Cikgu Yang Suka Bergurau Hal “Sensitive Part”

Assalammualaikum pembaca setia IIUM Confession. Aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman cikgu gatal. Ini disebabkan kes yang kecoh sekarang dan masih belum selesai.

Sejujurnya aku setuju tindakan si ayah yang gigih membela nasib anak gadisnya.

Nak disuarakan dalam laman sesawang persendirian, aku malas nak hadap kecaman. Sebab ramai cikgu dalam friend list aku tu. Jadi aku pilih medium web blog ini untuk luahan hati aku.

Ramai sangat yang mengecam ayah si B (untuk elak aku sebut nama terang-terangan) dek kerana sibuk mempertahankan anaknya.

Sedangkan pakaian si anak sendiri tak semenggah. Topik yang sedang hangat adalah “cikgu gatal”. Bukan bab pakaian. Kenapa netizen suka sangat selidik benda lain. Tak nak langsung fokus bab tu.

Kenapa aku setuju? Sebab aku pernah lalui benda yang sama.

Kisah pertama semasa di sekolah menengah tingkatan dua. Waktu tu sedang berlangsung acara sukan tahunan.

Semua murid sedang berlegar-legar ke sana sini memenuhi ruang tapak sekolah. Tak kalah juga di padang sekolah yang sedang rancak berlumba antara pesaing masing-masing.

Sedang aku berjalan sambil berborak dengan kawan aku. Terhenti seketika bila terjumpa cikgu sukan kami cikgu S (guru lelaki). Sekadar ingin memberi salam sahaja sebagai tanda hormat.

Kebetulan ada beberapa orang akak senior sedang berjalan ke arah kami. Dan salah seorang dari mereka ni berjalan sambil bersilang tangan di depan. (Maaf kalau kurang penghayatan)

Cikgu S tegur, “ha kau kenapa jalan bersilang tangan macam tu? Takut te*** kau jatuh ke?”. Diakhiri dengan gelak tawa beranggapan ianya hanya satu gurauan.

Pelajar lelaki pun ramai yang lalu lalang pada masa tu. Aku yang mendengar ni terasa malu. Sebab aku pun ada benda yang disebut tu. Dan dia bukanlah siapa-siapa nak sebut bab tu pada akak senior tu.

Berlalu kisah yang hampir dilupakan tu, pengalaman sama aku lalui lagi di sekolah menengah teknik. Pada masa tu aku di tingkatan empat.

Masih di situasi yang sama iaitu di acara sukan tahunan. Kami duduk berkumpul beramai-ramai menyaksikan acara sukan lompat palang perempuan. Cikgu-cikgu pun ramai di situ.

Hampir beberapa minit acara berlangsung, cikgu-cikgu lelaki belakang aku sambil gelak ketawa berkata,

“kau tengok tu habis semua bergegar. Berat sangat nak bawak memang la tak lepas nak lompat”. Berdekah gelak dua orang cikgu lelaki tu.

Apa yang lawak sangat dengan part sensitif wanita ni ye? Kenapa mesti dijadikan bahan lawak? Cikgu-cikgu takde anak gadis ke?

Malunya saya dengar pada ketika itu. Jika begini la kejadiannya, salah kah ayah si B bertindak sedemikian?

Sekurang-kurangnya boleh dijadikan pengajaran dan peringatan pada guru-guru lain.

Cikgu kan insan yang dipandang tinggi. Kerana telah mencurahkan bakti kepada pelajar dengan memberi segala ilmu dan tunjuk ajar.

Kenapa perlu direndahkan maruah diri sehingga begitu sekali? Apa pandangan pembaca IIUM Confession pula?

Terima Kasih.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *