Patah Tumbuh Hilang Berganti

Assalamualaikum wbt semua. Terlebih dulu saya nak minta maaf andai apa yang saya ingin ceritakan ini tak menyenangkan sangat.

Kerana hari2 yang berlalu bagi saya sekarang adalah hari2 yang sangat banyak dengan tarik tali dalam diri sendiri. Dan semestinya banyak persoalan.

Saya seorang anak angkat. Sejak kecil, ikut kata umi kandung saya, lepas pantang, mama datang ambil bawa balik rumah.

Bermulalah saya dibesarkan oleh keluarga angkat saya. Disusukan juga oleh adik abah saya, supaya boleh jadi mahram. Senang nak hidup sebumbung.

Life is perfect. We are happy together. Until one time, i was told that i was adopted. That i have my biological parents and siblings. I was 10 at that time.

I never really understood it and to understand it all is such a burden. I kept questioning god, why? What is it that you havr written for me?

Can i really bare this.

Mungkin orang akan rasa. Eh biasalah jadi anak angkat. Untung apa. Ada ramai mak ayah. Banyak kasih sayang. Senang lenang. Mewah, kaya, anak manja, anak tunggal. Wah macam drama dan sebagainya.

Tapi bagi saya yang melaluinya. Ia adalah satu ujian sebenarnya. Dan sampai sekarang saya tak tahu apa hikmahNya. Mungkin saya masih kurang syukur, akan saya perbaiki.

Ok. Back to the story. Did i mention that my adopted parents never had kids, so they took me in. But my dad, actually wants a son. I knew that and that kept me low.

How he treated me when i was a kid too, i would say verbal abuse, calling me names, comparing me to others, telling me i am not wanted by my biological family, not worth it, can’t do this, can’t do that and more.

I kept telling myself to just forgive and forget this. Besides, it’s all in the past. There is no perfect parents, they tried their best right to raise me up.

Whenever an issue rise up. I always told them, why did you adopted me then? If i am such a burden to you, are you really fit to be my guardian? Always busy with work. While i was left alone at home, no one to play with, such lonely days, and it’s mine.

Welcome to my life. I got into musics and dance. Just for distractions, when the real problems were kept at eases inside. I didn’t know i have a depression back then. Sad all the time

Seterusnya, saya membesar. Makin matang. Makin menerima. Makin waras. Makin bersyukur juga mungkin. Makin cuba untuk redha dengan takdir. Waktu ni bila saya dapat merantau ke negeri orang untuk jejak menara gading.

Umi dan abah kandung saya ambil kesempatan dan peluang untuk hubung balik silaturrahim dengan saya. Katanya air dicincamg takkan putus. Bermulalah episod ziarah menziarahi antara adik-beradik juga.

Ramai rupanya anak saudara saya, ada yang sebaya pula. Lawak betul, dan agak kekok, saya yang selalu keseorangan, sekarang dikelilingi mak ayah, adik-beradik, anak saudara dan seterusnya.

Kadang minda ni tak dapat nak proses dengan baik bila terlalu banyak yang berlaku. Hari keluarga pertama saya hadiri sorang. Keluarga angkat saya benarkan. Saya nampak perbezaan fahaman serta gaya hidup saya dengan mereka.

Biasalah, dibesarkan suasana lain. Mereka lebih kuat amalkan agama, saya lebih moden mungkin. Dan di situ juga, saya ditekan dengan rasa dilema oleh mak ayah kandung dan mak ayah angkat serentak.

I can’t choose you guys. I can’t spare all the love for you guys. I am not capable. I am worn out already. I was pressured. With my adopted parents being defensive and sort of jealous. Plus my biological parents also being defensive and jealous too. Like a shrimp in a whale fight.

I was so small and non existant. My feelings were not addressed. I feel like i am just a ‘thing’ for them to pass around, to discuss custody, to question of any defect in production and more.

Bertahun selepas itu, tekanan itu makin surut. Saya semakin bijak mengurus keadaan dan emosi. Nampaknya, semua di atas bahu saya, macam mana saya bertindak balas atas apa yang berlaku. Saya syukur.

Namun, di sinilah bermula detik gelap hidup saya kembali. Allah nak uji lagi dengan jodoh pertemuan dan perpisahan. Sungguh, hidup ini sungguh singkat

Ibu angkat saya pergi menghadapap ilahi. Tinggallah daku dan ayah sungguh sendirian dan kesunyian rasanya. Saya masih ingat permintaan ayah saya yang uzur itu nak cucu. Seperti saya masih ingat kata2 ibu saya, tak sempat nak tengok saya kahwin dan ada anak.

Saya ikutkan, memang dalam fasa mencari juga waktu itu. Maka terjalinlah ikatan antara saya dan suami, berwalikan ayah kandung saya sendiri. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan walau penuh pancarobanya.

Namun, untuk melayari bahtera di laut yang sama diriku mengayuh sampan, tidaklah mudah. Memori demi memori, tangisan demi tangisan.

Masih teringat daku pada ibu angkatku, yang sangat rapat denganku, kawan baik, tempat luahan, nasihat dan mengadu. Ayah angkat ku juga macam dah hilang pertimbangan, dan hala tuju hidup.

I feel so guilty to be happy, when dad was sad, mom was gone. I remember my husband always kept asking me, am i not happy to be married to him. I was so not focus on my marriage, but rather, on losing mom and accompanying dad.

By then, i was pregnant. And guess what? My biological dad passed away. The loss i feel was double. Because both the mom and dad that Allah took away from me, were the closes to me.

I was devastated. I was numb. I dont know what to feel anymore. By then, alhamdulillah, i gave birth to my son.

Got postpartum depression, i became angry towards my dad, my son, my husband and mostly towards myself. I hate everything, and everyone. Life in general is truly a disaster for me. I loss hope.

Setahun berlalu. Saya makin stabil. Anak makin besar. Saya makin gembira. Suami makin sayang. Atok pun dah boleh main dengan cucu.

Rasa syukur sangat. Namun, segalanya berulang kembali. Apabila Allah jemput abah saya pula kembali ke rahmatullah.

Saya jadi trauma kembali. Segala bayangan ketakutan. Semua yang saya sayang, akan pergi tinggal saya. Memikirkan sakaratul maut yang mereka hadapi. Macam mana di alam sana.

Hidup memang bagai roda. Nikmat dan musibah. Syukur dan sabar. Saya dah pasrah kadang untuk hidup.

Dah jadi yatim piatu. Walau mereka bukan darah daging, bukan mak ayah kandung, tapi mereka mak ayah angkat yang baik, yang bertanggungjawab, yang sayang saya macam anak sendiri.

Saya rasa ditinggalkan oleh mereka. Rasa menyesal kerana tak buat yang terbaik, dan sepatutnya lebih baik layanan saya terhadap mereka, untuk balas jasa mereka.

Yang mampu dikirimkan sekarang, hanya doa. Moga Allah redha terhadap mereka. Moga Allah ampuni mereka dan kasihi mereka seperti mana mereka kasihi saya waktu kecil dulu.

And there goes my story. Allah take away my mom, and gave me a husband. Allah take my biological dad and gave me a son. And again, Allah took my adopted dad. May Allah replace with something better too.

Sometimes, i just wonder, of life and death, so fragile. Of hope and fear, so brittle. Reallly. What more has Allah written for me? I guess it is for the best.

Cuma takkan tahu hikmahNya kan? Mungkin sampai mati. Baru tahu. Entahla. Semua orang sekeliling saya suruh kuat. Moga Allah beri kekuatan itu. Takut sungguh, jika diuji lagi dan lagi. Kehilangan insan tersayang sungguh berat.

Rasa kesesalan lagi. Trauma dengan bayangan memori lagi. Tahun2 kesedihanku. Bagai jatuh ditimpa tangga. Sekarang hidupku macam melukut ditepi gantang. Banyak termenung. Banyak menangis

What is my purpose in this life again? I hope i can find that back. Help me. I might be strong and fine outside, but i am really weak and dying inside…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *