak-anak dan isteri.

Tu sebab aku tak teragak-agak untuk jadi saksi bagi bekas isterinya menuntut fasakh. Adik aku bekas penagih yer tuan puan.

Berkali-kali menjadi.

Suamiku pulak duda anak 3 semasa kami berkahwin dulu, aku pun janda anak 3.

Sekarang anak yang sulung tinggal bersama aku selepas melarikan diri dari ayahnya semasa dia tingkatan 2 dan 2 lagi adiknya di bawah jagaan ayah mereka. Anak-anak suami aku semua dah berkeluarga.

Aku sekarang tinggal bersama ibu, anak-anak 3 orang yang mana 2 lagi (bersama suami banduan) masih bersekolah rendah dan adik ku. 6 orang serumah dan aku tunggak utama keluarga… kenapa aku menjadi tunggak utama keluarga?

Kerana aku seorang yang mencari nafkah untuk seisi rumah dan jugak untuk suami banduanku. Aku lelah, aku letih, aku penat… pelbagai pekerjaan aku lakukan untuk tanggung semua…

Yang paling aku ralat, adik ku. Walaupun sekarang dia dah tak jadi, namun tahap kemalasannya di takuk yang paling maksimum.

Malas bekerja, hanya bergantung pada hobi baharu, memancing tetapi duitttt untuk pergi memancing, makan, minum n rokokkkkk mesti minta dari ibu tua ni.

Ibu macam selalu tetap menyepoilkan adik ku sanggup meniaga kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak, bihun dan mee untuk diberikan hasilnya pada bayi tuanya itu tetapi yang keletihannya adalah aku dan ibu.

Kerana kami berdua yang bangun seawal 4 pagi untuk memasak dan membungkus dan seterusnya aku yang jadi driver untuk penghantaran dan aku jugak la marketingnya.

Hasilnya separuh untuk si adik ku yang duduk goyang kaki di rumah sambil bermain hp dan menghisap rokok johnnya…

Dan untuk pengetahuan semua, hisapnya tak habis sebatang yer, hanya separuh, dan habis separuh terus dibuang rokoknya…

Mewahkan adik ku? Aku dah tak nak n tak bagi ibu buat meniaga kerana terlalu letih dan tidak ikhlasnya aku menolong ibu.

Setiap bulan aku beri duit belanja bulanan buat ibu tapi macam biasalah sebahagiannya ibu berikan pada adik ku.

Jadi alternatif, aku tak beri semuanya kepada ibu, aku berikan separuh dan lagi separuh aku simpan di dalam akaun TH ibu.

Yang ralatnya baru sebentar tadi ibu ajak aku ke TH esok untuk keluarkan ‘sedikit’ duit yang aku simpankan untuknya… untuk diberikan kepada bayi tuanya… alasannya untuk memperbaiki motorsikal adik ku yang jatuh ke dalam sungai.

Lupa untuk aku beritahu sebelum ini, 2 keretaku jugak di total lost kan oleh adik ku: kereta pertama, ke empat-empat tayar ke atas di dalam sungai, kereta kedua hampir terjunam ke dalam sungai juga namun terhalang oleh tiang elektrik.

Adik ku tak boleh dikacau langsung kerana ibu tuaku mudah tersinggung dan terasa hati jika dicuit sedikit pun mengenai bayi tuanya itu.

Selalu merajuk denganku kerana aku selalu bermulut lancang. Jahat kan aku? Tetapi aku dah terlalu letih, terlalu lelah, terlalu penat…

Ada cadangan tak supaya adik ku boleh berubah?

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *