Aku, Suami dan Ibu

Assalammuaalaikum semua. First sekali terima kasih kepada admin seandainya confession aku ni dapat disiarkan.

Aku tak pasti sama ada masalah yang aku sedang alami merupakan kebiasaan atau dugaan dalam rumah tangga.

Aku baru mendirikan rumah tangga awal tahun ni.

Sebelum berkahwin aku dan suami dah bersetuju untuk pjj buat sementara waktu memandangkan masing2 mempunyai kerjaya yang kukuh. Jadi sayang rasanya nak tinggalkan kerjaya dengan mendadak.

Suami aku bertugas di selatan tanah air dan aku di ibu kota bersama keluarga aku. Kebetulan suami aku berasal dari ibu kota juga jadi keluarga mertua pun tinggal tak jauh dari tempat tinggal family aku.

Dua bulan pertama semuanya okay. Kami cuba untuk balancekan dua2 belah keluarga.

In case suami aku balik bercuti selama seminggu, kami akan bahagikan masa untuk tidur di rumah family suami aku dan family aku supaya berlaku adil. Tapi masuk bulan ke-3, semuanya macam memenatkan.

Disebabkan kami belum ada rumah sendiri jadi setiap kali suami aku pulang bercuti aku akan tinggal di rumah mertua bersama suami. Plus, kat sana ada bilik kiatorang.

Kalau di rumah family aku, cuma ada bilik yang aku kongsi bersama adik. Jadi sekiranya kami nak stay di rumah family aku adik aku terpaksa tidur di bilik bersama adik adik aku yg lain.

Memandangkan terdapat kekangan untuk aku stay kat rumah family aku, jadi setiap kali suami aku balik aku akan ikut suami untuk stay di rumah mertua. Tapi masalah nya dari ibu aku sendiri.

Ibu aku macam berat nak bagi aku tinggal kat sana sedangkan hari2 lain masa suami aku tiada aku di rumah saja bersama family. Sekali sekala aku balik juga jenguk mertua.

Aku jadi confuse sebab tak tahu apa yang ibu aku nak. Dia cuma nak aku dan suami asyik luangkan masa di rumah dia sahaja sedangkan dia juga perlu faham yang suami juga punya keluarga & parent dia sendiri.

Dan kalau aku stay di rumah mertua ibu akan sentiasa call, kadang bukan nak cakap apapun just macam nak cari alasan untuk aku pulang ke rumah.

Bukan aku nak menderhaka, tapi ada satu tahap aku jadi malu dengan suami sebab aku macam lebihkan family aku sendiri berbanding family dia.

Beberapa bulan pertama suami aku turutkan sahaja tapi dah masuk bulan ke-5 aku nampak suami aku macam dah tak boleh nak tahan dengan semua ni.

Dia dah mula bersuara untuk aku nasihatkan ibu aku yang kami juga perlukan masa untuk berdua. Tapi aku sebagai anak, tak tahu nak mulakan macam mana.

Aku buntu dan jadi berbelah bahagi. Aku juga stress dengan ibu aku kadang2. Dia macam tak boleh nak faham situasi aku yang kini dah jadi isteri org. Apapun aku kena ikut suami aku selagi tak berlanggar dgn aturan agama.

Untuk pengetahuan kalian, ibu dan ayah aku masih muda. Masih kuat dan ada adik beradik aku yang lain di rumah.

Tapi tulah, ibarat kalau aku tiada kat rumah semuanya jadi huru hara walhal tiada apapun. Yang lalui pjj ja tahu dan faham macam mana berharganya masa untuk berdua sekiranya ada peluang.

Macam tu jugalah aku dan suami tapi masa kami kebanyakan habis untuk adilkan kedua dua buah keluarga kami. Mujurlah mertua aku okay dan tak pernah meminta yang bukan2 seolah olah memahami keadaan kami.

Aku minta maaf kalau penulisan aku berterabur sebab aku tak berapa pandai untuk mengarang. Ni pun ambil masa dua hari juga nak siapkan, sebab buntu nak luahkan macam mana.

Aku just takut yang masalah aku ni lama2 akan jadi akar yang boleh rosakkan rumah tangga aku.

Aku dan suami memang dah plan nak tinggal di negeri lain cuma semua tu mungkin akan makan masa memandangkan keadaan ekonomi sekarang.

Aku tak mengharapkan apa2 nasihat atau pendapat, cukuplah sekadar kalian dapat menjadi pembaca yang bagi aku ibarat seseorang dah mendengar masalah aku ini.

Terima kasih dan tolong doakan aku jumpa jalan penyelesaiannya ya!

– Ms Dough (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *