Aku nak meluahkan tentang sisi buruk di universiti swasta yang mungkin ramai orang tidak tahu.
Kalau tengok dari segi marketing, memang nampak hebat dan canggih universiti-universiti tersebut. Bila dah berdaftar baru nampak sisi buruk dan negatif.
1. Pensyarah Tetap. Managament lebih suka ambil student yang graduate dari Universiti itu sendiri untuk mengajar.
Selepas pelajar tersebut tamat Master atau PHD, mereka terus diserap jadi Pensyarah. Pengalaman di lapangan, harapkan internship semata-mata. Pengalaman mengajar lagilah kelaut dan zero experience.
2. Pensyarah Sambilan. Ada sesetengah fakulti mengambil pensyarah sambilan dari kalangan pelajar PHD atau Master yang sedang melanjutkan pelajaran di situ untuk mengajar pelajar undergrad. Pengalaman mengajar langsung tiada.
3. Suasana Pembelajaran dan Pengajaran yang hambar. Apabila management appoint this kind of lecturer, memang nampak ketara kekok mengajar atau boleh dikatakan syok sendiri.
Hanya baca slide powerpoint dan point penting dari buku. Tidak mampu mengajar sambil memberi input relate dengan situasi semasa atau kerja industri di luar. Banyak bergantung kepada slide powerpoint dan buku rujukan semata-mata.
4. Assignment. Assignment yang diberikan seperti di sekolah. Kalau pelajar Matrikulasi mungkin boleh relate situasi ini seperti belajar dengan tutor.
Pensyarah bagi homework soalan pengiraan atau essay, pelajar jawab di hostel kemudian datang kelas, semak jawapan.
Soalan-soalan yang diberikan boleh di google untuk dapatkan jawapan tanpa perlu ke library untuk mencari maklumat lebih mendalam.
Berbanding dengan universiti awam di mana pelajar-pelajar didedahkan dengan assignment di luar seperti membina social skills dengan menemu ramah orang awam dan sebagainya.
5. Internship. Banyak companies yang interested untuk hire students dari universiti swasta ini. Mudah berurusan katanya.
Macam mana tak mudah kalau pensyarah hanya email evaluation form kepada manager untuk diisi dan pensyarah tidak datang visit pelajar di company tersebut. Buku log pelajar pula hanya perlu disemak oleh manager dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.
Berbanding pelajar dari universiti awam dimana pensyarah turun visit dan berbincang dengan manager mengenai prestasi pelajar tersebut.
Kadang kala pelajar tersebut diminta untuk present di depan mereka mengenai pengalaman dan ilmu dipelajari ketika internship di situ.
6. Etika. Bila ditanya kepada pelajar tersebut, ada tak belajar subjek etika dan peradaban?
Jawapannya tidak. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka berpakaian seperti artis ke kelas dan tidak beretika ketika memasuki alam pekerjaan.
Peraturan-peraturan berkaitan etika amatlah longgar di universiti-universiti swasta tersebut. Itu belum tengok social life pelajar-pelajar tersebut. Sehinggakan ada yang berpendapat, Bukan Uni swasta lah kalau strict. Nak chill, have fun masuk private.
7. Management. Banyak masalah management yang tidak berkesudahan. Pelajar universiti swasta mana yang tidak pernah bergaduh atau ada issue dengan pihak management terutamanya bahagian finance.
Minta duit dari student tidak sabar-sabar. Asyik warning nak barred student sit for exam. Bila students check dengan pihak finance, rupanya bayaran dari awal semester tak clear lagi dari sistem.
Dalam portal pelajar, section finance tidak berfungsi dengan baik dan kadang kala dihide dari tontonan pelajar.
8. Fasiliti. Bergaduh lagi students dengan management. Bayar yuran mahal tetapi fasiliti amatlah menyedihkan. Bayar yuran pengangkutan tetapi disuruhnya pelajar naik pengangkutan awam ke kelas.
Itu baru satu contoh. Banyak lagi issue fasiliti dan kemudahan pelajar yang dipandang enteng oleh pihak management.
Tidak berbaloi menghabiskan wang yang banyak untuk belajar di universiti swasta jikalau perkara-perkara negatif ini tidak diambil tindakan tegas.
Selain itu, mohon masyarakat tidak memiliki stigma negatif terhadap pelajar-pelajar universiti swasta ini.
Tolong jangan pukul rata bahawa pelajar universiti-universiti swasta ini pelajar-pelajar yang corot di sekolah mahupun tidak mendapat tempat di universiti awam.
Ada pelajar yang memilih untuk belajar di universiti swasta kerana faktor jarak yang dekat dengan rumah, masalah kesihatan dan sebagainya.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca luahan ini.
– Aini Syikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit