Hi, Assalamualaikum korang and thank you admin andai confession aku disiarkan. Tengok tajuk pun dah boleh faham kan? Aku perkenalkan diri aku, Innara.
Ini confession aku yang ketiga dekat page ni. Aku suka luahkan segala yang terbuku dalam isi hati aku dalam page ni sebab most of the readers sangat positive, baik hati dan tak lokek dengan kata-kata yang baik.
Ok berbalik pada topik asal, aku nak berkongsi mengenai kisah abang kandung aku yang sangat aku sanjungi satu ketika dahulu – Leman.
Orangnya kacak, otak pandai, sangat skillful dan sangat elok budi pekerti.
Dekat rumah aku bab-bab wiring ke repair2 segala benda memang save cost sebab dia yang akan settlekan sendiri,
Ringan tulang dalam bab-bab berkebun or kemas semak samun dekat rumah tu cumanya si Leman ni sangatlah panas baran tapi hanya dengan bekas kekasih dan bekas isteri.
Kalau kakak ipar aku buat salah sikit, siaplah dia makan maki hamun/ carut/ pelempang/ kaki si Leman.
Aku sangat bersimpati dengan bekas kakak ipar aku ni asyik cerai rujuk, cerai rujuk dengan abang aku, tak campur lagi dengan anak berderet yang dibesarkan dalam keadaan kucar-kacir mengadap drama Sinetron parents diaorang.
Bayangkan mental kanak-kanak yang membesar dengan penuh kebencian dari seorang bapa terhadap ibu diorang sendiri. Semuanya berpunca disebabkan oleh DADAH.
Ya, aku sangat BENCI dengan penagih DADAH! DADAH ni perosak segala-galanya.
Aku doakan, aku tak diuji berkahwin dengan tahi DADAH, atau mana-mana perempuan pun dekat liar sana dari diuji berkahwin dengan golongan ni.
Dari kau ada segala benda, pekerjaan yang bagus, harta, anak isteri yang comel dan bijak pandai sampailah episod hidup kau kena tangkap, family kena fork out the money untuk bayar reman kau,
Tak campur lagi dengan polis-polis jijik mintak rasuah untuk lepaskan kau, sampailah family pun dah fed up, biarkan kau masuk penjara then keluar penjara, then masuk balik pun kau tetap macam tu.
Bila jadi macam ni, semua orang akan salahkan family sebab tak support, sedangkan family sendiri pun dah naik berbuih mulut pujuk pergi therapy, pergi rehab, AADK and what not bertahun-tahun lamanya. Semuanya makan maki.
Dia soranglah yang terpaling betul. Tak cukup dengan serabut masalah DADAH, campur lagi dengan serabut Anti-Vaccine dia. Meth & Ganja bagus, patut legalize, vaccine ni pulak agenda Yahudi Dajjal.
Ehhhh serabutnyala aku dengan abang aku sorang ni. Dengan degilnya taknak kerja asyik mintak duit pada kami adik beradik, abang-abang aku yang lain dengan kakak aku semua buat keras, kering,
Aku pun sebenarnya memang kering hati, aku block number si Leman ni dari phone Mak aku supaya tak ganggu atau cuba untuk menempel, tapi Mak tetaplah seorang Mak.
Kasih sayang tu takkan pernah terpadam waima beratus kali hati ni hancur bersepai, walau anak tu setan macam mana pun, Mak tetap akan sayang.
Merayu-rayu Mak aku suruh masukkan duit untuk si Leman.
Sedangkan duit pencen arwah bapak aku RM1800 dia makan sorang within few days ya tanpa sekelumit pun rasa ihsan atau belas kasihan atau rasa tanggungjawab untuk bagi nafkah buat anak-anak berderet yang dia pandai buat dulu.
Mujur ada abang aku yang lain support anak-anak buah aku without fail since for the past 4 years. Allahummabarik lahu. Tapi sampai bila nak harapkan duit orang je?
Leman ni punya busuk hati rampas TV budak-budak tu sampai takda apa hiburan pun untuk diaorang sebab sakit hati bila kakak ipar aku dah tak nak dia.
Aku betul-betul doakan supaya anak-anak buah aku ni terjaga, terpelihara dari segala keburukan dan berjaya dalam pelajaran walaupun dah jauh tercicir dalam pelajaran sebab MCO & takda father figure.
Setiap kali aku pegi melawat budak-budak tu memang aku tak nafikan, diorang selalu memberontak dan cepat lingkupkan barang-barang atau gadget yang aku belikan.
Semoga kakak ipar aku terus tabah untuk besarkan budak-budak tu, tak banyak yang kami boleh bantu, sebab hidup kami sendiri pun ada pasang surut.
Leman pulak kadang-kadang aku doakan dia diberi petunjuk hidayah, kadang-kadang aku doakan dia cepat mati sebab aku dah naik muak dengan Sinetron bertahun-tahun ni.
Andai kata pemimpin-pemimpin kita tak makan rasuah, lindung Drug Cartel, nescaya Malaysia ni aman dari masalah dadah, broken family, or whatever kind of social problems.
Kalau boleh tembak mati tokan DADAH dan segala pusher memang dah lama aku buat.
Tapi inikan Malaysia, Malaysia masih aman, yang kena tangkap mostly ikan bilis je, or keldai dadah. Jerung-jerung besar still selamat.
Buat wanita-wanita diluar sana yang sedang bercinta dengan penagih DADAH, satu pesan aku, LARI JAUH JAUH!
Benamkan cinta korang pada si penagih DADAH ni dalam lubang jamban yang terpaling dalam sebab few years down the road, baru korang akan nampak tembelang sebenar, time tu kau akan berbelah bahagi sebab dah ada anak-anak.
Bukan nukleus kecil family kau sahaja yang terkesan, tapi semua orang sekeliling kau akan affected!
Belum campur lagi datang angin gila dia datang buat kacau dekat tempat kerja sebab nak duit beli dadah.
Remaja-remaja dekat luar sana, jangan pernah sekali pun kau cuba-cuba nak try or teringin nak rasa cool sebab kau akan menyusahkan hidup orang sekeliling kau dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Jangan cuba bagi aku ceramah agama untuk kami sabar & Tahajjud or what not sebab kami sekeluarga memang dah lama buat.
Kalau ada success story korang berjaya keluarkan ahli keluarga korang dari DADAH ni tolong kongsikan disini.
Oh, btw abang aku ni dah 42 dan dia dah menagih since umur 15 tahun. Masihkah ada harapan?
Aku yang dah fed up,
– Innara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit