Aku Anuar (bukan nama sebenar) adalah mangsa buli di MRSM. Tidak pernah ku cerita pada sesiapa kisah ini walaupun pada mak ayah sendiri, ye lah, sebab zaman dulu mana ada smartphone nak viral-viral ni.
Lagi pun aku tak nak mak ayah aku bimbang di kampung. Aku di masukkan ke MRSM untuk belajar dan ubah nasib, bukannya nak cari gaduh dan tunjuk hero.
Kalau tak fikirkan mak ayah, memang aku lawan balik senior aku tu. Tapi memikirkan aku ni anak b40, aku senyapkan sampai sekarang.
Walaupun kisah ni dah berlalu lebih 20 tahun lalu, namun kesannya pada mental dan otak masih kekal segar dalam ingatan. Susahnya aku nak move on.
Korang yang tak pernah kena buli boleh lah cakap “ala move on la, maafkan je la, benda dah lepas kan” tapi betapa pedih dan sakit hati ini hanya Tuhan saja yang tau.
Kesannya pada otak ye!! kecacatan otak ye. Dari luaran memang nampak aku normal, kacak bergaya, tapi dari segi mental memang aku psyico.
Pernah seketika aku di buli ambil air di dewan makan. Mulanya senior aku Rizal panggil suruh ambil air. Rizal ni muka je kacak, namun hati busuk dan kuat membuli.
Malanglah buat wanita-wanita di luar sana yang bersuamikan dia. Ok sambung, dah sampai kat meja dia, kawan dia si Danial pula minta .
Eh banyak cantikkk… Yang lain pun menyahut “aku pun nak.. aku pun nak”. Kawannya siap pesan lagi “ko jangan buat muka Anwar Karim, ko nak kena pukul ke?” Aku pun blah macam tu je. Aku abaikan pesanan senior lain
“Satu demi satu aku nak kena layan, ko ingat aku hamba abdi ko ke??!!” bentak hatiku. Elok nya malam tu aku kena panggil. Kena roll call. Senior yang tak dapat air tu terajang aku dalam gelap malam yang pekat.
Terajang beramai-ramai ye. Bukan ajak fight one by one. Kalau one by one , sah-sah ada pecah muka dan patah rusuk nanti. Aku bekas tali pinggang kuning teakwondo kot
Memang mereka pukul aku tak sampai lebam, tak sampai cacat. Tapi kesan kat mental aku sangatlah dalam.
Kau bayangkan, di suruh ambil air dalam dewan makan yang ada beratus mata menyaksikan kau di layan macam hamba abdi.
Ini suatu suasana yang memalukan. Lagi-lagi awek yang ko minat ada dalam dewan makan tu. Mana ko nak letak muka?
Malam tu pulak di pukul depan kawan-kawan . Aku di buat macam bola. Kejap berguling ke sana, kejap di terajang dan berguling ke sini.
Senior lain siap gelak lihat aku di terajang tanpa melawan. Lucu agaknya melihat orang kena pukul
Dan selepas kejadiaan di pukul beramai-ramai. Aku jadi lemah dan terpaksa akur dengan kehendak senior bila di suruh buat macam-macam. Kadang-kadang aku di paksa basuh baju, ada masa aku di suruh cari maggie.
Kalau aku melawan, lagi teruk aku akan kena masa outing di bandar hujung minggu nanti. Kononnya senior tu abang kawasan. Kalau aku melawan, geng-geng dia budak luar akan stanby tibai aku kat luar lebih teruk dari ini
Akibat Kejadian ini, aku haramkan sekolah asrama ni buat anak aku sebab phobianya aku dengan kejadian ini. Aku jadi seorang merendah diri, aku hilang keyakinan, aku takut nak bekerja dalam institusi yang ada senior.
Aku rasa aku loser sangat. Masa depan aku gelap. Aku cuba menonton video-video budak slomo 46 untuk hiburkan hati ni
Hati ni hanya tenang kalau aku dapat jumpa pembuli aku tu one to one dan terajang kat muka dia depan kawan-kawan dia.. aku nak dia rasa macam aku rasa dulu. Inilah yang tersemat dalam perasaan aku ketika ini
Memang sebelum SPM dulu pembuli ada meminta maaf secara umum kepada junior, namun tak cukup bagi aku. Itu hanya ucapan umum.
Tiada kesan bagiku. Aku nak dia minta maaf secara one to one dengan aku.
Aku nak dia sebut nama aku dan lafazkan perbuatan “meraging” yang telah dia buat dan mengaku kesalahan dia.
Kalau dapat, aku nak sepak muka dia sedas dua baru kira fair and square lah,baru puas hatiku. Baru aku dapat move on.
Aku harap jika ada pembaca yang pernah jadi pembuli tampil dan mengaku kesilapan secara perseorangan. Jumpa depan-depan. Itulah langkah paling gentleman.
Aku tak nak banyak, Aku cuma nak lihat kau menitis air mata mengakui kesilapan lampau. Itu pun cukup dah bagi aku.
Mangsa Buli,
– Anuar Karim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit