Assalamualaikum. Aku menulis sekadar ingin meluahkan apa yang aku rasa.
Aku follower tegar Puan DI, seorang biotechnologist, usahawan yang ada produk sendiri dan banyak buat research berkaitan dengan R&D.
Aku juga peminat penulisan DR CPO, pensyarah dalam bidang kimia. Banyak ilmu dan pengetahuan am yang aku timba daripada dua personaliti ini.
Jutaan terima kasih kepada puan berdua kerana rajin menulis dan menyebarkan ilmu kepada umum.
Apabila aku rajin membaca dan memahami bidang mereka, aku belajar banyak benda termasuklah cara penghasilan sesuatu produk.
Banyak rupanya perkara yang perlu diuji kaji sebelum sesuatu produk dijual di pasaran.
Jadi, bila ada guru-guru yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan sendiri dan menjadi founder, aku jadi musykil.
Kenapa aku focus guru? Maaf, tiada niat nak menghentam sesiapa. Jawapannya ialah kerana guru merupakan seorang yang berpengaruh dalam masyarakat.
Masyarakat pandang tinggi dan mudah dengar cakap guru. Persepsi masyarakat amat mudah, cikgu pakai atau jual, takkan cikgu tak reti beza barang ni okay ke tak? Cikgu mesti tahu.
Cikgukan pandai banyak ilmu. Cikgu kot!. Bila guru-guru tersebut start menjual, ramailah yang terpengaruh membeli tanpa melakukan usul periksa kandungan dan status produk tersebut.
Contoh produk paling mudah untuk diterangkan ialah perfume atau minyak wangi.
Semua orang kenal dan tahu cara pakai perfume tak kira perempuan atau lelaki. Untuk bagi contoh produk mekap mungkin ada yang tak faham.
Untuk menghasilkan perfume tidak mudah sebenarnya. Banyak perkara perlu diambil kira terutamanya bahan kimia yang digunakan dan kuantiti yang sepatutnya digunakan.
Kaedah yang macam mana yang perlu digunakan untuk memastikan bau perfume tahan lama. Itu baru bab penghasilan.
Belum masuk kaedah pembotolan. Bukan tengok botol cantik then label jenama sendiri.
Botol jenis apakah yang sesuai dengan bahan perfume tersebut? Apakah reaksi tindak balas kalau guna botol tersebut? Botol yang boleh tahan panas atau tidak?
Penting untuk menggunakan botol yang sesuai untuk mengelakkan perfume tumpah dan boleh meletup atau terbakar.
Untuk orang Islam, status halal perfume perlu diambil kira juga untuk dibawa solat dan ibadah yang lain.
Perlu pastikan perfume yang digunakan tidak mempunyai unsur alkohol dan bahan terlarang lain.
Baca mengenai proses penghasilan perfume diatas pun dah rasa penat.
So, bila ada guru-guru yang jadi founder produk-produk ini semua, aku jadi musykil bila masa guru-guru ini pergi ke kilang dan lab untuk buat test atau hanya ambil produk OEM dan branding atas jenama sendiri?
Kalau guna produk OEM tanpa lakukan R&D di mana-mana lab berdaftar, tolong jujur beritahu pembeli dan pengguna bahawa produk tersebut tidak melalui proses R&D dan hanya produk OEM.
Begitu juga dengan doktor. Jujurlah dengan masyarakat kalau anda menjalankan business sampingan terutamanya berkaitan dengan produk kecantikan dan kesihatan.
Bagitahu dan didik pengguna mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu produk itu.
Ajar pengguna cara membaca maklumat produk di belakang bungkusan.
Ajar juga cara menggunakan produk tersebut supaya tidak overdose penggunaannya. Gunakan ilmu yang anda ada untuk mendidik masyarakat.
Salurkan info yang tepat kepada masyarakat. Seperti guru, doktor juga dipandang tinggi dan mulia di sisi masyarakat. Apa yang doktor cadangkan, pasti ramai yang mengikutnya.
– IraLia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit