Untuk part I, (https://iiumc.com/cik-control-ayu/).
Saya sambung kisah Cik Control Ayu. Tapi kali ni saya kongsi kisah2 kelakar kawan2 saya pula. Saya sekarang mudah stress membaca kisah konflik keluarga. Saya tak mahu baca kisah sedih.
Saya ada ramai kawan dan kenalan yang mengidap anxiety, depression dan pelbagai masalah psikologi.
Kisah2 sedih dan masalah gitu hanya menambahkan beban di jiwa saya. Apatah lagi kepada mereka yang mengidap depression mahupun anxiety. Jadi saya berazam untuk menulis kisah happy dan kelakar.
Hidup di zaman sekarang tidak mudah tuan puan. Ramai yang sakit. Bukan sakit fizikal tapi sakit yang tak terzahir, burn out mungkin. Saya berusaha menggembirakan diri dengan mengingat kembali memory manis ketika belajar dan bekerja dulu.
Seperti yang anda baca bahagian pertama. Ye saya jenis mudah terkejut, menggelabah, clumsy, tebolah dan apa2 je anda gelarkan.
Cuma perangai saya bila buat salah atau perkara bodoh atau lucu, saya cover malu dengan muka serius dan control ayu.
Ada sorang kawan cerita peristiwa memalukan dia. Masa tu dia hadir majlis kenduri kawin. Makan berhidang ramai2 atas lantai. Dia angkat punggung sebab nak ambik lauk.
Ntah macamane tiba2 terkeluar bunyi protttttt. Terus duduk balik dengan muka merah padam. Tak jadi nak ambik lauk.
Jika orang tua yang terkentut, saya rasa biasa saje. Tapi bayangkan jika gadis muda yang terkentut depan ramai. Nak2 plak yang jenis nampak sopan. Apa agaknya reaksi orang? Bagaimana pula jika anda orang tersebut?
Cerita kawan saya ni kot mempengaruhi saya sampai saya haramkan diri saya bangun angkat punggung dari kerusi untuk ambik lauk jika berada di khalayak ramai. Saya hanya ambik lauk di hadapan saya saje.
Jika ada kawan sebelah, saya akan berbisik suruh kawan saya ambikkan. Biasa kawan rapat tak tanya. Mungkin dah faham saya berperwatakan sopan dalam majlis. Nampak sopan je depan orang, hihi.
Bila ada yang tanya nape tak leh ambik. Saya bagi alasan agak logik ‘tak manis anak dara bangun ambik lauk dalam majlis. Kalau bini orang tak pe’. Saya main cakap je. Dah dorang caya. Sape suruh?
Di waktu yang lain, saya sedang berborak dengan seorang rakan sekerja. Tiba2 datang Mr. Lau pegawai daripada unit lain masuk join borak sama.
Kawan saya cakap Mr. Lau ni macam minat saya. Kawan2 cakap dia selalu cari saya kalau nak keluar pun asyik suruh ajak saya sekali join.
Tengah seronok berborak, tiba rakan perempuan tadi kentut dengan kuatnya. Dia ni memang suka kentut bersepah depan2 orang. Saya menjerit sebut nama dia dengan kuat. Dia ketawa terbahak2.
Saya tunduk muka menahan malu. Mr. Lau hanya senyum. Lepas Mr Lau keluar terus saya marah kawan saya kerana memalukan saya. Pelik pulak nape aku yang kena malu? Bukan aku yang lepas gas tu.
Saya ni dari zaman sekolah kawan2 saya jenis sopan, nerd, budak baik. Bila bekerja, jumpa kawan2 jenis gila2, kentut bersepah depan2 orang jadi boleh faham tak bagaimana berhadapan situasi macam ni. Memang awkward juga la. Ambik masa nak biasakan diri.
Salah seorang kawan saya ni sangat cantik orangnya. Habis belajar terus kawin. Lepas bersalin, doktor laki muda dan hensem merawat dia.
Ikut prosedur biasa sebelum ibu dan anak dibenarkan discharge.
Doktor tanya, dah buang air kecil, air besar, buang angin. Tengah bercakap tiba2 kawan saya terkentut dengan kuatnya. Doktor muda tu senyum. Kawan saya tersipu2 menahan malu.
Daripada komen2 confession lepas, ada beberapa pembaca komen kata biasanya orang clumsy gini ramai kawan. Ye betul. Walaupun saya unit lain tapi saya boleh berkawan baik dengan orang unit lain. Mudah dapat kawan.
Salah seorang ni Kak Ida, kerani kewangan. Kak Ida ni cerita kisah lucu dia ketika baru kawin. Masa ni majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Lepas acara bersanding, masih ramai tetamu jadi pengantin kena layan tamu2.
Tiba2 kak Ida ni tarik tangan husband dia masuk bilik, tutup pintu dan melepaskan angin dengan bunyi yang kuat. Lega sebab dari tadi dok menahan, terkemut2. Pastu kak Ida pun cakap kuat2 bagi orang lain dengar ‘eh abang ni nape kentut kuat2?
Suami kak Ida terbeliak macam terkejut, blurrr tetiba dituduh. Dah terang2 kak Ida yang kentut tapi dia yang dituduh sebab nak cover malu. Mujur suami kak Ida ni sporting. Redha je dituduh demi nak cover malu isteri.
Ni plak kisah jodoh tak jadi saya. Walaupun tak jadi kami masih baik. Dia ni bekas flight attendant. Dia rajin bercerita dan selalu cerita kisah dia ketika berkhidmat sebagai steward.
Sebelum kenal dia, saya terfikir juga bagaimana dorang ni hadap karenah passenger? Ye la, tak semua orang ni baik. Kalau jumpa spesis ‘Karen’ dalam flight, naya….
Dia ni nice looking tapi kalau tak senyum, serius giler, macam gengster pun ye. Saya awal2 tak berani nak tegur. Takut. Tapi bila kenal, baru tahu kelakar gaban.
Ada banyak cerita kelakar dia kongsi. Tapi saya kongsi satu je yang berkaitan dengan kisah kentut.
Katanya, kalau jumpa passenger jenis cerewet dan mabuk, dia akan buat jahat. Kentut atas muka. Bagaimana dia buat?
Time lalu kat passenger tu atau time nak serve kan kadang membelakangkan passenger yang lain. Jadi masa ni la dia ambik kesempatan lepaskan gas beracun.
Kemudian beralih jauh sikit bagi angin tu dah merebak, mula buat muka berkerut2, terpinga2 sambil tangan mengipas kanan kiri seolah2 menepis bau busuk. Berlakon seolah2 dia tak tahu ape2. Orang lain yang lepaskan gas tadi.
Mohon maaf jika ada yang tidak suka baca kisah saya kongsi. Abaikan saje. Saya cuma memeriahkan suasana, mengalih mood sedih pembaca. Saya mahu kalian happy dan ketawa. Mungkin kalian juga penah alami peristiwa bodoh dalam hidup.
Berkongsi cerita seperti ini, mengingatkan kita bahawa kita tak sempurna. Tetap ada kekurangan. Semoga terhibur. Jangan sedih2. Jaga diri tau.
– Cik Control Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit